Bab 6

2.7K 344 51
                                    

Luiz pantas turun daripada katilnya. Laju kaki mengatur langkah ke arah almari yang berada disudut kanan.

Laci nombor 2 dibuka.

Luiz menghela nafas lega apabila melihat barang barang di dalam laci itu tidak terusik. Dia kemudian melangkah pula keluar bilik. Bilik kerjanya dituju.

Pintu dan lampu dibuka.

Masih kekal sama.

Lampu ditutup semula.

Luiz melangkah pula ke arah bilik yang berada paling hujung.

Ia, bilik paling hujung.

Bilik ini tidak sepatutnya dibuka oleh sesiapapun.

Tajam mata Luiz merenung kesan debu yang sengaja diletakkan diatas tombol bilik itu. Nafas lega dilepas panjang.

Luiz pasti gadis tadi tidak masuk ke dalam bilik ini. Kalau tidak pasti kesan debu itu sudah bercopkan jari seseorang.

Luiz melangkah pula ke arah dapur.

Semuanya masih kekal sama kecuali pisau yang diletakkan sedikit senget daripada kedudukan asal dan papan pemotong yang sudah berair.

Peti aisnya dibuka.

Mata Luiz terus membulat besar. Serta merta bayang wajah Bella tadi kembali terlayar di fikirannya.

Tidak mungkin.

Senyuman nakal gadis itu. Bicara tenang yang keluar daripada bibirnya yang merah bak delima itu.

Tidak mungkin gadis itu dapat beriak seperti biasa jika dia sudah melihat 'barang' di dalam peti aisnya ini.

Anggota tangan yang sudah pucat membiru itu di alihkan ke dalam peti sejuk di bahagian bawah.

"Mati lah aku...".


Bella membuka pintu rumah aparment barunya.

Guess what?

Dia baru sahaja membeli rumah aparment ini dua hari yang lalu. Siap lengkap semua perabot di bahagian dalam. Bayar cash RM600,000. Rumah barunya ini pula betul betul berada di sebelah rumah Luiz.

Dan semestinya perkara ini tidak diketahui oleh lelaki itu.

Punyalah sampai tahap ini sekali dia obses dengan lelaki yang bernama Luiz Martin.

Bella masuk ke dalam bilik yang terletak di bahagian hujung sebelum badannya dihempas ke atas katil.

Dinding bilik yang sudah penuh ditampal dengan gambar gambar seorang lelaki itu direnung lama. Hampir penuh disetiap sudut dinding biliknya. Kesemua gambar itu diambil secara senyap senyap.

"Luiz Martin..."

Frame gambar yang berada di dalam bilik Luiz tadi kembali terlayar difikirannya. Bella yakin Luiz Martin ini ialah Luiz Martin yang sama dia pernah berjumpa 20 tahun yang lalu.

"Tak sangka... You masih hidup," gadis itu tersenyum lebar.



Bella melihat rumah sasaran mangsanya yang pertama. Tangan kecilnya itu, sedikit menggigil kerana ditinggalkan berseorangan setelah dihantar oleh orang suruhan mamanya sebentar tadi.

"You can do this Bella, you can do this,"

Pintu pagar automatik itu dipanjat dengan berhati hati. Pakaiannya yang serba gelap itu menyebabkan dia sukar untuk dilihat lagi lagi waktu malam seperti sekarang.

Kaki Bella laju sahaja melangkah ke arah tingkap bilik yang berada di bahagian tepi.

Gelap. Pasti penghuninya sudah tidur.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now