Jumpa keluarga

5.6K 54 0
                                    


    
     Sudah hampir dua minggu Maria tidak melihat dunia luar, hari ini Ramil membawanya keluar. Kemana? Dia sendiri tidak pasti. Dia hanya menurut.
Perjalanan yang agak panjang membuat Maria tertanya-tanya, kemana Ramil hendak membawanya. Setelah hampir 1 jam perjalanan, akhirnya mereka tiba ke satu kawasan yang sangat lapang. Disitu Maria dapat lihat sebuah jet peribadi sudah menunggu.
Kereta MPV Audi berhenti betul-betul di bahagian hadapan tangga jet.
Maria menoleh memandang Ramil.

"Jom turun. Atau kau mahu aku kendong?" Dengan pantas Maria turun dari kereta. Tak mungkin dia akan mengizinkan Ramil mengendongnya dihadapan pekerja dan orang bawahannya. Ramil terkekeh melihat riaksi Maria.

"Mari.." Ramil menghulurkan tangannya. Dengan teragak-agak, Maria menyambut huluran tangan Ramil. Ramil menuntun tangan Maria sehingga ke hadapan kaki tangga. Dia memandang ke arah stiletto yang dipakai Maria, seperti begitu sukar hendak menaiki tangga.

"Arghh!" Maria menjerit saat tubuhnya melayang ke udara. Ramil mengendongnya menaiki tangga dari bawah sampai ke atas. Mukanya bersemu merah. Ramil hanya terkekeh dengan sikap malu Maria. Dia menurunkan Maria, lalu menarik tangan wanita itu menghampiri barisan kerusi penumpang yang bertaraf VVIP.

"Duduk." Arah Ramil dengan suara yang datar. Maria menurut. Dengan pantas Ramil memasang safety belt ke tubuh Maria.

"Haah" Maria tersentak saat Ramil menarik ketat safety belt di celah selangkangnya.

"No escaping now, honey" Ramil memandangnya tajam sambil tersenyum. Sangat tampan pada pandangan Maria.

Ramil mengambil tempat di hadapan Maria. Dia juga memakai safety belt pada tubuhnya. Setelah selesai, pandangannya terarah pada Maria semula. Pandangannya,oh.. benar-benar membuat Maria hilang arah. Maria membuang pandang ke arah tingkap pesawat. Dia tak mahu memandang ke arah Ramil yang masih memandang ke arahnya.

"You seem nervous" tegur Ramil yang perasan dengan Maria yang seperti salah tingkah.
Maria menelan ludahnya kasar.

"I find you intimidating" balas Maria pantas.
Ramil terkekeh.

"Really?" Ramil seperti tidak percaya, Maria sudah pandai menilai dirinya.

"Yah.." hanya itu jawapan yang Maria beri.

10 minit kemudian, jet peribadinya sudah terbang ke udara.
Maria sepertinya mahu bertanya, kemana mereka mahu pergi, tapi dia kuburkan niatnya. Sebentar lagi dia akan tahu juga.

Maria memejamkan matanya. Dia sudah tidak mahu terus-terusan bertatap pandang dengan Ramil. Jantungnya selalu sahaja berdetak kencang saat memandang netra mata lelaki itu. Ramil hanya tersenyum melihat gelagat Maria. Ramil perasan, sejak akhir-akhir ini, Maria selalu salah tingkah jika mereka bertatap pandang. Adakah wanita ini sudah jatuh hati padanya?

Jika benar, apa salahnya. Ramil juga akui, dia juga sudah merasa perasaan itu pada dirinya. Cuma dia pendamkan perasaannya sendiri. Niat awal, dia hanya mahu jadikan wanita itu sebagai simpanannya, kini seperti jauh menyimpang dari plan asalnya.

'Aku harus beritahu mengenai perasaanku padanya. Iya..harus!' -Batin Ramil.

'Bagaimana kalau dia menolak?'

Ramil mula berasa was-was. Tidak, dia tidak akan biarkan Maria begitu sahaja. Dia harus menceritakan perasaannya kepada Maria bila sampai masanya nanti. Pasti!

*****

Hampir 15 jam perjalanan, akhirnya mereka sampai ke Itali.
Sepanjang perjalanan, Maria sudah beberapa kali bangun dan tertidur. Dia merasakan perjalanan mereka sangat panjang. Sehinggalah mereka sampai ke destinasi.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now