Falaiev Corporation Centre5 bulan kemudian,
Ini adalah kali kedua Maria menjejakkan kakinya di perusahaan ini. Pertama kali dia ke sini adalah saat dia datang bersama PA nya Helena atas urusan kerja. Tapi kali ini berbeza. Dia datang kesini kerana mahu berjumpa dengan suaminya.
"Selamat tengahari Puan.Maria." tegur penyambut tetamu dibawah. Mereka mengenali Maria kerana mereka pernah datang ke majlis perkahwinan Ramil dan Maria.
"Selamat tengahari" sambut Maria sambil tersenyum mesra. Banyak mata yang memandang kearahnya kerana kecantikkannya. Walaupun perutnya sudah membulat, tetapi tidak menjejaskan keterampilannya. Tetap nampak cantik dan tambah berseri-seri sejak hamil.
Penyambut tetamu wanita itu membawa Maria ke arah pintu lift untuk pegawai tetinggi. Dia menghantar Maria sehingga ke tingkat 30, pejabat Ramil.
"Terima kasih..er.."
"Tina" sambut wanita itu sambil tersenyum.
"Terima kasih, Tina." Ucap Maria mesra. Maria melangkah keluar dari lift.
Maria disambut oleh Mary, setiausaha suaminya."Selamat tengahari Puan Maria" Mary kelihatan terkejut melihat kedatangan Maria. Dia lihat perut Maria sudah membesar dan isteri bosnya bertambah cantik dan berseri-seri walaupun hanya mengenakan solekkan yang tipis.
"Selamat tengahari, Mary. Suami saya ada didalam?" Tanya Maria. Dia datang tanpa memberitahu suaminya. Tujuannya adalah untuk makan tengahari bersama Ramil. Dia membawa beg kertas yang berisi makanan tengahari yang dimasak olehnya.
"Tuan Ramil ada dipejabat." Jawab Mary lembut sambil menatap ke wajah Maria.
"Apa, dia sedang sibuk? Maaf, saya datang tak buat appoiment dulu" Maria rasa serba salah. Mary hanya tersenyum memandang ke arah Maria.
"Tuan Ramil tak sibuk hari ini. Puan kan isterinya, tak perlulah nak buat appoiment. Kalau bos tahu, puan datang kesini perlu buat appoiment, saya yang kena pecat" ujar Mary sambil terkekeh. Maria hanya tersenyum sambil mengusap perutnya yang sudah 7 bulan dengan lembut.
"Mari.."Mary mengambil beg kertas di tangan Maria, lalu membawa Maria ke pejabat Ramil.
Tok
Tok
Tok"Masuk" terdengar suara Ramil dari pembesar suara yang tak kalah halus di muka pintu yang berbentuk bulat.
Ceklek! Pintu terbuka. Dari jauh, Maria sudah melihat susuk suaminya yang masih duduk di kerusi kebesarannya sambil mengadap file-file yang menumpuk tanpa memandang ke arahnya. Maria menapak ke arah sofa yang berada tidak jauh dari meja kerja suaminya. Dia perlu duduk kerana penat berjalan dari bawah, naik ke tingkat atas.
"Mr.Ramil" Ramil mendongak memandang Mary yang berada dihadapannya.
"Ada apa Mary?" Tanya Ramil hairan.
Mary mengalihkan tubuhnya lalu menunding jari ke arah sofa.Ramil terkejut melihat kedatangan isterinya. Dia lantas bangun dan berpusing mengitari meja kerjanya.
"Kenapa awak tak cakap isteri saya datang?" Mary tersengih. Ramil mahu berlalu.
"Mr.Ramil" Langkah Ramil terhenti lalu menoleh memandang ke arah Mary.
"Ini..Puan Maria yang bawa" Mary menghulurkan beg kertas berukuran agak besar ke tangan Ramil. Ramil menyambutnya.
"Saya keluar dulu" pinta Mary disambut anggukkan dari Ramil.
Ramil berjalan menghampiri isterinya yang sudah duduk di sofa. Dia lantas duduk disisi Maria.
YOU ARE READING
MR.PSIKOPAT
Roman d'amourNamanya Ramil Falaiev. Dia adalah seorang psikopat yang berlindung dari wajah tampannya dan juga kemewahan yang dia miliki. Dia adalah jejaka yang sangat kejam. Tugasnya adalah menyiksa mangsa tawanannya dengan kejam yang mengganggu hidupnya sebelu...