Setibanya dimansion, Maria terus naik dan masuk ke kamar mandi untuk bersihkan diri. Sudah lama dia keluar meninggalkan Raissa. Anaknya perlukan santapannya. Usai membersihkan diri, Maria mengambil Raissa dari Janet lalu dibawanya ke kamar.Ramil yang baru tiba mahu menapak menghampiri isterinya yang sedang menyusukan Raissa.
"Bersihkan diri dulu, babe.. baru hampir ke sini" arah Maria sambil memandang sekilas ke arah suaminya. Ramil akur. Dia segera masuk ke kamar mandi lalu bersihkan diri.
Maria memangku erat tubuh mungil Raissa sambil menyusu. Dia duduk bersandar di kepala katil. Tubuh Raissa ditepuk dan didodoi perlahan. Ternyata anaknya sangat kelaparan.
"Maafkan ibu, sayang..kesian anak ibu..lapar ye..? ibu tinggalkanmu terlalu lama. Ibu janji, ibu takkan tinggalkan sayang lama-lama macam ni lagi..ok.." Maria mencium pipi anaknya lembut kemudian tangannya mengelus lembut wajah Raissa. Anaknya hanya memejamkan mata sambil menghisap dan menelan susu dengan kuantiti yang banyak.
Ramil yang hanya memerhatikan perbualan isterinya dengan sang anak, mula menghampiri. Tubuhnya hanya mengenakan kimono separas lutut. Rambutnya masih basah. Dia mendekatkan wajahnya dengan sang anak lalu menciumnya dengan perlahan.
Tap!
Air rambut Ramil menitis di wajah Raissa membuatkan si kecil mengerjipkan matanya, kemudian menyambung semula penyusuannya.
"Ops..maafkan papa, sayang.. " Ramil menatap geram kewajah anaknya yang masih asyik menyusu dengan lahapnya.
"Kesian..anak papa lapar" ujar Ramil tanpa membuang pandang ke arah anaknya.
"Waktu menyusu Raissa 1 jam yang lepas..ibu lambat 1 jam kan sayang.. tentu la Raissa lapar" jawab Maria sambil tersenyum.
Hisapannya semakin perlahan. Pergerakkan mulutnya juga terhenti. Akhirnya Raissa tertidur. Maria turun dari katil lalu meletakkan anaknya di atas katil bayi yang hanya bersebelahan dengan katil mereka. Ternyata anaknya tidak sedar saat ibunya meletakkan Raissa di atas katil empuk miliknya.Maria kembali naik ke atas katil. Dia duduk seperti posisi tadi, bersandar pada kepala katil sambil membetulkan bra yang dipakainya kembali kepada asal. Ramil hanya memandang gerak geri isterinya dari tadi.
Ramil mengambil tangan Maria lalu digenggamnya dan dibawa ke bibirnya. Diciumnya tangan Maria lama. Maria menoleh dan memandang lekat ke wajah suaminya.
"Thank you sayang..." ucap Ramil dengan nada suara yang sedikit serak.
Dahi Maria berkerut."Untuk apa?" Soal Maria tidak faham. Maria masih menatap kewajah suaminya menanti kata-kata seterusnya dari Ramil. Apa yang membuatkan suaminya berterima kasih padanya?
"Pasal tadi" jawapan Ramil belum memuaskan bagi Maria. Pertanyaannya belum sepenuhnya terjawab. Maria tampak seperti berfikir.
"Terima kasih kerana menerima babe dalam hidup sayang dengan seikhlas hati sayang. Babe tak sangka, sayang sanggup sebelahkan babe" Maria mengangguk dan tersenyum manis.
"Dah tentu Maria sebelahkan babe.."
"Sebab babe suami sayang, kan" potong Ramil pantas sambil tersengih.
"Nope! Bukan sebab itu." Raut wajah Ramil berubah.
"A..a.. m-maksud Maria..ya..betul, babe suami Maria.. tapi..Maria sebelahkan babe bukan atas sebab babe suami Maria" Ramil mengangkat sebelah keningnya.
"Look, pada pendapat Maria..tak kisah la babe suami Maria ataupun bukan, kalau salah..Maria tetap akan cakap salah. Maria takkan sebelahkan orang yang salah. Tapi.." Maria menggantung kata-katanya, kemudian menjeling ke arah Ramil. Suaminya masih menanti penjelasan darinya.
YOU ARE READING
MR.PSIKOPAT
RomanceNamanya Ramil Falaiev. Dia adalah seorang psikopat yang berlindung dari wajah tampannya dan juga kemewahan yang dia miliki. Dia adalah jejaka yang sangat kejam. Tugasnya adalah menyiksa mangsa tawanannya dengan kejam yang mengganggu hidupnya sebelu...