Bersalah

2.1K 27 0
                                    


    
     Thalia sudah menanti anaknya, Ramil dibilik bacaan.

Tok
Tok

"Masuk"

Ceklek!

     Terjengul wajah Ramil dimuka pintu. Dia melangkah masuk lalu menutup pintu semula.

"Ada apa mummy nak jumpa Mil dekat sini? Kenapa tak di ruang tengah saja?" Soal Ramil hairan.

"Duduk" arah Thalia tanpa menjawab soalan Ramil.
Ramil bungkam. Dia berjalan menghampiri sofa yang berhampiran dengan Thalia.
Sepertinya dia sudah tahu mengenai topik perbincangan mummynya nanti.

"Apa yang berlaku sebenarnya? Mummy lihat sikap Maria lain sangat pagi ni, kamu berdua ada masalah?" Soal Thalia. Hatinya tidak tenang selagi sikap menantunya terus-terusan begini.

     Thalia menatap tajam ke arah Ramil.
Ramil menelan ludahnya kasar.
Dia rasa seperti dirinya akan dijatuhi hukuman mati mandatori oleh sang hakim.

"Salah Mil, mummy. Tadi pagi, Maria ada beritahu Mil, yang dia menyuruh Lenny buatkannya pancake pisang dan dia menyuruh Pak Rody belikannya koktail buah. Lepas tu Mil tersalah cakap."
Ramil memandang sekilas ke wajah Thalia. Ternyata mummynya masih menantikan penjelasan darinya.

"Mil kata pada Maria, dia dah menyusahkan Lenny dan Pak Rody setiap hari sebab Maria cuma jamah sesudu dua saja, lepas tu dah tak nak. Penat Pak Rody pergi membeli, penat juga Lenny menyiapkan makanan yang sudah tentu memakan masa yang lama untuk siapkan, tapi Maria makan sikit je" Ramil mengeluh kesal.

"Mil tahu Mil salah. Mil tak sepatutnya berkata seperti itu pada Maria. Mel rasa bersalah, mummy." Luah Ramil.

"Apa yang Mil buat ni? Bukan ke Mil selalu buat research mengenai wanita hamil? Macam mana hal yang semudah ini pun Mil tak boleh nak handle, hah!?" Ramil menundukkan wajahnya.

"Mil tahu tak, saat isteri sedang hamil, suami perlu banyak bersabar. Mil patut bersyukur, Maria tak minta yang bukan-bukan. Sesetengah wanita hamil, mengidamkan makanan yang pelik-pelik malah sukar dicari. Tapi isteri kamu hanya mahukan benda sepele begitu pun kamu dah merungut. Itu belum lagi saat Maria dah melahirkan nanti, dengan karenah anak kecil lagi, tidur dan rehat pun tak cukup. Mil kena sedar tu. Perkahwinan ini bukan sekadar cinta, sayang, seks sahaja. Dia merangkumi banyak aspek. Kena pandai atasi karenah isteri, anak-anak. Mil sebagai ketua keluarga, perlu bijak berfikir dan tangani masalah. Bukan tambah lagi masalah."

"Mil, dalam dunia ni, Maria cuma ada Mil sorang je kat sini. Mummy dan daddy jauh. Sekali sekala boleh la mummy dan daddy datang jengok. Dia tak ada sesiapa lagi. Hanya Mil tempat dia mengadu dan curah kasih sayang. Tapi kalau Mil bersikap macam ni, pada siapa lagi Maria hendak mengadu?"
Ramil mengeluh berat.

"Apa yang harus Mil buat, mummy?" Soal Ramil buntu.

"Pergi mohon maaf padanya. Kesian Maria. Yang dikandung itu anak Mil, bukan anak orang lain. Mil harus bersyukur itu. Mil lihat sendiri, Maria pernah tak bersungut saat dia morning sickness?" Ramil menggeleng.

"Maria pernah tak bersungut, kandungan yang dia bawa ini membebankan, menyusahkan?" Ramil menggeleng. Dia meraup wajahnya kesal.
Dia lantas bangun meninggalkan Thalia. Dia perlu memohon maaf pada isterinya. Kalau merayu adalah jalan yang boleh membuatkan isterinya memaafkannya, dia sanggup.

******

     Ramil kembali ke kamar. Dia tahu, isterinya akan ada disitu saat merajuk. Pintu dikuak perlahan. Ramil menjengukkan kepalanya ke dalam kamar dan benar, isterinya sedang baring di atas katil. Ramil masuk lalu menutup pintu.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now