Berterus terang

4.4K 52 0
                                    

     Maria kini berada di kamar Ramil. Suasana kamar ini lebih luas dari kamar Ramil di Las Vegas. Katil tidur juga berbeza.
Katil yang berada di kamar ini sama saiz dengan katil milik Ramil di Las Vegas, king saiz. Bezanya, katil ini mempunyai tiang. Di setiap tiang mempunyai tirai berwarna putih bersih.

     Maria melonjak naik dan duduk disisi katil. Kakinya digoyangkan kedepan dan kebelakang. Ternyata katil ini sangat tinggi, sehinggakan kakinya tidak mencecah lantai.

     Ramil menghampiri Maria, lalu duduk disisi katil di sebelah Maria.

"Ini pakaianmu sayang. Pergi mandi dulu, segarkan tubuhmu. Sebentar lagi, kau harus melayaniku" ujar Ramil perlahan. Maria menoleh menatap wajah Ramil.
Ramil membalas pandangan Maria.

"Kenapa?" Soal Ramil.

"Betulkah apa yang baru dibualkan tadi dengan mummy dan daddy?" Maria bersungguh-sungguh mahu tahu.

"Maksudmu?" Ramil mengerutkan dahinya. Maria menggelengkan kepalanya perlahan seraya mengeluh.

"Tak perlu nak tipu mummy dan daddy pasal kita. Kenapa tak ceritakan perkara yang sebenarnya saja? Kenapa harus berbohong sampai nak berkahwin segala. Cakap saja aku ini perempuan simpananmu" luah Maria terus terang. Dia lantas melompat turun dari katil dan mencapai baju yang diberi oleh Ramil sebentar tadi seraya melangkah menuju ke kamar mandi.
    
     Tak guna bercakap dengan lelaki seperti Ramil. Sesuka hati membuat cerita yang tak mungkin akan terjadi.
Dia tidak mahu kedua orang tua Ramil mengharap perhubungan mereka lebih jauh.
    
     Langkah Maria terhenti saat Ramil menangkap pergelangan tangannya erat. Maria menoleh memandang kearah tangannya yang dipegang oleh Ramil, kemudian mendongak memandang ke wajah Ramil yang menatapnya jeli.

"Kenapa? Apa ada yang salah pada kata-kataku sebentar tadi?" Soal Maria hairan.
Ramil menelan ludahnya kasar. Inilah masanya untuk dia berterus terang dengan Maria.

"Iya. Apa yang kamu katakan tadi semuanya salah" balas Ramil. Dahi Maria tambah berkerut. Dia memutarkan badan sepenuhnya berhadapan dengan Ramil.
Kenapa lelaki dihadapannya seperti ini? Aneh! Apa yang dia makan siang tadi sampaikan dia jadi salah tingkah seperti ini?

"Sayang... apa yang papa cakapkan tadi semuanya benar. Aku memang ingin menikahimu" melopong mulut Maria mendengarnya.

"Dengar.." Ramil menarik nafas sedalam-dalamnya.

" Sebenarnya, aku sendiri pun tak tahu sejak bila perasaan ni mula timbul. Sekarang aku sedar bahawa, a-aku tak boleh berpisah denganmu."

Mata Maria terkebil-kebil mendengar penjelasan Ramil.

"Setiap saat di pejabat, aku akan buka tabku di atas meja kerjaku. Aku akan melihat setiap gerak gerimu dari jauh sambil membuat kerjaku yang lain."
Maria melipat kedua tangannya didada, memeluk tubuh. Matanya masih memandang tepat ke iris Ramil.

"Itu sudah jadi rutin harianku. Sesaat aku tidak menatapmu, aku jadi rindu." Bersungguh-sungguh Ramil meluahkan rasa hatinya pada Maria.

"Dengan perempuan simpanan ini?" Tanya Maria masih tidak puas hati.

"Jangan cakap macam tu, sayang. Aku tak pernah menganggapmu seperti itu" tepis Ramil dengan kata-kata Maria. Maria tersenyum sinis.

"Bukankah aku ini hanya layak melayani nafsumu semata-mata untuk melunaskan hutangku padamu yang entah bila boleh langsai?"
Terasa satu tamparan hebat di wajah Ramil saat Maria mengutarakan semua itu semula, yang asalnya dari kata-katanya sendiri dulu.
Ramil mengutuk dirinya sendiri kerana pernah berkata begitu dahulu pada Maria. Dia akui, salahnya.

"Maafkan aku sayang. Waktu itu, aku bertindak tanpa berfikir apa yang bakal berlaku dikemudian hari. Aku menarik semula semua kata-kataku padamu" wajah Maria ditatapnya lembut.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now