Kemalangan

3.9K 47 1
                                    

     Hari ini Ramil membawa Maria ke sebuah restoran yang terkenal di Venice.
     Riviera's inventive mengambil masakan Venetian dan lokasi yang luar biasa strategik. Tempatnya sebagai salah satu daripada sepuluh restoran terbaik di Venice. Ramai pelancong sering datang ke situ.

"Thank you sayang.. hari-hari bawa aku jalan-jalan. Tak sangka, Italy terlalu banyak tempat-tempat yang menarik, banyak juga peninggalan sejarahnya." Ramil tersengih dengan kata-kata Maria.

"Masih banyak tempat yang aku belum bawa. Kalau sempat, kita pergi. Ok?" Maria mengangguk.

Sebentar kemudian datang seorang pelayan lelaki sambil menyerahkan menu makanan kepada mereka berdua.

"Mil, kau oder. Aku tak tahu makanan apa yang menarik dekat sini" ujar Maria sambil meletakkan senarai menu di atas meja. Ramil hanya menganggukkan kepalanya.

"Voglio un carpaccio di arrosto di manzo, mandorle tostate, profumo per due persone e 2 tazze di succo di frutta, Ravioli e cocktail di frutta" selepas selesai memesan makanan, pelayan itu mengambil semula menu yang ada di atas meja.

"ok Signore" dia menundukkan separuh badannya tanda hormat dan berlalu.

Selepas 15 minit menunggu dan berbual, akhirnya pesanan mereka sampai.

"Makanlah. Sayang pasti suka" ujar Ramil sambil memandang hidangan di hadapan Maria.

Maria menatap piring di hadapannya.
Terdapat daging lembu yang dipanggang bersama badam bakar, aromanya sangat harum.
Maria memotong daging pada saiz yang kecil lalu disuap ke dalam mulut.

"Mmm..sedap" puji Maria sambil meneruskan makannya. Ramil hanya tersengih melihat gelagat Maria yang tak ubah seperti anak kecil.

"Sayang, cuba rasa koktail buah ni, tentu sayang suka" Ramil menghulurkan satu gelas berkaki panjang berisi koktail buah kepada Maria.

"Mmm.. sedap. Special menu kat sini ke?" Tanya Maria. Dia bertanya kerana majoriti pelanggan yang datang ke sana, memesan koktail yang sama.

"Ya. Sedap kan?" Maria mengangguk.

*****

     Usai makan, Ramil dan Maria keluar dari restoran. Mereka leka berbual tanpa menyedari sebuah kereta dipandu laju dari arah belakang, lalu melanggar Maria.

"Maria!!!!" Jerit Ramil seraya berlari ke arah Maria. Ramil sempat melihat jenis kereta dan nombor plat kenderaan tersebut.

"Sayang..bangun sayang.." Maria membuka matanya perlahan. Bodyguard yang terlihat Ramil mengendong Maria dalam keadaan cedera, segera membukakan pintu kereta.

"Kita ke hospital, cepat" Maria mengerang kesakitan.

"Arkhh!!" Maria melihat tangan dan kaki kanannya sudah berdarah.
Tangan, kaki dan belakang badannya luka. Cederanya tidak terlalu parah kerana kereta itu hanya melanggar bahagian sisi dan membuat Maria terpelanting lalu menggesel jalan.

"Sabar sayang, tahan" pujuk Ramil sambil mengangkat tubuh Maria ke atas pangkuannya. Belakangnya luka, sudah tentu sukar untuk dia bersandar pada kerusi penumpang.

*****

Akhirnya mereka sampai ke hospital. Maria dirawat di ruang kecemasan untuk pesakit luar. Sementara menunggu Maria yang sedang dirawat, Ramil keluar meninggalkan Maria seketika. Dia menghubungi seseorang.

"Aku nak kau cari maklumat orang ini"

"...."

"Kereta dodge biru..plat no BT-****TQ"

"..."

"Kalau kau dah jumpa, aku nak kau bawa dia ke tempat biasa, ikat dia"

Ramil memutuskan talian sebelah pihak. Dia kembali masuk ke ruangan kecemasan lalu menghampiri Maria.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now