"Ye? Kalau aku tak main nak macam mana?" Balas Luiz kembali.
"Kau tak ada pilihan," bahu Faridah ditekan kuat. Faridah membuat memek muka hendak menangis.
'Cengeng betul mak kau tu Luiz, dulu dia tibai kita tak nangis pula?'
'Kau diam boleh tak!'
"Permainan apa?" Luiz melirik mata pada wajah ibu kandungnya.
Di leher wanita tua itu terdapat satu tali yang serupa dengan tali yang berada di leher Bella. Tali itu tergantung pada siling. Serupa macam banduan terakhir yang dikenakan hukuman gantung sampai mati.
"Permainan biasa je. Tapi kalau kau tak dapat jawab. Kematian dua orang perempuan ni sebagai denda kau," selamba Eva menjawab sebelum dia melangkah mendekati dinding kaca di hadapannya.
"You choose. Bella atau Faridah,"
Mata Luiz terbuntang luas mendengar ayat Eva.
"Kau gila ke! BELLA ANAK KAU! Takkan kau sanggup buat macam ni hanya kerana dendam bodoh! Kau dah kenapa!" Tengking Luiz.
"Ya! Memang aku gila! Korang semua yang jadikan aku gila! Korang semua yang jadikan aku macam ni!"
"Tapi dia anak kau!" Pintas Luiz.
"Kalau dia anak aku kenapa kau rampas dia daripada aku! Kenapa kau rosakkan dia! Sekarang dia lebih pentingkan kau daripada aku! Ayah aku lebih pentingkan mak kau daripada aku! Semua yang aku ada semua keluarga kau rampas! Kenapa!"
Bam!
Eva menumbuk dinding kaca itu kuat.
'Anjai sejak bila pula aku rosakkan anak dia' suara Jay kedengaran kesal.
"Ayah....kau?" Tanya Luiz kembali. Wajahnya sedikit mengendur tidak tegang seperti tadi.
"Apa kena mengena ayah kau dengan mak aku?"
Eva tersengih nipis.
"Kau tak tahu? Ayah aku dan ayah mak kau adalah orang yang sama," balas Eva cukup mendatar.
Serentak itu Luiz menoleh kebelakang. Wajah Bella dipandang dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan.
"Jadi, aku dengan Bella...." Luiz mati kata.
Bella sudah menunduk memandang lantai. Mulutnya bagaikan terkunci. Pandangan mata Luiz tidak berani dilihat.
Luiz memandang semula wajah Eva yang berada di hadapannya.
"Tapi kenapa? Dia tetap anak kau. Kau tak sayang anak kau ke? Kenapa kau sanggup buat macam ni dekat dia?"
"Anak? Hahahaha! Habis tu mak kau sayang kau ke?" Tanya Eva kembali. Sarkastik. Mulutnya tersengih senget.
Wajah Luiz berubah dingin. Tangannya sudah erat mengepal penumbuk. Dia tahu apa maksud Eva. Dan Luiz yakin yang Eva sudah tahu tentang masa silamnya yang perit memandangnya rekod hidupnya berada di rumah Eva. Pasti kehidupannya dalam diam diperhati setiap langkah.
"Permainan apa yang kau nak main dengan aku," tanya Luiz dingin.
"Simple... kita main permainan kebenaran. Tapi seperti yang aku kata tadi. Setiap satu kesalahan yang kau jawab, nyawa diorang berdua yang jadi taruhan,"
"Mulakan...." kata Luiz dingin.
Eva tersengih lagi. Pada tangannya ada satu remote control yang terdapat empat butang merah. Dua anak panah ke atas, dua anak panah kebawah.
"Siapa nama penuh Bella..." tanya Eva mendatar sebelum kakinya melangkah mendekati Faridah semula.
"Bella Lavender Rose," jawab Luiz yakin.
![](https://img.wattpad.com/cover/244175830-288-k645295.jpg)
YOU ARE READING
BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ]
Misterio / Suspenso(Stand alone book but also with the mafia series) ROMANCE/ PSYCHOLOGICAL/ THRILLER AUTHOR ASYA BOOK 3 : HIDDEN STORY Luiz Martin seorang lelaki kacukan Eropah, hidupnya seperti tenggelam dalam lautan yang luas. Gelap, suram itu bagaikan sudah sebat...