Ramil dan Maria menghabiskan masa mereka bersama hanya di mansion milik keluarga Falaiev memandangkan keadaan Maria yang masih belum sembuh sepenuhnya.Maria hanya menemani Ramil berenang di dalam kolam di halaman mansion.
"Sayang, mari turun" ajak Ramil sambil sesekali menyelam ke dalam kolam dan timbul semula. Maria hanya duduk di tepi kolam sambil jari jemarinya bermain air.
Maria hanya menggelengkan kepalanya."Marilah.. Aku bantu" Ramil mengangkat kedua tangan sasanya kehadapan seperti mahu mengendong Maria.
Maria menggeleng sambil membuat muka masam.
Ramil terkekeh. Dia percikkan air kolam pada Maria."Arghh!" Jerit Maria. Tubuhnya sudah basah.
Thalia menghampiri Maria sambil menggelengkan kepalanya pada Ramil.
"Ramil.. jangan usik Maria. Bagaimana dia nak turun jika berbalut macam ni..?" Ujar Thalia lembut. Maria mengangguk setuju dengan Thalia sambil menjuihkan bibirnya.
Ramil geram melihat gelagat Maria.
"Alah mummy.. boleh je tu.. turun je..tak payah buka bandage tu. Lepas mandi, Mil tolong Maria tukarkan bandage yang baru" Ramil memberi idea. Thalia menggelengkan kepalanya.
"Degil" bentak Thalia perlahan. Ramil terkekeh dengan kata-kata mummynya.
"Tak best mandi sorang-sorang. Berdua baru best, kan sayang" Ramil mengeryit nakal ke arah Maria. Wajah Maria merona.
Maria hanya membeliakkan matanya pada Ramil tanda membantah.
Ramil sejak tadi sudah geram dengan Maria. Perlahan-lahan dia menghampiri Maria dan Thalia. Dia mengangkat kedua tangannya, lalu diletakkan disisi kolam seolah-olah menongkat tubuhnya. Kini, kedudukannya hanya sejengkal dengan Maria.
"Maria, marilah.." ajak Ramil lagi. Dia mendongak memandang wajah dan tubuh Maria yang hanya memakai bikini. Terekspost payudara Maria yang montok dibalik bikini yang ketat.
Maria hanya menggelengkan kepala sambil tangannya bermain air lalu dituangnya di atas kepala Ramil.
Perbuatan Maria benar-benar membuat Ramil geram dan berada diluar kawalan.
Dengan pantas Ramil memeluk dan menarik tubuh Maria lalu jatuh ke dalam kolam."Arghhh!!!" Jerit Maria yang jatuh dan tenggelam ke dalam kolam. Kemudian timbul semula.
"Mummy!!" Adu Maria kepada mummynya, Thalia. Wajah Thalia dilihat sekilas, kemudian dia menatap tajam pada Ramil.
Ramil hanya terkekeh ketawa. Maria dengan pantas percikkan air pada Ramil.
"Ramil.. kesian Maria. Kenapa buat macam tu?" Thalia simpati dengan Maria. Dia tidak menyangka anaknya akan berbuat begitu pada Maria.
"Mil geram dengan dia, mummy. Dah la berapa malam Mil tak dapat, pastu duduk tepi kolam sambil post seksi macam tu, Mil mana boleh tahan.." luah Ramil akhirnya. Dia menatap Maria dengan pandangan menggoda. Wajah Maria sudah merah. Dia malu saat Ramil berkata begitu pada Thalia.
"Anak bertuah ni! Tengok, sudah merah wajah Maria.. Dah la, mummy masuk dulu. Korang berdua mandilah. Mummy malas nak kacau"
Thalia lantas bangun."Mummy malas nak kacau atau mummy tak mahu tengok adegan panas dekat sini..?" Usik Ramil pada Thalia.
"Ish! Budak ni.. jaga Maria tu. Sudah, mummy masuk dulu" Marah Thalia seraya melangkah masuk ke dalam mansion meninggalkan Ramil dan Maria. Keduanya melihat ke arah susuk tubuh Thalia yang menghilang masuk ke dalam mansion.
Kemudian Ramil menoleh memandang nakal ke arah Maria.
Maria yang perasan, segera menatap pandang ke arah Ramil. Iris mereka bertemu.Maria berenang mengundur. Tapi Ramil sebaliknya. Dia semakin menghampiri tubuh Maria.
YOU ARE READING
MR.PSIKOPAT
Roman d'amourNamanya Ramil Falaiev. Dia adalah seorang psikopat yang berlindung dari wajah tampannya dan juga kemewahan yang dia miliki. Dia adalah jejaka yang sangat kejam. Tugasnya adalah menyiksa mangsa tawanannya dengan kejam yang mengganggu hidupnya sebelu...