Perutnya berkeroncong sejak siang. Segalanya gelap pada pandangan mata. Terkelip-kelip kanak-kanak itu di dalam sebuah bilik yang sangat asing buat dirinya.
"Ayah..." Air mata Ahmad sudah penat membasahi pipi.
"Adik nak puasa ke hari ni?" Salman kelihatan terkejut.
"Adik nak puasa juga. Nak ikut ayah," senyum kanak-kanak itu.
"Boleh, tapi kalau tak larat buka tau. Ayah tak paksa adik puasa sebab adik kecil lagi."
"Terima kasih, ayah." Ahmad bersorak gembira. Nak puasa sebulan, nanti boleh raya.
Ahmad tersebek-sebek di atas katil. Dia sendirian sejak membuka mata. Perutnya yang sakit diusap perlahan. Hanya katil bujang yang tersedia di dalam bilik itu. Tiada makanan, yang ada cumalah sebotol air mineral 500ml. Ahmad bertindak menadah air paip apabila botolnya kosong. Itupun setelah sedar ada tandas yang tersedia di dalam bilik berkenaan. Air paip itu diteguk setiap kali perutnya berbunyi.
Malam menjelma, Ahmad diselubungi kegelapan. Suis lampu yang tinggi tak mampu dicapai. Wajah comot itu berlemuih dengan air mata.
Tingkap luar pun takut untuk dikerling Ahmad. Satu cahaya berkelip terang dari langit disusuli bunyi dentuman geruh yang kuat mengoyah jiwa.
Dengan kedua-dua belah telapak tangan, Ahmad menutup telinganya. Esakannya tidak bersuara.
"A-Ayah... Adik ta-takut..."
Hujan lebat mula menimpa bumi. Lebatnya menimpa atap dapat didengari Ahmad dengan jelas. Tubuhnya menggigil ketakutan.
"Ayah." Mulut kecil itu tidak berputus asa memanggil ayahnya. Ayahnya akan datang, kepercayaannya pada Salman begitu tinggi.
Nafas hangat menampar wajah sendiri. Suhu bilik beransur jatuh pada malam yang gelap gelita di mata Ahmad. Hujung kaki Ahmad dapat merasai sejuknya bilik berpendingin hawa itu. Suhunya kekal 16 darjah Celsius sejak dia mencelikkan mata pada malam semalam.
Dia tidak tahu bagaimana untuk menutup pendingin hawa. Di rumahnya tidak terpasang pun pendingin hawa, hanya kipas siling sahaja. Tubuh sendiri dipeluk. Badannya meringkuk di atas katil. Baju lengan pendek dan seluar tidur itu tak mampu memberikan kehangatan pada tubuh lemahnya.
Terkapai-kapai tangan kecil itu mencari selimut. Dia tahu ada selimut di sekitar tika malam belum menjelma tadi. Cuma tak pasti di sudut mana.
Sekali lagi guruh berdentum kuat.
Ahmad menutup mata sendiri. Dadanya bergetar menahan takut. Kehangatan tubuh Salman telah hilang. Lembutnya layanan Aisyah juga tiada. Dia sendiri tak ubah seperti kejadian kematian ibu bapa kandungnya.
Yang dihujani air dan darah. Ahmad tak mampu mengingati peristiwa gelap itu. Walaupun dia menutup mata tika ibu bapa kandungnya dibunuh, telinga sempat menangkap dentuman guruh di dada langit. Kerana itulah dia terlalu trauma apabila hari hujan.
"Ayah, adik la-lapar. Perut adik sa-sakit..." gumam Ahmad. Dia tahu tiada sesiapa di situ tetapi masih mahu mengadu seolah Salman ada di sisi. Salman kan ayahnya, Salman sudah janji untuk menemani Ahmad ketika hujan.
"Adik nak bu-buka puasa. Adik dah tak la-larat." Nafas ditarik sukar. Kelopak mata diturunkan. Tiada beza sama ada mencelik atau tidak, dia berseorangan dalam dingin bayu malam.
Fadzli menculiknya semalam. Hingga hari ini tiada sesuap nasi pun yang diberikan. Badan Ahmad mulai lemah tanpa tenaga. Nafas ditarik melalui mulut. Kedua-dua belah tangan ditekupkan kembali pada telinga.
"Adik dengar ca-cakap ayah... " Hati Ahmad tak mampu untuk bernyawa. Badannya terkulai lemah di atas katil. Hujung jari cuba mengambil botol air yang dipenuhi air paip di sisi tubuh. Terkuis-kuis hinggalah ia bergolek jatuh.
YOU ARE READING
Uɴᴛᴜᴋ ᴋᴇ Sʏᴜʀɢᴀ 2 ✓[C] |هجرة
AcciónBOOK #2 of 𝕳𝖎𝖏𝖗𝖆𝖍 𝕰𝖉𝖎𝖙𝖎𝖔𝖓 (SILA BACA NOVEL UNTUK KE SYURGA DAHULU) Bismillah Setiap orang mencuba untuk dapatkan kebahagiaan tersendiri. Ada yang baginya duit ialah sumber kegembiraan. Ada pula yang menukilkan kasih sayang sebagai jaw...