Baju jururawat putih yang tersarung pada tubuh dikerling. Mia menarik hujung baju di pinggang kedua-duanya lalu dia melihat imej yang terpantul pada cermin tandas. Bajunya sudah mulai ketat. Wajahnya juga kelihatan lain. Kusam pun ada.
Bibir gadis muda itu mengoyak senyuman nipis. Perutnya diusap lembut sebelum keluar dari tandas.
Dia melangkah ke kaunter pendaftaran dan duduk di situ bagi menjaga keluar masuk pesakit yang datang. Baju di perutnya dibetulkan dahulu.
Perut itu sudah mula membesar dengan kandungan lima bulan. Mia masih tak biasa dengan kandungannya. Banyak perkara baharu yang dia tidak tahu, lagi-lagi bila hidup sendiri di dalam rumah.
"Mia ni isteri Fadzli yang doktor pakar tu, kan?" seorang jururawat senior di sebelahnya menegur.
"Ya, Doktor Fadzli," angguk Mia. "Kak Liza kenal ke dia?" soal Mia polos.
"Kenal sangat. Dulu dia selalu datang sini. Sebelum ni pun akak pernah bekerja sekali dengan dia," jawab Kak Liza beserta senyuman. Perut Mia ditepuk perlahan. Semua orang sangat baik padanya nak-nak lagi bila tahu dia telah mengandung sebulan yang lalu.
"Em, akak kenal isteri pertama dia?"
"Puteri Amirah, dia pun budak yang baik. Dia selalu bersembang dengan Kak Liza."
Mia jadi panasaran untuk mengetahui tentang isteri pertama suaminya. Dia langsung tidak tahu perihal Amirah sebelum ni. Nak harapkan Fadzli cerita, kalau ditanya nanti kena marah ada lah.
" Kak Mira doktor juga ke?" tebak Mia. Sementara orang tidak ramai, bolehlah dia berbual dengan Kak Liza ini.
" Mana ada. Dia cuma budak kampung je."
"Oh, ya?" Mia sedikit terkejut. Disangkakan Fadzli mempunyai cita rasa yang tinggi dalam memilih isteri hingga dirinya pun dipandang sebelah mata.
"Ya. Mira cuma kerja biasa-biasa. Dia berhenti kerja bila kahwin dengan Fadzli. Dia bunting pelamin, Fadzli pun sayang sangat dekat isteri dia. Biasalah orang baru kahwin, kan?"
Gadis itu tersenyum nipis mendengar. Pandangannya jatuh pada perut sendiri. Dia takut untuk memberitahu Fadzli tentang janin ini. Entah lelaki itu mahu terima atau tidak anak dengannya.
"Itu yang kak Liza tengok Mia, teringat dekat Mira. Sebab Fadzli ni memang suka pilih orang biasa-biasa je untuk buat isteri. Tapi... Mira dah takde. Yang ada sekarang ni ialah Mia, satu-satunya isteri doktor Fadzli." Kekura tangan Mia disentuh Kak Liza.
"Kak Liza rasa... Fadzli kahwin dengan saya sebab cinta ke?" sayup sahaja soalan jururawat muda itu.
"Mungkin. Dalam ramai-ramai orang, dia pilih Mia. Mesti ada sesuatu yang istimewa dalam diri Mia untuk dia," jawab Kak Liza.
"Atau sebab Mia ni sekadar pengganti kak Mira?" Kadang-kadang dia juga jadi sedih. Adakah Fadzli hanya mahu melepaskan rindu pada dia, selepas itu pergi seperti tiada apa yang berlaku? Tubuh sahaja yang bersama tetapi hati masih pada Amirah.
"Mia tanyalah sendiri pada suami Mia nanti. Kak Liza tak tahu soal hati dan perasaan orang ni. Mia jangan sedih, kuat ya untuk baby dan Fadzli?"
Mia menjatuhkan kepalanya sekali. Dia mengesat tubir mata apabila ada seorang pesakit datang ke kaunter. Sebelah tangan masih mengusap perut di bawa meja. Degupan nadinya kuat dirasai.
***
Buku surah yassin diletakkan ke atas meja. Selesai sudah bacaan ayat suci Al-Quran untuk suaminya buat hari ini.
" Hari ni anak kita dah lima bulan, abang," bisik Mia. Kepalanya direhatkan di sebelah bantal Fadzli lalu dia mengusap rahang lelaki itu yang ditumbuhi jambang. Kelopak mata suaminya kekal terpejam. Telah terpejam selama lima bulan, selama itulah benih Fadzli di dalam rahim Mia bercambah sihat.
YOU ARE READING
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة
ActionBOOK #2 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (SILA BACA NOVEL UNTUK KE SYURGA DAHULU) Bismillah Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jaw...