Peras ugut

5.1K 65 0
                                    


Las Vegas

Dor!
Dor!

"Arkghhhh!!!!" Jerit seorang lelaki saat kedua kakinya ditembak. Dia rebah ke lantai.

"Baik kau cakap, siapa yang upah kau masuk dalam mansion aku!" Ramil menendang tubuh seorang lelaki yang sudah terbaring lemah dihadapannya. Darah keluar dari kedua belah kakinya.

     Lelaki itu masih menutup mulutnya rapat. Dia sepertinya tidak mahu memberitahu siapa yang telah mengupahnya menceroboh masuk ke mansion Ramil. Ternyata dia berjaya masuk dan keluar sedangkan disitu sudah diberi pengawasan yang ketat.

     Ramil melihat semula video rakaman yang diletakkan disetiap kawasan rumahnya termasuk dalam kamarnya, dimana waktu itu Maria sedang tidur nyenyak.

     Beruntung saja dia tidak berbuat apa-apa pada Maria. Tujuan dia kesitu hanyalah hendak mencari sesuatu yang diarahkan oleh bosnya. Jika Maria terjaga, sudah pasti pengawal yang mengawasi diluar sana akan tahu dan dia akan ditembak mati.

"Bangunkan dia, ikat dia di tiang" dengan patuh, William mengangkat tubuh lelaki itu dan diikatnya dengan bantuan Ryno.

    Kini tubuhnya seperti dipasung. Kepalanya menunduk lemah.

"Aku tanya kau sekali lagi, siapa yang arahkan kau ceroboh masuk dalam mansion aku!" Bentak Ramil geram.
Lelaki itu mendongakkan kepalanya memandang ke arah Ramil. Dia tersenyum sinis.

"Baik kau cakap. Kalau tidak, tubuh kau akan kusiat, kaki dan tanganmu akan ku potong" herdik Dani pula. Mendengar kata Dani, lelaki itu berasa takut dan ngeri.

"B-baik.. a-ku beritahu sekarang. Tapi tolong, jangan bunuh aku" rayu lelaki itu lagi. Dia tidak mahu kaki dan tangannya dipotong seperti yang dikatakan oleh Dani.

"Baik. Cakaplah" pujuk Dani lagi cuba memancing mangsanya. Bunuh itu dia tidak berani jamin. Dia tahu, Ramil tak akan lepaskan tahanannya keluar hidup-hidup.

"Mr.Virgo. Dia yang upah aku untuk masuk ke mansion Mr.Ramil." cerita lelaki itu akhirnya.

"Apa yang dia mahu kau cari?" Tanya Dani lagi.

"Dia suruh aku mencari pendrive mengenai usahasama Mr.Ramil dengan syarikat TMAX Corporation"
Jelas lelaki itu lagi.

"TMAX Corporation? Itu syarikat Mr.Tony.. seorang millionare terkenal di seluruh Amerika Syarikat" ujar Dani sambil memandang pada Ramil.

"Ternyata Virgo mahu merampas usahasama kita dengan syarikat Mr.Tony" Rahang Ramil mula mengeras. Tak sangka ada orang yang berani mahu campur tangan dalam syarikatnya.

"Mana pendrive tu? Jumpa?" Soal Dani lagi.

"Tak. Aku tak jumpa" jawab lelaki itu lagi.

"Tipu!" Bentak Ramil geram. Kalau benar lelaki ini tidak menjumpainya, jadi, kemana pendrive itu menghilang?

"Aku juga mencari pendrive yang sama dalam ruangan kerja aku, tapi tak jumpa. Kau yang ambilnya kan!?" Bentak Ramil mula menyinga.

"B-betul. Aku tak jumpa pendrive tu. Aku pulang dengan tangan kosong" beritahu lelaki itu sebetulnya. Puas dia menyelongkar laci meja Ramil, tapi tidak jumpa dengan pendrive yang dimaksudkan.

Dor! Satu tembakan tepat mengenai dada lelaki itu.

"Ramil" marah Dani kerana menembak mati lelaki itu.

"Huh! Aku tak percaya dengan kata-katanya" Dani hanya menggelengkan kepalanya.

*******

Hujan di luar masih turun dengan lebat. Maria memandang ke luar jendela. Dia masih ingat pesanan Ramil supaya jangan keluar dari kawasan itu.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now