Bandar Las Vegas masih sibuk walaupun sudah hampir jam 1pagi. Masih ramai yang berlegar-legar mencari tempat untuk menikmati hiburan. Bersesuaian dengan nama gelaran yang diberi sebagai 'Ibukota Hiburan Dunia atau 'Bandaraya Berdosa'. Las Vegas (juga dipanggil "Vegas") ialah bandar yang paling banyak jumlah penduduknya di negeri Nevada, Amerika Syarikat dan sering dianggap sebagai pusat utama untuk tujuan percutian, belanja, hiburan dan perjudian.
Begitu juga dengan 2 wanita ini. Kadang-kadang, tugas memaksa mereka bekerja sehingga lewat malam. Walaupun lelah, terpaksa hadapi juga demi memastikan kehidupan mereka serba cukup.Studio Glatera
"Maria..kerja kau dah selesai. Jom balik."
Ini adalah Helena, PA kepada Maria Elyna. Semua urusan jadual atau pengurusan Maria, Helena yang akan uruskan. Dia yang akan mempertimbangkan job yang akan Maria berurusan kelak.
Dia juga merupakan kawan rapat pada Maria Elyna."Ena, jom lepak club dulu. Aku dah lama tak kesana."
Ini adalah Maria Elyna, dia merupakan seorang model bagi produk berjenama di Las Vegas. Dirinya mempunyai sosok badan yang menarik dan digilai ramai jejaka diluar sana. Malahan, ada yang menawarkan diri untuk menjadi sugardaddynya kerana perwatakannya yang seksi dan menggoda.
"Tak boleh Maria. Kita kena balik sekarang. Esok pagi-pagi lagi kau ada fotoshoot untuk Cover majalah Fashion TV dengan Syarikat Falaiev Corporation Centre."
"What!? Aku dah cakap dengan kau banyak kali, aku tak suka wajah aku jadi cover majalah. Aku nak kau tolak tawaran tu"
Maria membantah terang-terangan. Dia tidak suka mempamerkan wajahnya apatah lagi dimuka depan majalah. Dia lebih suka berkerja seperti sekarang, low profile. Dia juga tidak dikenali oleh mana-mana media hiburan atau paparazi."Tapi Maria, mereka tawarkan harga yang tinggi. Aku rasa, rugi kalau kita tolak." Helena berupaya memujuk Maria. Rasanya tidak salah kalau dia menerima job itu.
"Aku tak peduli, aku nak kau tolak tawaran tu" tekan Maria lalu mengorak langkah meninggalkan Helena.
Helena yang perasan ditinggalkan Maria, terkocoh-kocoh dia berlari anak mengejar Maria.
YOU ARE READING
MR.PSIKOPAT
RomanceNamanya Ramil Falaiev. Dia adalah seorang psikopat yang berlindung dari wajah tampannya dan juga kemewahan yang dia miliki. Dia adalah jejaka yang sangat kejam. Tugasnya adalah menyiksa mangsa tawanannya dengan kejam yang mengganggu hidupnya sebelu...