Rindu

2.7K 22 0
                                    


Mansion Falaiev, Italy

     Keadaan Maria yang sudah sarat mengandung sedikit sebanyak merisaukan hati Thalia. Dia tidak mengizinkan Maria pulang ke Las Vegas kerana dia tahu, jika Maria pulang ke sana, sudah pasti dia tidak dapat melawat menantunya ketika melahirkan nanti. Dia perlu merawat Sawyer di Italy sampai sembuh.

     Ramil terpaksa pulang seorang diri ke Las Vegas untuk mengambil keperluannya dan juga Maria. Selain itu, dia juga perlu membawa beberapa berkas kerjanya kesana. Dia akan menguruskan hal pejabat melalui online sementara Dani yang akan menguruskan perusahaannya di Las Vegas buat sementara waktu.

     Ramil sendiri tidak boleh berjauhan dengan isterinya walaupun sesaat tambahan pula dengan keadaan isterinya yang tengah sarat mengandung. Maria perlukannya disisi saat ini.

     Maria menikmati waktu santainya di gazebo berhampiran taman rose kepunyaan Thalia. Sesekali terhidu aroma rose menusuk kehidung saat angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.
Maria rindukan suaminya. Baru tiga hari dia tidak berjumpa dengan Ramil, hatinya menjadi gundah dan riak wajahnya tidak ceria. Thalia dan Dave dapat melihat itu dengan jelas dari riak wajah Maria.

"Maria.." Thalia menghampirinya, lalu duduk disisi menantunya. Rambut Maria yang keperangan panjang mengurai diraihnya ke belakang telinga. Terhidu aroma lavender menusuk ke hidung Thalia. Sangat wangi.
Maria yang sejak tadi termenung sambil meletakkan kepalanya pada lipatan kedua tangannya di tembok gazebo tersentak saat Thalia memanggilnya.

"Mummy.." Maria tersenyum hambar. Dia rasa sunyi berada disini tanpa kehadiran Ramil. Thalia menarik nafas dalam-dalam lalu dilepaskannya perlahan.

"Maria rindukan Ramil ya?" Maria menatap ke wajah Thalia lantas menganggukkan kepalanya. Sesekali dia mengusap perlahan perutnya yang hanya menunggu hari.
Thalia memeluk dan mencium kening menantunya lembut.

"Dia perlu selesaikan beberapa kerja sebelum datang kesini. Maria tahu kan..? Sabar ya" Pujuk Thalia. Dia sendiri tidak pasti, bila Ramil akan pulang ke Italy.

"Kak Maria.." panggil Sawyer yang masih berjalan pakai tongkat ditangan. Maria menoleh ke arah Sawyer yang sudah berdiri di tepi kolam.

"Sini.." perlahan dia duduk di tepi kolam sambil kedua kakinya sudah berada di dalam air.
Maria turun dari gazebo lalu berjalan menghampiri Sawyer di tepi kolam. Maria ikut duduk sambil kedua kakinya direndamkan ke dalam air.

"Kak Maria rindukan Abang Mil?" Kini giliran Sawyer pula bertanya. Maria menoleh kesisi menatap Sawyer lalu mengangguk.

"Sawyer baru je lepas berbual dengan Abang Mil dalam telefon" wajah Maria kelihatan teruja.

"Benarkah? Kenapa tak beritahu akak?" Wajah Maria berubah sugul. Kenapa Sawyer tidak menyerahkan telefon kepadanya. Dia sangat rindukan Ramil.

"Maaf akak.. Sawyer tak mahu akak menangis saat berbual dengan Abang Mil nanti."luah Sawyer cuba menenangkan keadaan.
Maria lebih sedih kerana tidak diberi kesempatan untuknya berbual dengan Ramil melalui telefon. Cukup sekadar mendengar suara suaminya sahaja boleh hilangkan sedikit rasa rindunya.

     Sejak Ramil pulang ke Las Vegas, suaminya langsung tidak menghubungi dan menghantar pesanan ringkas padanya. Sesibuk itukah dia sehinggakan langsung tidak punya masa untuk bertanya khabar tentangku? Airmata Maria jatuh kepipi.
Sawyer yang perasan Maria sedang menangis, segera memberi kode pada Thalia.
Thalia menghampiri menantunya.

"Maria.. mari kita masuk ke dalam. Dah petang ni, tak elok duduk diluar" Thalia membantu Maria berdiri. Maria menyeka pantas airmata diwajahnya.

Sawyer rasa bersalah kerana dia sudah terlepas cakap. Sepatutnya dia tidak memberitahu Maria, Ramil menghubunginya.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now