Perkahwinan Ramil dan Maria berlangsung dengan lancar. Seluruh dewan dikawal ketat oleh bodyguard Ramil dari luar. Ramai tetamu yang hadir memeriahkan lagi majlis.
"Tahniah Mr.Ramil dan Mrs.Maria.." ucap Helena. Eryk juga mengucapkan tahniah kepada Ramil dan Maria seraya berjabat salam dan berpelukkan dengan Ramil.
"Thank you Ena.. by the way, thanks kerana sudi datang ke majlis aku" Maria meneggenggam erat tangan Helena.
"Kan aku dah janji nak datang" Helena tersenyum sambil memandang Maria.
"Kau sangat cantik malam ni, Maria. Secocok dengan Mr.Ramil yang kacak dan tampan. Aku tak sangka, kita sekarang sudah ada keluarga sendiri dan kau bakal timang cahaya mata tidak lama lagi." luah Helena. Dia juga berharap rumahtangganya dan Maria bahagia sehingga ke akhir hayat.
"Tq Ena.." Maria tersenyum lebar mendengar pujian dari Helena.
"Hello sayang..." sapa seorang wanita dari belakang. Maria menoleh.
"Mummy, daddy.." Maria memutar penuh badannya menghadap Dave dan Thalia.
Mereka berpelukkan mesra."Tahniah sayang. Welcome to Falaiev family. Mummy dan daddy berbangga dengan mu dan berterima kasih padamu sayang kerana kamu dah berjaya menambat dan melembutkan hati seorang lelaki arogan seperti Ramil" Maria tertunduk malu mendengar pujian yang keterlaluan padanya. Dia tidak pernah mengubah sikap Ramil. Mungkin cinta yang ada di hati Ramil yang mengubah hati arogan lelaki itu. Semuanya berubah secara alami.
"Mummy.." sapa Ramil yang datang menghampiri Maria, Dave dan Thalia. Dia dengar apa yang dibicarakan oleh Thalia. Dia mencium kedua pipi Thalia dan Dave.
"Hai sayang.. tahniah kepada anak mummy yang telah menamatkan zaman bujang hari ini. Ingat, tanggungjawab Mil semakin berat. Jaga Maria baik-baik. Jangan sakiti hati dan jiwanya. Ingat, di dalam sini ada cucu mummy dan daddy" Thalia mengusap perut Maria sambil menatap pandang dengan Ramil. Maria tersenyum mendengar nasihat dan teguran dari Thalia buat Ramil.
"Baik mummy. Mil janji akan jaga menantu kesayangan mummy ni lebiihhh dari nyawa Mil sendiri." Ramil mengucup pelipis Maria dengan lembut. Maria tersentuh mendengar pengucapan dan janji Ramil pada Thalia.
"Mana Sawyer?" Ramil memerhati sekeliling.
"Dia mohon maaf kerana tak dapat hadir. Dia sampaikan salam tahniah buat kamu berdua. Hadiah perkahwinan kamu berdua juga dia dah kirimkan. Nanti sampailah tu" Celah Dave yang sejak tadi hanya membiarkan isterinya berbicara.
Ramil hanya menggelengkan kepalanya. Sawyer sangat pentingkan kerjanya. Rasa lebih beruntung jika adiknya itu mahu membantu daddynya menguruskan syarikat. Malangnya, adiknya lebih berpihak pada keluarga sebelah kekasihnya. Setakat mana Ramil harus bertahan. Lambat laun, Dave akan bersara, dan siapa yang akan mengambil alih perusahaan mereka di Italy kelak. Ramil sudah punya syarikatnya sendiri di Las Vegas. Itu tidak mungkin dia tinggalkan."semalam dia ada meeting penting yang tak dapat nak dielakkan. Kalau datang pun tak sempat. Rusia dan Las Vegas jauh sayang" pujuk Thalia kepada Ramil. Ramil mengangguk faham. Maria mengusap lembut bahu Ramil. Dia faham perasaan Ramil sekarang dan dia juga berharap Ramil faham cara kerja adiknya.
Ramil menoleh memandang ke arah Maria lantas tersenyum. Wajah wanita itu pengubat segalanya. Maria juga belum pernah bertemu dengan Sawyer. Adik iparnya itu seorang yang super-busy atau lebih tepat lagi 'workaholic'.
Maria beruntung, Ramil tidak seperti adiknya."Ada masa, kita kunjung dia disana" saran Maria membuatkan Ramil tersenyum lebar seraya mengangguk. Ramil langsung tidak terfikir mengenai perkata itu. Untung Maria telah menyuarakannya.
Thalia dan Dave tersenyum. Mereka berbangga melihat Maria yang pandai mengambil hati Ramil. Dia tahu, Maria mampu menjaga Ramil dengan baik.
YOU ARE READING
MR.PSIKOPAT
RomanceNamanya Ramil Falaiev. Dia adalah seorang psikopat yang berlindung dari wajah tampannya dan juga kemewahan yang dia miliki. Dia adalah jejaka yang sangat kejam. Tugasnya adalah menyiksa mangsa tawanannya dengan kejam yang mengganggu hidupnya sebelu...