Bab 37

2.1K 326 29
                                    

Rayyan menoleh ke arah pintu rumah. Sebelah tangannya elok diselitkan dalam kocek seluar manakala sebelah lagi sedang memegang rifle berwarna putih.

"Hello Bella, aku datang seperti mana yang aku janjikan," kata Rayyan mendatar. Sempat lagi hujung bibirnya menyimpul satu senyuman nipis.

"Yow," Bella membelas senyuman itu dengan mengangkat tangannya sesaat.

"Arghhhhhh korang memang sial!" Jerit Eva yang sedang berada atas tanah.

Rayyan melangkah kearah Eva semakin dekat sebelum rambut Eva yang tampak serabai itu ditarik kasar.

"Hey betina. Yang kau ni otak sampah sangat sampai nak bunuh anak sendiri tu kenapa? Kau fikir anak kau tu anak patung ke apa takde perasaan? Kalau rasa rasa tak boleh nak jadi mak yang baik. Lain kali jangan mengandung. Jangan kahwin terus. Ni sibuk gatal nak kahwin lepastu anak kau jadikan macam hamba kau eh? Bangsat kau ni," kata Rayyan dingin. Tajam mata pisaunya itu menikam anak mata milik Eva.

"Kau takkan terlepas lah sial! Anak anak buah aku ramai! Aku yakin tak lama lagi diorang semua akan datang sini! Setakat korang bertiga? Hahahahahaha aku ada beratus anak buah!" tengking Eva lagi.

"Pfftt Hahahaha," gelak Keith kuat tiba tiba.

"Hahaha anak buah ramai katanya," sambung Xavier pula.

Dahi Eva berkerut melihat reaksi mereka.

"Apa yang kelakarnya bodoh!" Tengking Eva yang mula naik berang apabila melihat dirinya diketawakan.

"Haha anak buah? Maksud kau anak buah yang aku dan geng aku baru je jadikan mayat 3 minit yang lepas ke?" Tanya Rayyan sarkastik.

Senyuman Rayyan bertukar dingin.

"Semua anak buah kau dah mampuslah wey. Cuma kau dan Bella je keturunan Rose yang aku tinggalkan. Hurmm atau mungkin lepas ni Bella je satu satunya keturunan Rose yang ada dalam dunia ni. Sebab kau pun akan jadi mayat tak lama lagi. Setakat beratus. Hahaha funny sangat ayat kau ni. Tak jadi kudis dekat akulah beratus kau tu. Yang beratus tu pun bodoh bodoh belaka. Tembak aku pun kena tak kena je. Anak abang aku yang baru setahun jagung tu pun lagi power pegang pistol daripada anak buah bebal yang kau bangga bangga kan ni tahu tak? Mana kau kutip diorang eh? Dekat tempat pelupusan sampah ke? Hahaha nice joke, but try harder next time," kata Rayyan.

"Tuih!" Eva cuba untuk meludah Rayyan namun sempat lelaki itu mengelak kepalanya laju.

"Wuish garang betul binatang ni. Jangan ludah ludah lah. Najis mughallazah," kata Rayyan sebelum dia bangun daripada mencangkung. Dengan selamba muka Eva dipijak tanpa belas ikhsan.

"Kerja aku dah settel. Anak anak buah mak kau pun aku dah settelkan. Aku cau dulu," kata Rayyan kepada Bella dan juga Luiz.

"Thanks a lot Rayyan," kata Bella.

Lama Rayyan merenung wajah Bella yang tampak pucat dan juga wajah Luiz yang berdiri di sebelah gadis itu.

Hurmm Hanz 2.0.

"You two should rest," kata Rayyan lagi sebelum dia terus melangkah meninggalkan kawasan villa itu. Selang beberapa saat Xavier juga turut mengikuti langkah Rayyan.

Sempat mata Keith melihat wajah Luiz sebelum dia pun melangkah pergi dengan dahi yang berkerut.

"Kenapa muka dia macam Hanz eh? Kembar ke?" Guman Keith sendiri.

Bella melihat Luiz, mata mereka bertentangan untuk beberapa saat.

"Tak sangka diorang akan datang tolong kita. Kau pujuk dia ke?" Kata Luiz sebaik sahaja mereka bertiga sudah hilang dari pandangan.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now