Diawasi

5.8K 64 0
                                    

     Hari sudah meninggi. Usai sarapan pagi tadi, Maria kembali merebahkan tubuhnya diatas ranjang. Tubuhnya masih terasa letih dan sakit-sakit.

     Sekarang, tubuhnya terasa lebih segar dan selesa setelah makan ubat yang diberikan Ramil. Maria bangun berdiri membetulkan pinggangnya yang lenguh. Dia melangkah perlahan menuju ke kamar mandi.
Ternyata selangkangnya sudah tidak sakit.

'Ubat apa yang dia berikan ke aku pagi tadi? Ternyata melegakan kesakitanku' desis hati Maria.

     Usai itu, dia kembali ke ranjang. Penglihatannya tertumpu pada tingkap balkoni yang terbuka. Angin sepoi-sepoi bahasa menerbangkan langsir perlahan. Dia melangkah perlahan menuju ke balkoni.

'Siapa yang buka? Apa..,lelaki itu ada dirumah? Tidak,tidak...setahu aku, dia sudah ke pejabat. Tak mungkin dia yang buka tingkap ini. Tadi, sebelum aku tertidur, langsir ni pun tertutup rapat. Ish, seram' -batin Maria. Dia memegang tengkuknya yang sudah meremang.

     Tanpa mahu berfikir panjang, dia melangkah menghampiri balkoni. Mulutnya terngaga saat melihat luar kediaman yang sungguh cantik, indah dan luas itu. Matanya tertumpu pada pancuran air yang berada di tengah laman kediaman. Patung berbentuk dua ekor ikan merlin memuntahkan air melalui mulutnya yang tajam.
Matanya tertumpu pula pada bahagian sisi kiri kediaman, terdapat kolam renang seluas mata memandang, disitu juga ada sauna dan air terjun buatan. Disampingnya ada gazebo bersaiz besar yang berada disisi pohon rendang.

"Rumah apa seperti ini? Macam istana. Kaya betul Mr.Ramil ni." Gumam Maria sendirian.
Sosok matanya memandang ke setiap sudut ruangan. Sekali lagi dia melopong. Dia melihat banyak lelaki bertubuh tegap sambil memegang senjata api berbentuk seperti senapang.

"Ternyata apa yang dikatanya tadi pagi adalah benar. Bukan hanya satu gurauan." Maria mula terasa ngeri. Apa terjadi kalau dia mencuba lari keluar dari rumah agam ini. Pasti dia akan ditembak mati oleh mereka.
Berdiri bulu romanya mengenangkan hal itu.

Tut
Tut
Tut
Maria terkocoh-kocoh berlari masuk lalu mencapai telefon pintar yang berdering di atas ranjang.

"Hel-..."

"Sayang, apa awak buat diluar? Aku tak mahu kau berada diluar, terlalu bahaya buatmu. Aku takut ada peluru sesat mengenaimu."

"Bagaima-...."

"Bagaimana aku tahu itu tidak penting. Tutup tingkap kamar dan jangan pernah buka lagi."

"Tapi..bukan aku yang buka" sambut Maria menanggapi kenyataan Ramil.

"Kalau bukan kau, siapa yang buka?" Soal Ramil dengan nada yang tegas.

"Mana aku tahu. Lepas sarapan tadi aku tertidur, bila aku bangun, tingkap kamar ini sudah terbuka" balas Maria menceritakan hal yang sebenar.

"Aku akan siasat hal ini. Sekarang, aku pinta kau segera tutup tingkap kamar dan langsir. Cepat!"

"B-baik" Maria melangkah laju menuju ke jendela kamar, lalu menutupnya pantas. Dia juga menarik kiri dan kanan langsing yang lebar lagi luas itu supaya bertemu.

"Bagus sayang. Kau boleh sambung rehat. Malam nanti kau harus kerja keras melayaniku. Bye sayang"

Maria memandang skrin telefon pintarnya. Belum sempat dia menjawab, Ramil sudah memutuskan talian.
Dia menelan ludahnya kasar.

"Melayaniku?"-mulutnya ternganga luas. Dengan pantas kedua tangannya menutup mulutnya sendiri.

"Dari mana dia tahu segala pergerakanku? Apa ada kamera yang tersembunyi di kamar ini?" Maria cuba memandang ke sekeliling mencari kalau-kalau dia terlihat kamera di celah-celah bilik yang tersorok.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now