Bab 10

2.5K 306 13
                                    

           "Oh really? Are you sure?" Soal Bella sarkastik.

"Jangan cabar aku," tegas Luiz memberi amaran.

Bella mengeluh.

"Can you put down the weapon first. Menghalang pandangan betul. I tak nampak muka kacak you," dalih Bella.

"Answer my question first, Bella..." kata Luiz tegas.

"Urgh, ok fine. Its not me okay. Bukan i yang upah diorang untuk bunuh you malam tadi," jujur Bella.

"Tapi kau yang stalk aku beberapa hari lepas kan? Yang dalam kedai alatan itu pun kau kan?" Teka Luiz lagi.

"Woah, macam mana you tahu hah? I dah cover baik baik dah supaya tak kantoi," kata Bella, sebelum dia menurunkan ke bawah tangan Luiz yang mengacu pistol kepadanya perlahan lahan.

"Bau kau. Bau lavender. Kau sorang je perempuan yang nampak gila aku kenal beberapa hari ni. Dan bau kau lain daripada yang lain,"

Serta merta Bella menghidu baju dan rambutnya. Memang betul kata Luiz. Dia ada berbau sedikit haruman lavender. Tetapi bukan daripada perfume, ianya daripada haruman sabun dan shampoo yang dipakai.

Mint and lavender.

What a perfect combination.

"Luiz. Are you a pervert? Selalunya pervert je yang hidu hidu perempuan ni,"

"Says the one who stalk me a week straight," balas Luiz selamba.

Bella tergelak halus.

"So siapa yang upah diorang berdua tu? Macam mana kau tahu malam tadi diorang ceroboh masuk rumah aku?" Soal Luiz semula. Sudah sedikit tenang berbanding tadi.

"Hurmm, siapa yang upah? maybe someone that i knew,"

"Who is it?"

"My mother..."

Dahi Luiz mula berkerut.

"Siapa mak kau? Apa kena mengena mak kau dengan aku? Kenapa dia nak bunuh aku pulak? Aku kenal dia pun tak," balas Luiz laju.

"Memang lah you tak kenal dia. Dia upah dua orang tu sebab i kata, i nak kahwin dengan you. So dia mengamuk teruk dan cuba untuk hapuskan you. Well, i kan anak kesayangan," teka Bella selamba. Padahal dia sendiri tidak tahu apa sebab utama Eva ingin membunuh Luiz. Sengaja mereka cerita. Bukan Bella lah kalau tak menyebalkan.

Luiz ternganga mendengar ayat Bella.

"Hah! Bila masanya aku nak kahwin dengan kau. Aku kenal kau pun tak!" Laju Luiz menjawab.

"My name is Bella. 28 years old. I suka bau Lavender. Maybe cause of my name. Berat i 56 kg, tinggi 172cm. Hurm lagi apa ek. Ah i suka dengar lagu classic. Piano or violin. And lastly my ambition is marrying you," kata Bella selamba.

"Kau merepek apa ni gila?"

"Tadi you kata you tak kenal i. Sekarang you dah kenal i kan? Jom kita kahwin,"

Luiz mengeluh panjang.

"Mak anak sama gila rupanya..." bebel Luiz perlahan tetapi masih lagi boleh didengar di cuping telinga.

Bella hanya tergelak mendengar ayat Luiz.

"So my point is, yes memang betul i yang bunuh Qadir. I seorang pembunuh upahan dan Qadir ialah salah satu daripada misi i masa malam tu. My mother, Eva. Dia bekas seorang pembunuh elit, pembunuh yang paling digeruni. And the big problem is, kewujudan you tidak disukai oleh dia sekarang ni. Selagi you tak mati selagi tu nyawa you dalam bahaya. Eva akan cuba sedaya upaya untuk pisahkan you daripada i," terang Bella.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now