Ditawan

2.5K 27 0
                                    

Dalam hutan berhampiran bangunan lama,

     Plan berjalan seperti yang telah dirancang. Orang-orang Ramil, Dave dan Mr.Tony sudah berada dititik yang diarahkan. Manakala Vincent bersedia lakukan tugasnya.
    
     Walau keadaan malam yang gelap terasa sukar untuk mereka lakukan misi ini, namun mudah bagi Vincent yang sudah biasa dengan suasana perang sebagai sharp shooter. Dia bersembunyi dibalik semak yang mungkin tidak dapat dikesan oleh sesiapa pun. Senjata yang digunakannya mempunyai teknologi tinggi infrared.

"Bagaimana dengan situasi kamu sekarang?" Soal Ramil melalui alat pendengaran yang telah dipasang pada telinga setiap orang-orangnya,begitu juga dirinya. Dia juga berada disana.

"Kami dah ready bos" jawab semua orang-orangnya.

"Bagus. Kita bergerak sekarang." Arah Ramil. Dia juga sudah susun rancangan. Dia sanggup lakukan apa saja demi mahu selamatkan isterinya.

*****

Di bangunan lama

     Maria sudah tidak tahan. Badannya terasa sakit dan nyeri bila pergerakkannya terhad. Tangannya yang masih terikat di belakang menyukarkannya untuk bangun dari baringan.

"Tolong.." Janet yang berada di sebelah Maria hanya memandang tanpa boleh melakukan apa-apa. Keadaan dia juga sama seperti Maria.

"Apa yang kau mahu, hmm?" Virgo datang bersama dengan dua orang suruhannya. Dia datang mendekat kearah Maria yang masih terbaring lesu lalu duduk mencangkung.

"Tolong buka ikatan tanganku, sakit..."Maria meringis saat merasa perih pada pergelangan tangannya.

"Buka ikatan tangannya dan ikat di bahagian hadapan" lelaki suruhannya mengangguk dan menghampiri Maria.

"Argh!" Maria menjerit sakit saat tangannya ditarik dan diikat semula dibahagian hadapan. Dengan sekuat tenaga yang ada, Maria merengsot tubuhnya dengan perlahan. Dia menekan kedua tangannya lalu duduk dari baringan. Terasa lebih selesa. Rambutnya yang panjang kelihatan berantakkan. Bajunya juga kotor kerana lantai yang ditidurinya itu kotor dan terbiar.

"Aku dahaga. Tekak ku perit. Tolong berikan aku sedikit air" pinta Maria dengan suara yang lemah.

"Bagi dia air" lelaki seorang lagi datang menghampiri Maria. Dia menyondorkan sebotol air putih ke mulut Maria. Maria minumnya sehingga separuh. Banyak yang tumpah sehingga membasahi bajunya. Nafasnya terengah-engah kerana terpaksa menelan air dengan pantas kerana lelaki itu menuangnya dengan laju dan kasar.

     Virgo dapat melihat seperti Maria mahu katakan sesuatu.

"Apa lagi yang mahu kau bicarakan?" Tanya Virgo dengan suara yang agak keras.

"Tolonglah berikan pembantuku sedikit air. Kasihan dia..dan tolonglah lepaskan ikatan dimulutnya" rayu Maria sambil merapatkan kedua tapak tangannya di hadapan wajah seperti merayu.

"Kau jangan macam-macam" marah Virgo.

"Tolonglah.. kasihanilah dia. Dia juga pasti dahaga sepertiku." Rayu Maria lagi. Dia memeluk lututnya, kemudian tangannya diangkat dan merayu lagi.

"Hey perempuan, kau benar-benar menyusahkan" Virgo mencengam rambut Maria yang panjang dengan kuat.

"Arggghh!" Maria meringis sakit. Airmatanya jatuh membasahi wajah. Virgo menolak kepala Maria dengan kuat sehingga dia terhempas di lantai menyebabkan kepalanya terhantuk dan berdarah. Janet mahu membantu, tapi tidak berdaya. Tubuhnya juga diikat.
Mereka berlalu pergi meninggalkan Maria dan Janet.

"Babe.. tolong Maria" tangis Maria. Dia sangat berharap agar suaminya datang menyelamatkannya.

******

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now