Suasana petang di halaman luar mansion sangat tenang dan nyaman. Jarang Maria duduk diluar jika Ramil tiada. Selalunya, dia akan menemani Ramil berenang di kolam.
Petang ini, Maria mengajak Helena duduk bersantai di meja yang terdapat disisi kolam renang. Lenny menghidangkan makan petang untuk mereka berdua."Makanlah Helena" pelawa Maria sambil memandang Helena yang dari tadi masih memandang sekeliling mansion.
"Besar rumah Mr.Ramil, kan? Tengok tu, siap ada bodyguard lagi. Aku tengok, bukan sorang dua, tapi ramai. Siap pegang senjata lagi. Takut aku" Maria terkekeh gelak dengan bicara Helena.
"Buat apa nak takut. Diorang ditugaskan menjaga keamanan mansion ni, bukan nak tembak kita" ketawa Maria lagi. Helena tersengeh.
"Maria, kau dengan Mr.Ramil tu ada apa-apa ke? Aku dengar kau panggil dia babe..dia panggil kau sayang." Sebenarnya, dari tadi lagi dia mahu bertanyakan hal ini kepada Maria. Tetapi masa tidak mengizinkan.
Maria tersenyum."Kami bakal berkahwin dua minggu dari sekarang" jawapan Maria telah menjawab kesemua pertanyaan Helena.
Helena melopong. Dia terkejut dengan berita yang baru disampaikan oleh Maria.
"Seriously!? Oh my god.. congratulation Maria. Bertuah kau. Jadi mem besar dalam mansion ni. Duduk rumah goyang kaki je. Arah itu..arah ini..semua pembantu buatkan" omel Helena sedikit berbangga dengan rakannya.
"Kau ni.. aku bosan tau tak, seharian di mansion. Satu kerja pun aku tak boleh buat. Nak kerja, Ramil tak kasi. Hmm..jadi, aku goyang kaki jela" kedua mereka ketawa.
Dari jauh, Ramil dan Eryk berjalan menghampiri Maria dan Helena.
"Borak pasal apa ni? Mengumpat kita orang eh.." desis Ramil. Tubuhnya tidak berpakaian. Dia hanya mengenakan seluar pendek dan tuala mandi diselimpangkan di leher. Satu kucupan singgah di puncak kepala Maria.
"Tak da apa.. berbual kosong ja.. kan Ena" sahut Maria sambil memandang Helena.
Eryk juga sama. Dia juga sudah tidak berpakaian. Hanya mengenakan seluar pendek separas lutut sama seperti Ramil."Babe dengan Eryk nak berenang?" Ramil menganggukkan kepala diikuti Eryk.
"Sayang nak ikut?" Maria menggelengkan kepalanya seraya berdiri disebelah Ramil.
"Babe mandi la dengan Eryk. Maria duduk sini, berborak dengan Helena."
Maria mengambil tuala yang berada di leher Ramil."Ok." Satu ciuman singkat singgah di kening Maria. Maria hanya tersenyum.
Splash!!
Ramil melompat ke dalam kolam.
"Babe!! Habis basah" adu Maria yang melihat bajunya sudah basah separuh kerana percikan air dari terjunan Ramil sebentar tadi. Dia tidak sempat mengelak.
Ramil terkekeh."Turun sini, mandi. Dah basah dah pun. Baik bagi basah terus" Ramil mengernyit sebelah matanya pada Maria sambil terkekeh ketawa.
Maria menggelengkan kepala. Dia mengeringkan bahagian tubuh dan baju yang basah dengan tuala yang ada ditangannya. Kemudian kembali duduk di hadapan Helena.
"Eryk, kau lompat arah sana. Nanti basah Helena" arah Maria kepada Eryk. Eryk terkekeh ketawa.
"Dia basah pun apa salahnya. Aku tolak dia masuk kolam sekali" balas Eryk. Satu cubitan singgah di perut Eryk.
"Aduh duh duh... " Eryk mengusap bahagian perutnya yang sudah meninggalkan jejak merah. Maria ketawa melihat gelagat Helena dan Eryk.
Splashh!! Eryk melompat masuk ke dalam kolam.
YOU ARE READING
MR.PSIKOPAT
RomanceNamanya Ramil Falaiev. Dia adalah seorang psikopat yang berlindung dari wajah tampannya dan juga kemewahan yang dia miliki. Dia adalah jejaka yang sangat kejam. Tugasnya adalah menyiksa mangsa tawanannya dengan kejam yang mengganggu hidupnya sebelu...