Bab 26

2.1K 288 12
                                    

                Kepala monyet yang sudah terpisah daripada badan dicampak ke tanah. Luiz mengeluh panjang. Masuk monyet yang ini, sudah 12 ekor telah diburu. Tetapi satu pun tidak mempunyai suis di atas kepala.

"Bella," panggil Luiz perlahan tetapi masih boleh didengari.

"Hmm?" Sahut Bella tanpa menoleh, ditangannya ada seekor monyet yang sudah tidak bernyawa.

"Masa kita dekat tingkat bawah tadi, kau kata kita perlukan 3 jam untuk habiskan semua benda dekat tingkat ni kan?" Soal Luiz mendatar.

"Aah betul,"

"Lepas dah dapat monyet ni ada apa lagi yang kita kena buat?" Mata Luiz meliar ke atas. Berpuluh ekor monyet sedang bergayut di dahan dahan pokok. Susah untuk mereka mencari mana satu yang mempunyai suis.

"Lepas kita dapat tangkap monyet yang betul, kita kena cari ular pulak. Ular tu halus je tapi dekat badan dia ada kunci untuk tutup pintu serigala," jawab Bella, satu ekor monyet yang lalu di hadapannya ditangkap. Selepas memeriksa kepala monyet itu, Bella terus membunuhnya tanpa belas kesian.

Luiz menghela nafas panjang. Kakinya mencangkung sambil kepala dibenam pada kedua lutut.

"Aku penatlah," kata Luiz mendatar. Bangkai bangkai monyet yang telah mereka bunuh semakin berbau. Kepalanya daripada tadi tidak berhenti berdenyut hebat.

Bella pandang Luiz yang sudah terduduk. Kemudian dia ikut mencangkung di sebelah lelaki itu.

"Rehatlah dulu, biar i je yang cari. Lagipun i dah biasa dah dengan tingkat ni," belakang badan Luiz diusap lembut.

"Bella," panggil Luiz, masih seperti keadaan tadi.

"Hmm?" Sahut Bella.

"Aku penatlah," ulang Luiz lagi.

"Iya i tahu, you rehat lah dulu," balas Bella semula.

Baru sahaja gadis itu ingin berdiri, tangannya dipegang oleh Luiz.

"Bella, aku penat," ulang lelaki itu semula. Suara Luiz seakan bergetar. Macam suara orang yang hampir menangis.

Bella mengerutkan dahi. Kenapa dengan dia ni?

"You okay tak? Kepala sakit lagi ke?" Tanya Bella.

Luiz menggeleng. "Aku penat, boleh tak kalau aku rehat dekat dalam lift kejap?" Luiz angkat muka, Bella dipandang dengan mata yang dibulatkan seperti anak kucing.

Bella hanya tersenyum melihat perangai Luiz. Nampak cute. "Pergilah, kejap lagi i datang sana balik,"

Luiz tersenyum lebar. Dia terus sahaja bangun daripada mencangkung. Kaki melangkah ke arah lift. Setelah yakin dia agak jauh daripada Bella mulutnya terus mengukir senyuman sinis. Sangat sinis. Tangan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Sampai sahaja di hadapan lift, kaki Luiz berhenti sebelum dia terus menukar arah pergi ke tempat lain pula.



             Andre melihat satu persatu monyet yang baru dibunuh. Sudah 10 minit berlalu sejak dia pergi memburu sendiri. Bella menghalang untuk dia ikut bersama memandangkan bajunya sudah berbau hanyir. Giginya diketap geram. 

Luiz Martin. Patutkah dia memberitahu anaknya tentang lelaki itu?

Fikirannya terulang kembali di saat dia membaca maklumat Luiz Martin 2 jam yang lepas.

Selesai sahaja Andre menelefon Eva, telinganya menangkap bunyi mic yang bergema di seluruh ruangan. Itu suara Eva. Andre yakin Eva sekarang tiada di dalam rumah ini. Eva dalam perjalanan ke hospital sakit mental; di mana Faridah, ibu Luiz berada.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now