Deruan angin kencang sudah menandakan hari hendak hujan. Dentuman guruh dari langit memecah keheningan petang itu. Ramil tidak takut pada itu semua. Yang ia tahu, saat ini dia perlu menuntaskan rasa sakit hatinya pada seorang lelaki yang telah melanggar adiknya.
Kali ini, mereka tidak melakukan seksaan di ruangan bawah tanah. Tetapi, mereka membawa mangsa yang bakal jadi korban ini ketengah hutan gelap. Titisan hujan mula menitis membasahi setiap tubuh manusia yang berdiri mengelilingi mangsa yang terpasung pada satu tiang besar. Tubuhnya hanya mengenakan celana hitam panjang tanpa berpakaian.
Dengan sorot mata yang tajam, Ramil menatap mangsanya seperti malaikat maut yang bakal merentap nyawa mangsanya dengan kejam.
"Apa kata-kata terakhirmu sebelum kau ku bunuh?" Teriak Ramil dengan suara yang nyaring. Pertanyaannya disahut oleh dentuman guruh yang kuat.
"Kau begitu mudah memperlakukan mangsa mu tanpa mengetahui sisi lainnya, kenapa dan mengapa aku memperlakukan itu kepada adikmu?" Sinis sekali kata lelaki yang sedang terpasung itu.
Rintikkan hujan semakin kasar menampar ke wajah dan sekujur tubuhnya yang terikat."Apa kau rasa, kau sekarang berada dipihak yang benar, hah? Kau perlu tahu, mengapa aku lakukan ini pada adik kau. Sudah lama aku berdendam dengan kau. Selama ini,aku berusaha mencari maklumat mengenai seluruh keluarga kau..dan... aku tahu, hanya adik kau saja yang jauh dari pengawasan. Sebab itu kerjaku jadi sangat mudah." Dendam yang dia simpan berbulan-bulan lamanya sejak kematian insan yang paling dia sayang dalam hidupnya. Dia tahu, kehilangan adiknya selama ini bukan kerana membawa diri kemana-mana. Tetapi kehilangan adiknya adalah disebabkan oleh kematian yang disengajakan dan telah dirancang dengan teliti. Dia tahu itu melalui saksi dan cctv yang diperolehnya. Dia berusaha mencari tahu kemana adiknya dibawa pergi dan hilang tanpa sisa.
"Apa maksudmu? Siapa adikmu?" Tanya Dani yang sejak tadi hanya mendiamkan diri. Angin yang kencang mulai reda. Hanya titisan hujan yang halus menyapa ke tubuh mereka.
Lelaki itu tersenyum sinis sambil menatap kearah semua orang-orang suruhan Ramil.*****
Mansion Ramil
Hujan turun dengan lebat. Dentuman guruh sedikit sebanyak merisaukan Maria tentang anaknya yang masih kecil.
Kedatangan Sawyer pada petang itu mengejutkan Maria."Sawyer.. ada apa kau kesini?" Tanya Maria hairan. Kali terakhir dia berjumpa dengan adik iparnya adalah saat di Italy. Ketika dia baru melahirkan Raissa.
"Aku datang kesini dengan satu tujuan Kak Maria. Abang Ramil sudah dapat menangkap orang yang telah melanggarku beberapa bulan yang lepas. Dan sekarang ini, lelaki itu menjadi tawanannya di bangunan lama" Sejak dua hari lepas lagi dia sudah berencana mahu turun ke Las Vegas. Dia perlu selesaikan dengan cara yang betul setelah apa yang diberitahu oleh daddynya, Dave. Dia tahu bagaimana sikap Ramil. Dia tak akan pernah melepaskan orang yang berani mengganggu kehidupan mereka dengan selamat.
"Apa!? Bagaimana lelaki itu boleh ada disini? Bukankah ...-"
"Dia mencarimu disini kak. Dia ingin bertemu denganmu dan menyelesaikan segalanya." Maria semakin bingung. Apa yang ingin disampaikan oleh Sawyer kepadanya? Maria bungkam. Dia hanya perlu membiarkan Sawyer yang berbicara. Maria tunduk memandang lantai. Fikirannya benar-benar bercelaru saat ini.
"Dia mengenalimu." Maria mendongak memandang tepat kewajah Sawyer. Dahi Maria berkerut.
"Apa?" Maria terkejut. Siapa yang dimaksudkan oleh Sawyer? Makin bertambah persoalan dibenaknya.
"Kamu tahu dimana bangunan lama itu?" Soal Maria. Sawyer mengangguk pantas.
"Ayuh kita kesana" ajak Maria buru-buru.
YOU ARE READING
MR.PSIKOPAT
RomanceNamanya Ramil Falaiev. Dia adalah seorang psikopat yang berlindung dari wajah tampannya dan juga kemewahan yang dia miliki. Dia adalah jejaka yang sangat kejam. Tugasnya adalah menyiksa mangsa tawanannya dengan kejam yang mengganggu hidupnya sebelu...