Bab 34

2.2K 282 17
                                    

Tok! Tok! Tok!

"ASSALAMMUALAIKUM!" Kata Luiz kuat sambil tangan mengetuk pintu Raston Villa itu.

Diam tiada sahutan.

'Hahahaha kau expect apa? Eva jawab waalaikummussalam, masuklah. Gitu?'

Luiz melihat sekeliling villa itu. Mewah. Di bahagian tepi villa itu ada sebidang tanah untuk bermain anak panah. Manakala bahagian tepi kanan pula ada kolam renang yang agak besar.

Vila itu satu satunya terletak di kawasan yang seluas beberapa hekta itu. Hanya satu. Jauh daripada kehidupan dan jiran yang lain.

Namun pemandangannya cukup cantik dan indah. Boleh nampak menara KLCC Berkembar daripada bahagian sudut tepi.

Hmmm mesti mahal rumah ni. Berjuta rasanya.

Pintu villa itu dilihat semula. Tiada sahutan. Luiz bawa keluar pistol dalam kocek seluarnya sebelum dihala kearah tombol pintu.

Bang!

Sekali tembakan sahaja, hancur terus  tombol pintu yang tadinya masih kekal utuh.

Pintu ditolak ke dalam. Luiz melangkah masuk dengan berhati-hati.

Rumah itu besar. Cukup besar dan mewah. Lantai mozek putih yang dipijak juga tampak berkilat dan bersinar. Menunjukkan yang rumah itu sentiasa dijaga rapi oleh seseorang.

Kebanyakkannya barang dalam rumah itu berwarna putih. Tampak suci sahaja.

Susah untuk percaya yang villa itu milik perempuan sial macam Eva.

Hmm.

Luiz jalan lagi. Mata tidak lepas memandang ruang sekelilingnya sebelum terarah pada satu pintu yang berada di lantai.

Bilik bawah tanah?

Pintu itu dibuka. Tak berkunci.

Nice.

Tanpa rasa ragu ragu Luiz terus sahaja melangkah turun menuruni tangga untuk ke ruang bawah.

Tangga itu bersambung pada satu hall yang panjang. Dan dihujung hall itu terdapat tiga pintu bilik yang tampak sangat mencurigakan.

"Hurmm...mak kata ambik tengah tengah kalau tak tahu buat pilihan. Eh? Aku ada mak ke? Hahahaha," Luiz terus sahaja masuk ke dalam bilik yang berada ditengah tengah.

Bilik itu gelap gelita. Tiada cahaya lampu. Mungkin sebab bawah tanah.

Bam!

Tiba tiba pintu tadi tertutup dengan sendirinya.

Luiz cuba bukak pintu itu semula namun tidak berjaya.

Ah shit! Aku baru je lepas kena kurung, ni kena kurung lagi!

Dum! Dum! Dum!

"Oi Eva! Kau tak bosan ke asyik kurung kurung orang? Aku dah bosan ni asyik kena kurung! Jangan sampai lepas ni aku pulak yang kurung kau!" Ujar Luiz kuat.

Serentak, lampu bilik itu terpasang terang. Bilik yang tadinya gelap gelita kini sudah jelas menunjukkan sifat dan objek yang ada dalam bilik itu.

Ada satu kerusi kayu terletak ditengah tengah bilik yang menghadap ke dinding kaca bilik sebelah. Dan selebihnya?

Kosong.

Dalam bilik sebelah pula ada seorang perempuan yang terikat pada satu kerusi. Pada lehernya pula ada semacam tali gantung yang elok diikat tidak terlalu ketat.

"Bella..." panggil Luiz perlahan.

Perlahan lahan kakinya melangkah mendekati dinding kaca itu. Kaca itu disentuh.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now