Sakit

2.8K 26 0
                                    

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Maria masih tidak dapat melelapkan matanya. Perutnya terasa meringis dan sakit. Terasa seperti hendak membuang, beberapa kali dia ke tandas, tapi semuanya hampa.
Maria bangun duduk, dia menoleh kesisi, suaminya tidur nyenyak sekali. Sesekali terdengar dengkuran lembut dihela nafasnya.

"Stt..arghh.." Maria meringis sakit di bahagian ari-ari. Dia memegang perutnya yang sesekali terasa keras dan menegang.
Maria membaringkan tubuhnya perlahan sambil menahan rasa sakitnya.

"Babe...wake up.."

"Aarghh.." jerit Maria kuat. Airmatanya jatuh.
Jeritan Maria mengejutkan Ramil dari tidur.

"Ba-be..." Maria memegang perutnya sambil menahan rasa sakit yang teramat sangat.
Ramil lantas bangun.

"Sayang, kenapa ni?" Ramil jadi tak keruan. Tubuh Maria dipangkunya.

"Sa-kit.." tangis Maria.
Ramil dapat rasa, sudah sampai saatnya Maria mahu melahirkan. Ramil melompat turun dari katil dengan pantas. Dia mengendong isterinya keluar dari kamar.

"Mummy...!" Panggil Ramil kuat. Kakinya melangkah pantas dan hati-hati saat menuruni tangga.

"Mummy...daddy.." panggil Ramil lagi dari bawah. Dia tidak berhenti melangkah.

"Kenapa Mil? Apa yang bising tengah-tengah malam ni?" Soal Dave yang sudah berada dimuka pintu kamar.
Langkah Ramil terhenti. Dia memusing tubuh mendongak memandang Dave yang masih berada di tingkat atas.

"Maria mahu melahirkan, daddy. Cepat" Dave dapat melihat Maria dalam kendongan Ramil.

Tanpa menunggu, Ramil membawa Maria masuk ke dalam kereta terlebih dahulu sementara menunggu Dave dan Thalia. Drivernya sudah bersedia.

"Aarghhh..." Maria menjerit kesakitan di atas pangkuan Ramil. Ramil mengusap perlahan ubun-ubun isterinya.

"Sabar sayang.." pujuk Ramil dengan raut wajah risau.

"Ok..cepat, kita ke hospital" arah Dave yang sudah masuk ke dalam kereta diikuti Thalia.
Kereta menderu laju menuju ke arah jalan hospital.

"Babe..sa..kit..erghh" perut Maria semakin kerap terasa mengeras. Maria memeluk erat suaminya untuk menahan rasa sakit.

"Sabar sayang..tahan..tahan..sebentar lagi kita sampai.." pujuk Ramil sambil menyeka keringat yang membasahi dahi Maria.

"Sabar sayang.. tarik nafas dalam-dalam..lepas" Thalia yang berada disisi juga turut menenangkan Maria. Maria menurut, tetapi rasa sakit kian bertambah.

*****

Holy Family Women's Hospital

Maria dibawa ke bilik pemeriksaan untuk melihat bukaan. Ramil tidak meninggalkan Maria keseorangan. Dia ikut kemana sahaja Maria dibawa.

"Bukaan Puan sudah hampir 8cm. Tuan..kami perlu bawa isteri Tuan masuk ke dewan bersalin" beritahu seorang doktor wanita berambut perang separas bahu.

"Saya ikut, doktor" pinta Ramil sambil memandang ke wajah doktor wanita itu.

"Baiklah." Maria awalnya hendak ditolak menggunakan kerusi roda. Tapi segera dibantah oleh Ramil. Dia sendiri yang mengendong isterinya ke dewan bersalin, itu lebih selesa bagi pendapatnya.
Sampai didewan bersalin, Ramil merebahkan Maria di atas katil yang sudah disediakan.

Setelah usai menukar pakaian, menggantikan pakaian hospital ditubuh Maria, Ramil kembali kesisi isterinya. Beberapa orang jururawat wanita serta seorang doktor wanita sudah bersedia. Tubuh Maria disuntik epidural untuk mengurangkan rasa sakit.
Kesakitan yang Maria rasakan tadi semakin berkurangan. Dia sudah tidak meringis sakit seperti tadi. Kawasan perutnya terasa kebas.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now