Mansion Ramil FalaievSetelah 2 minggu berada di Italy, akhirnya Ramil dan Maria pulang ke Las Vegas.
Sampainya di mansion beberapa jam yang lepas, Maria terkejut saat melihat kepulangan mereka disambut oleh beberapa orang penyambut tetamu di hadapan pintu.
Masuk sahaja di dalam mansion, mereka di sambut lagi oleh 2 orang wanita separuh usia. Lagak mereka tak ubah seperti pembantu rumah.
Maria sejak tadi masih aneh dengan perubahan mendadak di mansion milik Ramil ini.
'Apa aku salah masuk rumah? Eh! Tak.. betullah ini mansion Ramil. Tapi..mana datangnya semua orang dalam rumah ni?'-batin Maria.
"Sayang.. esok jangan lupa ya.." panggilan Ramil segera mematikan lamunan Maria.
"Mengenai apa, babe?" Tanya Maria hairan.
Ramil menghampirinya di hadapan walk in closet."Sayang buat apa tu?" Soal Ramil tanpa menjawab soalan dari Maria.
Maria menoleh sambil tersenyum."Simpan semua baju-baju ni dalam walk in closet lah.. kenapa?" Maria pelik dengan pertanyaan Ramil.
"Ehh.. biarkan kat situ.. nanti bibi akan buat semua. Apa guna babe bayar gaji mereka semua kalau sayang dah buatkan kerja untuk mereka." Maria mengeluh.
"Bibi? Kenapa ambil bibi. Maria boleh buat sendiri kerja dalam mansion ni" Maria tidak bersetuju dengan tindakan Ramil.
"Sayang..." Ramil menyentuh kedua belah bahu Maria.
"Sayang bakal jadi mem besar dalam mansion ni tau. Takkanlah babe nak biarkan sayang buat semua kerja dalam rumah ni." Maria menggelengkan kepalanya perlahan tanda tidak setuju.
"Apa salahnya. Maria ok je, babe.."
Ramil mendongakkan wajah Maria supaya menatapnya."Bagi sayang memang ok. Tapi..bagi babe, itu tak ok. Babe nak isteri kesayangan babe nanti duduk je dalam mansion ni macam permaisuri. Macam cerita repunzel, dia berkahwin dengan putra raja. Sayang adalah repunzel babe.. repunzel zaman moden" Maria tersenyum mendengar omelan Ramil.
"Tapi.. dalam cerita Tangle tu, repunzel tu je sebagai puteri.. Eugene yang pegang karaktor sebagai hero tu adalah pencuri" Maria memeluk tubuh seraya mengangkat sebelah keningnya memandang Ramil.
"Pencuri? Alamak! Babe pencuri ke? Pencuri hati sayang ada la.." jawab Ramil sambil tersengih.
Maria hanya menggelengkan kepalanya. Ramil sekarang totaly berbeza dari yang dia kenal sebelum ini. Sekarang dia lebih open minded. Senang berbincang dan mudah menerima pendapat atau pandangan Maria. Ramil yang arogan dulu sudah tiada. Kadang-kadang, Maria terasa rindu pada Ramil yang dulu.
Maria menghentikan kerjanya yang tadi untuk mengemas pakaian. Dia beralih ke kamar mandi untuk mandi.
"Babe, masih ada kamera dalam ni?" Tanya Maria yang sudah berdiri di muka pintu kamar mandi.
"Masih ada. Kenapa?" Maria mengangkat sebelah alisnya lalu menjeling memandang ke arah Ramil.
"Masih nak intai Maria mandi?" Ramil terkekeh. Dia menghampiri Maria lalu memeluk pinggang Maria dari belakang.
"Bukan intai..tapi lepas rindu" bisik Ramil di tepi telinga Maria.
"Gatal" Maria menampar lembut lengan Ramil.
"Babe takkan buang kamera yang ada dalam rumah ni. Semua ni penting tau. Sayang ingat lagi tak, masa babe call sayang untuk tutup jendela disana?" Maria mengangguk laju.
YOU ARE READING
MR.PSIKOPAT
RomanceNamanya Ramil Falaiev. Dia adalah seorang psikopat yang berlindung dari wajah tampannya dan juga kemewahan yang dia miliki. Dia adalah jejaka yang sangat kejam. Tugasnya adalah menyiksa mangsa tawanannya dengan kejam yang mengganggu hidupnya sebelu...