Jumpa Maria

3.3K 38 0
                                    


     Hampir berminggu-minggu keluarga Helena dan keluarga Eryk menyiapkan persiapan perkahwinan mereka berdua. Akhirnya mereka berjaya dinikahkan.

     Helena berasa semuanya seperti mimpi. Dia langsung tidak menyangka, kepulangannya yang pada awalnya hanyalah sekadar mahu melawat keluarganya, tapi kini berubah menjadi hari paling bersejarah buatnya. Semua ini berlaku tanpa dirancang dan terlalu pantas.

"Honey.. jauh mengelamun" Eryk menghampiri Helena yang berdiri dihadapan jendela. Dia merangkul erat pinggang Helena dari belakang. Matanya merenung jauh melihat keindahan hamparan kota Seattle dari tingkat 28 penthouse milik Eryk.

Helena kini tinggal bersama Eryk selepas mereka berkahwin.

"Sebenarnya..aku sedang fikirkan Maria. Sudah lama dia menyepikan diri. Aku text dia tak reply, call pun tak dapat. Kemana dia pergi?" Helena jadi resah dengan kehilangan Maria.

"Mungkin dia dah stop dengan dunia permodelannya" tekaan Eryk membuatkan Helena menggelengkan kepalanya.

"Itu tak mungkin terjadi sayang. Maria masih terikat pada satu perusahaan besar di Las Vegas. Semuanya berpunca dari aku" Helena mengeluh berat.
Eryk tidak faham dengan maksud Helena. Dia memutarkan tubuh Helena untuk menatapnya.

"Apa maksudmu?" Soal Eryk. Dia memandang tepat ke wajah Helena. Helena menundukkan wajahnya. Setitik airmatanya jatuh ke pipi, kemudiannya menjadi bertambah laju.

"Hey.. kenapa ni? Cuba ceritakan padaku,sayang" pinta Eryk dengan lembut. Perlahan dia mengusap airmata di wajah Helena.

Helena berjalan lalu duduk disofa. Eryk hanya menurut lalu duduk di sebelah Helena.

"Semua pengurusan jadual,temujanji atau kontrak dengan syarikat-syarikat ternama, aku yang handle. Kerana aku adalah PA pada Maria Elyna. Job yang kami dapat sangat menguntungkan."
Helena bersandar di sofa sambil memeluk tubuhnya.
Eryk hanya menanti cerita seterusnya dari Helena.

"Maria hanya mahu menjadi model pada produk berjenama seperti kasut, jam tangan, handbag, sun glasses, pakaian. Hanya model iklan dalam helaian majalah. Dia tak mahu menjadi tumpuan pada mana-mana paparazi diluar sana. Dia seorang model yang low profile. Dia tidak suka dikenali ramai. Dalam majalah pun, hanya terselit satu picture besar dalam 1 helai keratan majalah barangan berjenama yang dipakainya. Itu saja. Tapi..." Helena terhenti. Dia mengeluh berat. Dia menyandarkan kepalanya pada sofa, lalu mendongak ke atas memandang lelangit ruangan penthouse.

"Suatu hari, aku mendapat panggilan dari syarikat penerbitan terkenal di Las Vegas. Dia menawarkan harga yang tinggi untuk mengambil Maria sebagai model cover majalah dan kontrak tu hanya berjalan selama tiga bulan. Tanpa berbincang dengan Maria, aku setuju. Aku berjumpa dengan orang tengah perusahaan itu untuk tandatangan kontrak.
Malam tu, aku beritahu Maria mengenai kontrak ni. Dia marah. Sudah acap kali dia beritahu aku, dia tak mahu wajahnya terpamer di muka depan majalah. Dia tak suka hidupnya diganggu paparazi dan wartawan."

"Bagaimana dengan kontrak tu?" Tanya Eryk ingin tahu.

"Dia tolak. Di hadapan pengurus besar syarikat tu, dia tolak kontrak tu mentah-mentah. Maria cakap, dia tak pernah bersetuju dan menerima apa-apa tawaran yang melibatkan wajahnya di cover majalah. Aku yang memandai menurunkan tanda tanganku pada surat perjanjian, bukan atas persetujuannya. Syarikat tu mahu saman Maria dengan bayaran 3 kali ganda."
Helena mengeluh lagi.

"Malam tu, Maria keluar. Katanya dia mahu ke club seorang diri untuk menenangkan fikirannya. Aku biar dia pergi macam tu ja. Aku tak tahu dia akan menghilang sampai sekarang. Nak call pun susah. Aku tak tahu apa yang berlaku padanya sekarang. Aku risau" luah Helena. Dia buntu. Rasa bersalah makin beraja dihatinya. Dia harus mencari Maria. Tapi dimana?

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now