Helena masih berdiri tercegat di hadapan Emely. Dia sangat mengenali suara lelaki itu. Helena memandang tepat ke arah anak mata Emely yang sedang memberi isyarat mata kepadanya supaya berpusing. Helena menggelengkan kepalanya sedikit tanda tidak setuju.
Dengan pantas Emely memutarkan tubuh Helena supaya berpusing dan mengadap ke arah susuk lelaki yang menegur mereka berdua.
Lelaki itu terkejut saat melihat wanita yang membelakanginya tadi adalah Helena.
Helena hanya diam tanpa bicara. Dia hanya memandang tepat kewajah lelaki itu.
"Helena..." panggil lelaki itu. Dia tak sangka akan bertemu dengan Helena lagi disini.
Dahulu, inilah tempat mereka sering berkunjung dan menghabiskan masa bersama menikmati keindahan kota Seattle.Lepas apa yang berlaku, dia selalu ke tempat ini mencari Helena. Malangnya, Ricky memberitahu bahawa kakaknya Helena sudah berpindah ke Las Vegas.
Selama kepergian Helena, setiap malam dia akan berkunjung kesini. Berdoa semoga dia akan dipertemukan dengan kekasih hatinya semula disini. Dan malam ini, doanya termakbul.
"Kak Ena.. Mel balik dulu ya. Mel tahu, banyak benda yang akak dan abang Eryk nak bincangkan" Emely melangkah meninggalkan mereka berdua.
"Mel.., akak nak balik. Dah tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi." Helena membantah permintaan adiknya Emely.
"Akak...please.. ada perkara yang harus akak tahu dari Abang Eryk. Kita jumpa di rumah. Bye" tanpa menunggu lama, Emely terus berlalu.
Helena mengeluh kasar. Perkara apa yang penting sangat sehinggakan dirinya ditinggalkan oleh Emely seperti ini?
Eryk menggenggam tangan Helena. Perbuatannya mengejutkan Helena. Dengan pantas Helena menarik tangannya.
"Why are you here?" Soal Helena.
"For you..." Helena memutarkan bola matanya lalu memutarkan badan mahu melangkah pergi. Dengan pantas Eryk menarik tangan Helena.
"Hey..cant we talk somewhere, private?" Tanya Eryk kepada Helena.
"No"
"Just talk..please.. have dinner with me" Eryk merenung kedalam anak mata Helena seperti memohon persetujuan dari Helena.
"Ok, fine. I will have dinner with you, but..we are only talking. That is it"
Eryk tersenyum gembira mendengar persetujuan Helena.*****
Setelah memesan makanan, suasana kembali diam antara mereka berdua.
"So..,let's talk" Helena memulakan bicara. Eryk tersenyum sambil menelan ludahnya kasar. Wajah Helena ditatapnya dalam.
"I need you back.." Helena menatap wajah Eryk mencari maksud dengan kata-kata bekas kekasihnya itu.
"But, i don't see how.. kau dah berkahwin kan Eryk? Mana wife kau? Kenapa kau cari aku? Kalau wife kau tahu kau sedang duduk disini, makan malam dengan aku, 'bekas kekasih kau' tentu dia sedih." Sinis sekali kata-kata Helena. Eryk hanya tersenyum.
"Wife? Siapa wife aku? Nancy?"
Tanya Eryk kepada Helena."Ya.. oh..atau kau ada isteri lain?" Sindir Helena lagi.
Eryk terkekeh dengan kata-kata Helena sambil menggelengkan kepalanya."Aku belum berkahwin, macam mana nak ada isteri. Aku tunggu kau"
Deg!
Bagai hendak luruh jantung Helena. Belum berkahwin? Habis, Nancy?
YOU ARE READING
MR.PSIKOPAT
RomansaNamanya Ramil Falaiev. Dia adalah seorang psikopat yang berlindung dari wajah tampannya dan juga kemewahan yang dia miliki. Dia adalah jejaka yang sangat kejam. Tugasnya adalah menyiksa mangsa tawanannya dengan kejam yang mengganggu hidupnya sebelu...