Melawat

1.7K 29 0
                                    

     Hari sudah beransur siang. Matahari sudah membiaskan cahayanya masuk ke celah-celah langsir yang sedikit terselak membuatkan biasan cahaya menyilaukan mata Maria. Tidurnya terganggu. Maria mengubah posisi tidurnya, dia beralih dan mengiring ke sebelah kanan. Dengan mata yang masih tertutup, Maria dapat rasa susuk seseorang berada disebelahnya. Dengan pantas dia membuka mata.
Maria menarik nafas lega saat melihat suaminya terbaring di sebelahnya. Perlahan dia bangun tanpa mahu mengganggu tidur Ramil.

     Usai membersihkan diri dan bersiap, Maria turun ke dapur untuk membuat sarapan. Dia tahu, penthouse Sawyer tidak ada pembantu. Tukang cuci akan datang 3 atau 4 hari sekali untuk membersihkan penthouse. Dia maklum akan hal itu saat Thalia memberitahunya semalam.

     Maria melangkah masuk ke ruangan dapur. Dia membuka peti sejuk untuk melihat isi keperluan yang ada didalam. Dengan pantas tangannya mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat pasta. Dia juga membuat sandwich untuk sarapan pagi mereka.

     Hampir 30 minit, akhirnya kerjanya selesai. Dia memasukkan hidangan ke dalam piring lalu dihidangkan di atas meja makan.
Thalia yang baru turun terkejut saat melihat hidangan untuk sarapan pagi sudah terhidang rapi. Matanya memandang sekeliling, tiada sesiapa disitu.
Sebentar kemudian, muncul susuk tubuh menantunya dari arah dapur mengangkat dulang berisi seteko kopi dan beberapa cawan kosong.

"Maria.." panggilnya lantang akibat terkejut. Dia menerpa ke arah menantunya, lalu dulang bertukar tangan.
Semua yang mendengar jeritan Thalia lantas keluar dari bilik.

"Maria..berapa kali mummy cakap, jangan buat kerja dapur.. Maria kan tengah sarat, kalau terjadi apa-apa kan susah.." teguran Thalia membuatkan Maria tersenyum.

"Kenapa mummy?" Tanya Ramil yang sudah berdiri di hadapan meja makan. Ternyata dia juga sudah mandi kerana rambutnya masih basah.
Matanya melihat hidangan di atas meja.

"Siapa yang masak semua ni?" Tanya Ramil hairan sambil memandang ke wajah Thalia dan isterinya, Maria.
Thalia mengeluh.

"Maria" Thalia memandang ke arah Maria dengan sorot mata yang tajam.
Maria tersengih. Ramil memandang ke arah isterinya.

"Maaf mummy.. Maria lapar,sebab tu Maria masak. Nak tunggu semua bangun, keluar sarapan sama-sama..Maria rasa lambat, Maria dah tak tahan. Lagipun, barang-barang dalam peti semua masih banyak, sebab tu Maria masak" jawab Maria jujur. Memang dia lapar. Sejak dia sarat mengandung, dia jadi kerap makan dan cepat lapar.

Ramil berjalan menghampiri isterinya.

"Kenapa sayang bangun tadi tak kejut babe. Babe boleh je keluar belikan sarapan." Wajah Ramil berubah risau melihat isterinya. Maria tersenyum.

"Babe balik lambat kan semalam, Maria tak nak ganggu babe tidur" jawapan Maria hanya dibalas keluhan dan gelengan dari Thalia dan Ramil.

"Duduklah. Maria dah lapar ni" arah Maria lembut. Ramil segera menarik kerusi untuk isterinya duduk. Dia duduk disisi Maria.

"Apa bising pepagi ni, hmm?" Soal Dave yang baru turun, melangkah menghampiri meja makan.

"Sayang tengoklah ni.. semua ni menantu awak yang masakkan" adu Thalia sambil memandang ke arah Dave. Dave terkekeh.

"Baguslah macam tu. Wanita hamil ni tak boleh duduk diam saja. Sesekali, mereka kena banyak berjalan, buat kerja..bagi memudahkan proses bersalin." Dave membela menantunya,Maria.

"Kan, daddy" sahut Maria gembira saat bapa mertuanya membelanya. Ramil menoleh memandang ke arah isterinya.
Maria yang perasan, pantas menoleh kesisi.

"Apa? Betullah apa yang daddy cakapkan tu" jawab Maria sambil menyuap pasta ke dalam mulutnya. Laparnya sudah tidak dapat ditahan lagi.

"Lepas ni, jangan masuk dapur lagi. Babe tak nak tengok sayang masuk dapur lagi. Selangkah sayang masuk, tau la apa babe nak buat pada sayang" ugut Ramil sambil memandang tepat kewajah isterinya.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now