Sakit

3.8K 32 1
                                    

Falaiev Corporation Centre.

Seorang lelaki kemas dan tampan berkemeja biru cerah, berkod berwarna royal blue dengan seluar panjang warna senada, tanpa tali leher. Itulah Ramil Falaiev.

Dia langsung tidak boleh menumpukan perhatiannya pada kerja di pejabat. Fikirannya masih teringat pada Maria. Dia masih berfikir, kenapa Maria bersikap begitu dengannya.

"Apa salah aku, ha?" Ramil memasukkan kedua tangannya ke dalam saku seluar. Pandangannya dilemparkan jauh ke hamparan kota Las Vegas yang masih sibuk.

Ramil mengambil langkah untuk mengawasi Maria. Dia melangkah ke meja kebesarannya lalu membuka laci mejanya. Sebuah tablet berukuran 9 inci dikeluarkan lalu diletakkan di atas meja.

Dia perlu tahu, apa yang Maria lakukan seharian.
Ternyata Maria sedang tidur.

"Apa dia tidak sihat?" Ramil jadi semakin risau. Dia menilik arloji berjenama mahal di pergelangan tangannya. Sudah jam 4 petang. Selalunya, waktu sebegini Maria sudah ada di taman atau membaca majalah di bilik bacaan. Ramil menjadi hairan.

Kepalanya masih mencari apa salahnya. Dia cuba mengingati apa yang mereka lakukan bersama semalam. Kemudian dia menepuk kepalanya. Dia sudah tahu kenapa Maria tidak mengendahkannya.

"Kerana aku tidak mengendahkan kemahuan dia semalam. Oh my god. Kenapa aku boleh lupa pasal hal macam ni? Bodohlah kau Ramil" Ramil menghentak kepalanya dengan tangan berkali-kali menyesali kealpaannya.

Drtt
Drtt

"Ya Janet.."

"...."

"Apa? Baiklah, saya pulang sekarang"
Ramil terus memutuskan talian.
Dia menghubungi drivernya.

"Siapkan kereta. Aku mau pulang sekarang"

Ramil menutup tabletnya lalu disimpan semula sedalam laci. Dia mencapai briefcasenya dan berlalu keluar dari pejabatnya.

"Mary, saya pulang dulu."

"Baik bos" Ramil berjalan pantas menghampiri pintu lift.
Pintu lift terbuka. Dani yang berada dalam lift yang mahu melangkah keluar segera mematikan hasratnya saat Ramil melangkah masuk.

"Kenapa ni, nampak macam tergesa-gesa" soal Dani hairan.

"Maria pengsan" cerita Ramil

"What?" Dani terkejut mendengar kekasih hati bos merangkap rakan baiknya itu pengsan. Dia tahu, Maria sekarang sedang hamil. Mungkin itu menambahkan lagi kekhwatiran Ramil kepada Maria.

*****

Di mansion,

Ramil menghampiri Maria di atas katil.

"Janet, kamu dah call doktor?" Tanya Ramil kepada pembantu rumahnya.

"Sudah, Tuan. Doktor dalam perjalanan." Jawab Janet.

"Apa yang berlaku?" Ramil mengangkat tubuh Maria ke pangkuannya.

"Hari ni, Mem tak mahu makan Tuan. Minum pun tak nak. Susu pun dia tak mahu minum." Cerita Janet kepada Ramil tentang sikap Maria seharian ini.

"Kenapa kau tak beritahu padaku?" Tanya Ramil dengan suara yang agak tinggi.

"M-maaf, Tuan. T-tuan. Pagi tadi, sewaktu Mem beryoga, saya nampak Mem termenung dan menangis. Bila saya tanya, dia tak cakap apa-apa" cerita Janet lagi. Ramil tahu itu, kerana pagi tadi sewaktu Maria keluar dari kamar mandi pun dia menangis.

"Takpelah Janet. Awak keluar dulu. Nanti, kalau doktor sudah sampai, suruh dia terus masuk kesini." Arah Ramil.

"Baik Tuan" Janet melangkah keluar.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now