Gelisah

7.5K 57 1
                                    


     Sudah tiga hari Maria tidak pulang ke apartment sejak malam dia keluar ke club. Helena mula resah. Handfon Maria juga tidak dapat dihubungi. Kemana dia pergi? Keretanya diclub juga tiada.
Dia mula gelisah. Apakah rakannya itu diculik atau dibunuh?

     Ah! Tak mungkin. Kalau benar, siapa yang lakukannya? Helena mula menepis firasat buruk yang menimpa rakannya. Mungkin Maria pergi menenangkan fikirannya. Saman yang harus dibayarnya bukannya sedikit. Berkemungkinan besar, hal ini yang menyebabkan rakannya tidak pulang sampai sekarang. Ya..harap sahaja firasatnya kali ini benar.

     Helena akan beri masa untuk rakannya berfikir dan menenangkan fikirannya. Begitu juga dengan dirinya. Dia juga perlu bercuti. Waktu sebegini amat sesuai untuknya pergi bercuti. Pulangnya Maria nanti, dia tidak mungkin boleh bercuti panjang seperti sekarang.

     Helena menempah tiket penerbangannya ke Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Ya..disitulah keluarga besarnya tinggal. Sudah lama dia tidak pulang kesana bertemu dengan kedua orang tuanya serta abang, kakak dan adik-adiknya. Pekerjaan yang dilakukannya sekarang, menyukarkannya untuk mengambil cuti. Seketika terbayang wajah mereka di fikiran Helena.

"Mama, papa, tunggu kepulangan Helena" bicaranya sendirian.

******

Holly Street, Seattle, Washington

Helena tiba di perkarangan rumah tiga tingkat milik orang tuanya. Dia memerhatikan suasana kawasan yang sudah lama tidak dijejakinya. Dia rindu dengan tempat ini.

     Helena melihat susuk tubuh lelaki yang berusia sedang berkebun di kawasan lapang di tepi rumah. Itulah papa pada Helena, Edward Smith. Papanya suka berkebun. Dulu, dia selalu makan hasil tanaman sayur bapanya.

     Helena menyeret kopernya menghampiri susuk tua yang duduk mencangkung, sedang menggali tanah.

"Papa.." panggil Helena perlahan. Tetapi panggilannya itu mampu didengari papanya. Lelaki tua itu perlahan menoleh kebelakang. Riaksinya terkejut. Dia lantas bangun. Netra mata birunya bertatap dengan anak yang telah lama dia tidak berjumpa. Senyuman lebar segera menghiasi bibir tua itu.

"Ena..." panggilnya dengan suara yang bergetar.
     Helena yang mendengar namanya disebut, segera melepaskan kopernya. Dia memeluk tubuh tua itu erat. Airmatanya jatuh berjuraian.

"I miss you, papa" Helena mencium kedua pipi papanya yang sudah berkedut.

"I miss you too, Ena" sambut Edward.

"Edward....ini biji benih ya-....." muncul susuk tubuh wanita tua di depan muka pintu.

"Helena!!" Tanpa sempat menyarung sandal, wanita tua itu berlari anak mendapatkan tubuh Helena. Dia teramat rindukan anaknya yang satu ini. Tubuh Helena dirangkul erat. Kedua pipi Helena diraupnya dengan kedua tangan tuanya yang berkedut.
Itulah mama Helena, Ellen Isabell.

"Mama... i miss you so much ma.." tangis Helena.

"Oh...i miss you more, honey" sambut Ellen gembira. Netra mata coklat honeynya memandang tepat ke anak mata Helena. Airmatanya mengalir jatuh dipipi tuanya. Dengan cepat Helena mengusapnya.

"Mari kita masuk, Ena" Ellen menarik tangan Helena masuk ke dalam rumah.

*****

Helena menghirup kopi panas yang dibuat oleh mamanya, Ellen. Dia menggemari kopi ibunya kerana ibunya lebih suka membakar dan mengisar biji kopi sendiri. Terasa berbeza dengan kopi yang dibelinya dipasaraya.

"Kopi buatan mama paling enak yang pernah Ena rasa. Takkan ada ditempat lain" puji Helena. Ellen tersenyum gembira. Anaknya masih sama seperti dulu. Masih menyukai aroma dan rasa kopi yang dibuatnya.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now