BAB 1✅

4K 393 21
                                    

Langkah diatur masuk ke dalam galeri seni yang terletak di tengah bandaraya Port Dickson. Sempat lagi mata Luiz terbaca akan kertas yang ditampal pada papan board di luar .

Tarikh pembukaan galeri itu hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Dan dia merupakan salah seorang orang penting yang perlu hadir semasa hari pembukaan itu nanti.

Lukisan lukisan yang tergantung disetiap dinding dipandang lama. Kebanyakkan hasil lukisan dalam galeri itu adalah hasil dari air tangannya manakala ada juga beberapa lukisan yang dibuat oleh pelukis lain.

Kaki Luiz terberhenti betul-betul di hadapan satu lukisan yang bercorakkan bunga mawar yang elok dipegang oleh tangan seorang gadis.

Lama Luiz memerhatikan lukisannya itu sebelum bibirnya mula terukir senyuman.

Terima kasih diucapkan kepada Cella yang telah membantu menjayakan lukisannya. Tanpa Cella maka tidak lengkaplah lukisan mawar merah itu.

Tangannya dibawa menyentuh lembut frame gambar.

"Cella, mungkin kau telah menghilangkan sedikit kesunyian dalam jiwa aku, tetapi kau juga telah menambah luka parut yang kekal dalam hati aku"

Tangannya jatuh ke bawah sekaligus lenyap senyuman dibibirnya.

"Andaikata kau tidak pernah curangi aku. Mungkin dengan kau aku sedang berdiri saat ini" sambung Luiz lagi.

Kalau manusia biasa yang melihat gambar itu, pasti akan mentafsirkan bahawa pelukis sedang bercinta dengan gadis si pemegang bunga mawar. Namun sebenarnya tangan yang memegang mawar itu hanyalah jasad yang sudah tiada roh. Bukan itu sahaja cecair merah yang digunakan untuk lukisan itu juga telah dicampurkan dengan darah Cella demi menghasilkan merah yang sepadan untuk bunga mawar yang dilukiskan.

"Selamat malam, jiwa Aphrodite " terus kaki Luiz melangkah pergi meninggalkan lukisan yang kini tergantung di dalam galeri seninya.

Pintu kereta dibuka sebelum badannya masuk kedalam. Enjin dihidupkan. Cermin mata yang terletak didalam dashboard kereta diambil dan dipakai.

Laju kereta berjenama toyota itu menyusur ke jalanraya. Mulut Luiz bersiul perlahan. Keretanya dipandu tanpa hala tuju. Sekejap dibelok ke kanan sekejap dibelok ke simpang kiri.

Itu sudah menjadi kebiasaan buat diri Luiz apabila dia ingin mencari idea untuk lukisannya. Lebih seronok lagi jika dia tersesat ke tempat yang tidak pernah dikunjungi. Dari situlah dia boleh mendapatkan idea-idea yang baru.

Beberapa minit memandu, matanya tertarik pada deretan pantai yang berada disebelah jalan. Cahaya bulan yang memantul pada ombak yang tinggi memukul pasir seolah-olah memanggilnya untuk berhenti menjenguk buat seketika.

Setelah pasti pintu keretanya telah dikunci, Luiz terus berjalan kearah pantai tersebut. Angin yang kuat memukul mukanya sedikit sebanyak dapat menghilangkan rasa sunyi dalam hati.

"I will act strong if i want to. But right now, i just want my mind go with this wind, Fredja" kata Luiz sendiri dengan mata yang dipejam. Kedua tangannya memeluk tubuh sendiri.

"She was a beautiful goddess. Doesn't she?" ada satu suara menyampuk.

Luiz terus sahaja membuka mata apabila terdengar ada suara membalas kata-katanya sebentar tadi. Matanya menoleh ke arah sisi. Seorang perempuan berambut panjang dan berbaju kemeja putih elok berdiri di sebelahnya. Kain hitam yang dipakai oleh perempuan itu terbuai-buai mengikut pukulan angin.

Kening Luiz bertaut. Rasanya dia hanya berseorangan sahaja ketika datang ke pantai ini tadi. Dari mana pulak perempuan ni datang. Pulak tu tengah-tengah malam macam ni.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now