Kecelakaan

1.8K 26 0
                                    


Central Clinical Hospital, Moscow

     Seorang gadis sedang duduk di kerusi menunggu di ruang hadapan bilik operasi. Dia menangis tersengguk-sengguk.

     Datang dua orang paruh baya menghampiri ke arah gadis itu.

"Leila.." tegur seorang wanita paruh baya. Bahu Liela disentuh lembut.
Gadis itu menoleh saat terasa bahunya disentuh.

"Mama.." peluk Leila erat. Kate simpati dengan nasib yang menimpa anak gadisnya. Dia juga turut bersedih.

"Bagaimana dengan Sawyer, Leila? Apa yang berlaku?" Tanya sorang lelaki paruh baya menghampiri Leila lalu duduk di sebelahnya.

"Tadi, Sawyer melintas jalan untuk beli aiskrim di gerai seberang jalan, sewaktu dia nak melintas ke arah Leila, ada kereta melanggarnya dan lari." Cerita Leila masih lagi tersengguk menangis. Loise mengeluh berat.

"Sayang sempat lihat tak, jenis keretanya?" Tanya Kate dibalas anggukkan.

"Leila lihat, ma.. Leila juga sudah berikan semua maklumat pada polis" terang Leila lagi.

"Baguslah.."jawab Kate sedikit lega.

"Leila, kamu dah hubungi keluarganya?" Soal Loise dengan raut wajah yang risau. Dia tidak tahu bagaimana keadaan Sawyer didalam sana. Dia berharap keadaan Sawyer tidak teruk.

******

Mansion Ramil

     Thalia menghubungi Ramil jam 2 pagi. Dia memberi khabar yang tidak baik kepada Ramil bahawa adiknya Sawyer kemalangan jalan raya di Rusia. Ramil bergegas bangun mengemas pakaiannya dan Maria.
Maria yang tidak tahu apa-apa perlahan bangun dari tidurnya dan berjalan menghampiri suaminya yang nampak tergesa-gesa.

"Nak kemana ni babe lewat-lewat macam ni?" Soal Maria yang kelihatan bingung.

"Sayang tukar baju dulu, nanti babe beritahu." Arah Ramil hanya mendapat anggukkan dari isterinya.

"Maria masuk ke kamar mandi, lalu mencuci wajahnya dan menggosok gigi. Terasa lebih segar. Kemudian dia menukar pakaiannya. Usai bersiap, dia menanti Ramil di birai katil.

"Jom sayang. Nanti kita terlambat" ajak Ramil sambil menarik tangan Maria.

"Babe..jalan la perlahan-lahan. Kalau Maria jatuh macam mana" rungut Maria saat melihat Ramil mempercepatkan langkahnya.

"Janet!" Panggil Ramil nyaring.
Janet dengan mata terkebil-kebil datang menghampiri Ramil ditingkat atas.

"Saya,Tuan" Janet menundukkan separuh badannya tanda hormat.

"Tolong bawa bagasi ni turun. Cepat" arah Ramil. Maria menoleh memandang ke arah suaminya. Dahinya berkerut, hairan dengan sikap Ramil. Kemana dia hendak membawa Maria tengah-tengah malam macam ni?

     Janet lantas membawa turun bagasi ke bawah.
Ramil mengendong isterinya menuruni tangga.

"Babe.. kita nak kemana ni?" Soal Maria hairan. Ramil meletakkan Maria di atas kerusi kereta. William sudah menanti di kerusi pemandu. Manakala Vlad dan Ryno menanti di kereta lain di belakang.

     Ramil masuk, lalu duduk di sebelah Maria. Wajahnya tampak sugul dan risau. Maria menyentuh lembut tangan Ramil seperti menenangkan suaminya. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk telah berlaku, tetapi disembunyikan dari pengetahuannya.

     Perjalanan mereka ke Moscow, Rusia mengambil masa lebih dari 20jam perjalanan. Ramil kasihan melihat isterinya yang terpaksa ikut merentasi perjalanan yang begitu panjang. Untunglah dia menyediakan katil khas dalam pesawat, sangat berguna untuk isterinya merehatkan diri. Nak tinggalkan Maria di Las Vegas tanpa pemantauannya, memanglah tidak mungkin. Dia tidak akan tinggalkan isterinya dalam keadaan sarat mengandung.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now