Strategi

2.2K 27 0
                                    

Setelah hampir seminggu berada di negara kanggaru, Ramil kembali sibuk dengan kerja di pejabatnya. Banyak file yang menumpuk di atas meja yang perlu disemak dan ditandatangani. Dia juga perlu menghadiri beberapa meeting pada hari ini.
Kesibukkannya membuat dia lupa untuk mengawasi Maria pada hari ini.

Tok
Tok

"Masuk" derapan sepatu menghampiri meja kebesaran Ramil lalu berhenti.

"Mr.Ramil, Mr.Tony sudah berada di bilik meeting" Dani, setiausaha peribadinya sudah berdiri tegak di hadapan Ramil.

"Baiklah" Ramil segera mencapai file kerjasama mereka untuk dibincangkan di dalam meeting nanti.

*****

Sampai sahaja di bilik meeting, Ramil melihat susuk dua orang lelaki sedang duduk dikerusi berhadapan meja meeting dan sedang membelakanginya.

"Apa khabar Mr.Tony" lelaki yang duduk tadi lantas menoleh dan berdiri berjabat salam dengan Ramil dan Dani, begitu juga dengan pembantunya, Dean.

Mr. Tony Marko Xion seorang millionaire yang sangat berpengaruh dan dia juga merupakan ketua mafia. Dia juga tahu Ramil merupakan seorang psikopat yang berselindung di balik perusahaan gahnya. Hubungan baiknya dengan Ramil membuatkan mereka sering berkerjasama dengan syarikat Ramil, Falaiev Corporation Centre.

"Mr.Falaiev.. saya baik..anda?" Lelaki bertubuh gempal itu bertanya balik kepada Ramil sambil tersenyum.

"Saya sihat Mr.Tony." sambut Ramil menyungging senyum. File yang dipegangnya diletakkan di atas meja, kemudian dia duduk dikerusi kebesarannya. Dani ikut duduk di hadapan Mr.Tony.

"Terima kasih Mr.Tony kerana masih berminat untuk teruskan usahasama dengan syarikat saya. Saya hargai dan menyambut baik kedatangan anda." Tangan Ramil lincah bermain dengan hujung mata pen yang tertutup sambil matanya menatap tepat ke wajah Mr.Tony.

"Seperti yang Mr.Ramil tahu, saya suka bekerjasama dengan anda. Syarikat anda memberi saya keuntungan yang sangat besar dan saya juga tidak teragak-agak untuk membayar anda pada jumlah yang besar." Mr.Tony ketawa dihujung kata-katanya.

"Syarikat kita saling memerlukan antara satu dengan lain. Saya tak rasa ada syarikat lain yang boleh tandingi kehebatan kerja anda, Mr.Ramil" puji Mr.Tony lagi. Dia memilih syarikat Ramil kerana syarikat ini sangat berpengaruh dan dia juga sering melakukan usahasama dengan syarikat-syarikat luar mengenai saham keusahawanan perniagaan. Semuanya ternyata berjaya.

Ramil tersenyum mendengar pujian dari Mr.Tony.

"Saya hanya melakukan tugas, Mr.Tony. Saya juga bukan kerja berseorangan. Pembantu saya juga banyak kerah tenaga dan buah fikiran untuk memastikan setiap syarikat yang berada dibawah usahasama syarikat kami berjalan dengan baik seperti yang dirancangkan. Kami hanya menjalankan tanggungjawab kami sebagai syarikat pusat disini" luah Ramil merendah diri. Dia masih ingat lagi saat ada penceroboh yang masuk ke dalam mansionnya mahu mencuri pen drive usahasamanya dengan syarikat Mr.Tony. Ternyata benar, pen drive tu tidak hilang. Mungkin saat penceroboh itu masuk, dia menarik atau menolak salah satu file diatas meja, pen drive itu terjatuh di atas lantai. Untung saja lantai ruang kerjanya dihampar permaidani berbulu. Pen drive itu jatuh dan tidak mengeluarkan bunyi.

Nasibnya baik saat itu. Jika tidak, dia akan rugi besar dan terpaksa membayar balik duit pendahuluan yang telah diberikan oleh syarikat Mr.Tony. Itu juga boleh menyebabkan saham syarikatnya jatuh dan usahasama seterusnya tidak akan berlaku.

"Saya mahu Mr.Tony baca dulu syarat perjanjian dengan baik dan turunkan tandatangan dibawah." Ramil menyerahkan dokumen usahasama antara mereka selama tiga bulan kedepan.

MR.PSIKOPATWhere stories live. Discover now