Bab 22

2.3K 285 2
                                    

"Did you know? Saat saat terakhir seseorang manusia menghembuskan nafas. Semua memori semasa mereka hidup akan terlayar semula seperti satu wayang selama 7 minit," kini Bella mencangkung di hadapan 8 orang lelaki yang sudah terbaring bermandikan darah sendiri di atas lantai bilik latihan itu.

Masing masing sedang memegang leher, menahan agar darah tidak terkeluar dari belahan daripada pisau Jay yang Bella lakukan sebentar tadi.

Ada yang menangis, ada yang seperti sudah nyawa nyawa ikan sahaja. Mendengus seperti seekor kerbau ketika disembelih.

"Hurmm... So i quite a little bit wonder what kind of memories that you see right now..." kata Bella perlahan tanpa nada sebelum tersengih seriau memandang ke arah mereka semua.

"Krurk.. Krufk.." seorang demi seorang mula menutup mata. Menghembuskan nafas terakhir mereka.

Bella hanya memandang kosong tanpa rasa simpati.

"We all have a choice in this life... You can be a doctor, an engineer, do some labour work, anything. But you guys choose to live like this. Korang sendiri memilih untuk berkerja bawah Eva dan korang sendiri memilih untuk menentang aku. And of course, you guys also choose to die in this pathetic way, Right? Funny... " gelakan kecil terluah.

Bella melangkah ke arah pintu utama.

"Sedangkan aku? Aku tidak pernah diberi pilihan dalam hidup aku untuk hidup macam ni..." satu bom asap beracun dicampak masuk ke dalam bilik. Bella kemudian terus melangkah keluar sebelum pintu itu ditutup rapat.

Gas beracun yang Bella campakkan itu mampu untuk membunuh berpuluh puluh ekor gajah dalam masa 30 saat. Jadi, sangat menghairankan jika ada yang terselamat dalam bilik latihan menembak itu.

Kaki melangkah ke arah bahagian kanan.

"Aik lama benor kat dalam... Dia buat apa ni tak keluar keluar lagi..." dua pintu masuk maze yang sangat sangat meloyakan pada dasar fizikalnya itu dipandang jijik.

Jam tangan di jeling sekilas. Sudah 20 minit berlalu namun kelibat Jay masih lagi tidak kelihatan.

"Mati ke?"

Kaki melangkah semakin dekat.

"Takkan mati kut... Mana ada manusia boleh bunuh setan"

Pintu maze yang bercorakkan kaca serta darah itu ditolak selamba.

"Jay! Ooo Jay! Hidup lagi tak?" Laung Bella kuat. Meliar mata Bella mencari kelibat Jay. Ruang yang sempit dan agak kurang pencahayaannya itu diredah berani.

Dulu semasa usianya masih kecil, selalu juga Eva menyumbat dia masuk ke dalam maze membunuh ni. Sampaikan dia sudah menghafal setiap ceruk, setiap laluan dan semua jerat jerat yang ada di bahagian dalam.

"Jay! Where are you!" Jerit Bella lagi. Namun masih tiada balasan atau sahutan daripada lelaki itu.

Satu daun pintu ditolak. Hampir ternganga mulut Bella melihat pemandangan di hadapannya.

Sepuluh... Tidak, hampir dua puluh orang kini sudah terbaring di atas lantai tidak bernyawa. Ada yang putus kepala. Ada yang hilang biji mata. Bermacam macam lagi jenis kematian yang dicipta oleh manusia setan itu.

Sangat mengerikan. Memang malang anak buah Eva yang terpaksa berlawan dan mati di tangan lelaki itu.

Mata meliar kekiri dan kanan. Namun kelibat Jay masih lagi tidak kelihatan.

"Mana pulak dia ni... Takkan mati kut," bisik Bella sendiri.

Bang!

Satu peluru yang meluncur laju ke arahnya itu dielak dengan sangat mudah. Berlubang dinding maze yang berada betul betul di sebelah kiri telinga Bella apabila tertembus dengan satu peluru pistol .

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now