Lari

2.1K 24 0
                                    

   
     Sejak pulang dari Las Vegas beberapa minggu yang lalu, Helena sudah jarang dapat meluangkan masa  bersama Eryk. Suaminya selalu sahaja sibuk dengan urusan pejabatnya. Mereka juga jarang duduk dan makan semeja. Eryk selalu pergi kerja awal dan pulang setelah lewat malam. 

     Sejak mereka berkahwin, Eryk tidak membenarkan Helena berkerja lagi. Pendapatannya sudah lebih dari cukup untuk menampung kehidupan mereka berdua.

     Helena bosan seharian dirumah.
Dia mengambil keputusan untuk ke rumah papa dan mamanya.
Helena meninggalkan nota ringkas di atas katil untuk suaminya. Kemudian, dia mencapai kunci kereta, tas tangan dan telefon bimbit. Langkahnya laju menuju ke luar penthouse lalu mengunci pintu.

    Setengah jam perjalanan, akhirnya Helena tiba di hadapan rumah keluarganya.

     Elle yang sedang berkebun di halaman luar lantas berdiri saat melihat Helena turun dari kereta dan berjalan menuju ke arahnya.

"Apa khabar, mama" Helena memeluk sambil mencium kedua belah pipi Elle.

"Mama sihat." Jawab Elle sambil menjenguk mencari seseorang.

"Kamu datang sorang? Eryk mana?" Pertanyaan Elle membuat Helena mengeluh.

"Dia selalu sibuk di pejabat, mama. Sehinggakan masa dia buat Ena pun dah tak ada" rungut Helena dengan senyuman pahit. Elle yang faham dengan situasi anaknya seraya mengusap lembut bahu Helena.

"Sabar.. dia berkerja demi membuat kamu bahagia. Dia perlu berkerja keras untuk tampung perbelanjaan harian buat kamu berdua. Tanggungjawabnya bertambah besar saat kamu menjadi isterinya." Pujuk Elle. Dia tidak mahu anaknya fikir yang bukan-bukan pasal menantunya.

"Sampai tak ada masa langsung untuk Ena, macam tu? Kalau Ena tahu nak jadi macam ni, lebih baik Ena kerja." Helena mula rasa menyesal saat dia menerima bulat-bulat keputusan Eryk dulu tanpa membantah.

"Ena..Eryk kan tidak izinkan kamu berkerja, isteri perlu patuh pada kata-kata suami tau" tegur Edward yang baru datang dari arah belakang rumah. Di tangannya memegang skot tanah.

"Papa.." Helena berlari seraya memeluk tubuh Edward. Helena memang rapat dengan papanya sejak dari dulu. Dia menangis di bahu Edward. Edward meletakkan skotnya, kemudian menanggalkan sarung tangannya.
Dia memeluk tubuh Helena erat sambil mengusap belakang anak kesayangannya perlahan.

"Kenapa anak papa menangis, hmm?" Soal Edward lembut.

"Izinkan Ena tinggal disini buat beberapa hari, papa" pinta Helena. Dia perlukan ruang untuk dirinya. Suaminya sudah lama tidak mengendahkannya.

"Eryk macam mana? Bagaimana kalau dia pulang kerja nanti, dia cari Ena tiada dirumah?" Tanya Edward. Dia tak mahu menantunya risau akan kehilangan Helena.

"Ena sudah tinggalkan nota padanya, papa" jawab Helena yang masih menyembamkan mukanya di bahu Edward.

"Kenapa kamu tak hubungi saja dia? Bukankah lebih mudah?" Helena meleraikan pelukkannya. Perlahan Edward mengusap airmata di wajah anaknya.

"Ena call, dia tak pernah angkat,pa. Bagaimana kalau emergency, tentu Ena mati dulu sebelum dia nak angkat call Ena." Balas Helena geram dengan sikap Eryk sejak akhir-akhir ini.

"Ena..apa cakap macam tu, tak baik.." tegur Edward pantas.

"Sudahlah, nanti papa bincang dengan Eryk ya." Pujuk Edward. Helena hanya mengangguk lemah.

"Pa..ma.. kalau Eryk datang cari Ena, papa dan mama cakap yang Ena tak mahu jumpa dengannya buat sementara waktu. Ena perlukan masa." Helena memandang ke wajah Edward dan Elle bergantian. Terdengar keluhan di bibir kedua orang tuanya.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now