Hari ini, seawal pagi lagi Maria sudah bangun membersihkan tubuhnya yang melekit saat dia dan Ramil beraksi diranjang. Sewaktu dia bangun, Ramil masih nyenyak tidur.Dia turun ke dapur seperti selalu dia lakukan saat berada di mansion Ramil di Las Vegas. Dia mahu siapkan sarapan pagi untuk Ramil.
"Selamat pagi..." sapa Maria kepada dua orang pembantu rumah yang berada di dapur.
"Eh! Cik Maria..kenapa ke sini? Kalau Madam tahu, teruk kami kena marah." Mereka berdua terkejut dengan kehadiran Maria disitu.
"Tak apa.. nanti saya jawabkan. Saya nak siapkan sarapan buat Ramil." Maria mahu melangkah ke peti sejuk.
"Eh...tak perlu Cik Maria.. kami akan buat semua kerja tu Cik Maria. Cik Maria rehat saja di depan. Dah siap sarapan nanti, saya hantarkan ke kamar ya Cik Maria.
"Maria..." panggil Thalia. Maria menoleh kebelakang. Dia melihat Thalia sudah ada dimuka pintu dapur.
"Madam" kedua pembantu itu menundukkan wajah mereka tanda hormat pada Thalia.
"Tak perlu masuk dapur. Biarkan bibi yang buat kerja." Sambut Thalia.
"Tapi mummy...."
"Tak perlu.. mari ikut mummy" Maria menoleh ke arah dua orang pembantu tadi, dia tersenyum kepada mereka berdua.
"Saya keluar dulu ya" pintanya.
"Silakan Cik Maria" sambut keduanya serentak.
Thalia hanya menggelengkan kepalanya melihat gelagat Maria.
*****
Thalia membawa Maria duduk di gazebo di tepi kolam renang. Maria menatap ke arah pokok rose merah yang berkembang dengan cantik. Dia menghampiri lalu menciumnya..
"Mmmm..harumnya.." Maria seronok melihat rama-rama berterbangan lalu hinggap di kelopak bunga rose.
Thalia yang menjadi pemerhati, hanya tersenyum.
"Maria.. sini" Thalia menepuk tempat duduk di sebelahnya. Maria menurut. Dia duduk di sebelah Thalia. Bibirnya tak lekang dari melepaskan senyuman.
"Kalau mummy nak tanya sesuatu boleh?" Soal Thalia mula berbasa basi.
"Nak tanya apa mummy? Tanyalah. Banyak pun boleh" ujarnya sambil tersenyum pada Thalia.
"Maria sangat cantik. Patut la anak mummy tergila-gilakan Maria." Puji Thalia sambil meraup wajah Maria dengan sebelah tangannya.
"Mana ada mummy.. biasa ja" ujar Maria merendah diri.
"Maria di sana, selalu ke masuk dapur?" Persoalan Thalia membuatkan dahi Maria berkerut.
Apa salah kalau dia ke dapur?"Selalu mummy.. hari-hari." Jawabnya polos.
"Mil tak ambil pembantu rumah?" Soalnya lagi. Maria hanya menggelengkan kepalanya.
Thalia mengeluh perlahan.
"Maria.. kamu harus menyuruh Mil ambilkan pembantu rumah. Tugasmu hanya menguruskan Mil. Bukan jadi bibi disitu." Jelas-jelasnya dia tidak suka Maria melakukan kerja-kerja yang seharusnya dilakukan pembantu rumah.
"Tak apa mummy. Maria bosan duduk rumah tak buat apa-apa. Maria nak kerja, Mil tak izinkan. Jadi, daripada Maria duduk saja dirumah, Maria suka ke dapur, masak" jawabnya sambil menggayakan kedua tangannya seperti menggoreng.
Thalia menggelengkan kepalanya. Dia tak faham bagaimana cara pemikiran anak sulungnya ini."Sayang..." Thalia mengurut rambut Maria yang panjang.
"Lepas ni tolong jangan ke dapur lagi." Pinta Thalia dengan nada suara yang lembut dan perlahan.
YOU ARE READING
MR.PSIKOPAT
RomanceNamanya Ramil Falaiev. Dia adalah seorang psikopat yang berlindung dari wajah tampannya dan juga kemewahan yang dia miliki. Dia adalah jejaka yang sangat kejam. Tugasnya adalah menyiksa mangsa tawanannya dengan kejam yang mengganggu hidupnya sebelu...