"Hurm, saya nak lawat Puan Faridah boleh?" Tanya Luiz kepada salah seorang jururawat yang bertugas di kaunter hospital.
"Kejap ya, sebelum tu boleh saya tahu apa hubungan encik dengan Puan Faridah?" Jururawat itu menaip sesuatu di papan kekunci di hadapannya.
"Saya anak dia, Luiz Martin" balas Luiz mendatar.
"Ouh, Puan Faridah sekarang berada di taman riadah. Encik boleh berjumpa dengan dia di sana atau encik nak saya tolong panggil kan dia?" Tanya jururawat itu lagi.
"Takpa, biar saya yang cari dia. Terima kasih ye," kata Luiz mendatar sebelum dia terus berlalu pergi.
Kakinya mengatur ke arah taman yang dimaksudkan oleh jururawat yang menjaga di kaunter sebentar tadi.
Mata Luiz meliar mencari susuk tubuh wanita bernama Faridah. Selang beberapa saat akhirnya mata Luiz terarah pada satu bangku panjang yang sedang dihuni oleh seorang perempuan.
Setelah sekian lama dia tidak menjenguk wanita itu. Wajahnya nampak semakin dimamah usia. Jelas kedutan kedutan disetiap inci kulit.
Luiz melangkah dekat.
"Assalamualaikum..." tegur Luiz sedikit lembut.
"Waalaikummussalam..." wanita itu menoleh ke arah Luiz. Riak wajahnya terus berubah setelah melihat muka Luiz.
"Luiz sayang...." panggilnya perlahan dengan tangan yang dihala ke hadapan seperti ingin memeluk Luiz.
Luiz sedikit teragak agak untuk menyambut tetapi akhirnya dia tetap membalas pelukan wanita itu.
"Mama sihat?" Soal Luiz sayu. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah wanita itu.
"Mama sihat sayang, mama sihat," rambut Luiz diusap lembut.
"Luiz sayang, kenapa Luiz jarang lawat mama dekat sini. Mama rindu sangat nak jumpa Luiz. Mama rindu nak peluk anak mama ni," kata Faridah sambil matanya menjelajah di setiap inci wajah kacak Luiz. Kelopak matanya sedikit berair.
"Luiz sibuk sikit ma... Kerja tak tentu. Tu yang Luiz jarang lawat mama," tipu Luiz tenang. Tangan Faridah dipegang dan diurut perlahan. Dulu tangan inilah yang paling dia takut. Takut kerana tangan itu sering kali menjadi asbab luka dan lebam dibadannya.
"Mama dah makan?" Soal Luiz mendatar.
"Mama dah makan dah, sedap diorang masak. Tapi mama lebih teringin nak makan masakan Luiz. Bila Luiz nak masakkan untuk mama?" Soal Faridah sambil memandang wajah anaknya.
"Nanti Luiz datang lagi sekali Luiz bawakkan makanan..."
Faridah tersenyum, rambut Luiz diusap lagi.
"Takda makanan pun takpa. Asalkan Luiz selalu datang tengok mama" kemudian Faridah memeluk Luiz rapat.
Luiz pula hanya membiarkan sahaja. Haruman shampoo yang dipakai oleh Faridah dihidu dalam.
Tiba-tiba Luiz teringat kembali memori peritnya. Suatu ketika dulu dia pernah dipaksa untuk minum cairan shampoo oleh mamanya. Wanita yang sedang dipeluk ini beratus kali, tak. Mungkin beribu kali cuba untuk membunuhnya sebelum disumbat ke dalam wad sakit jiwa 10 tahun yang lalu.
Bermacam lagi jenis dan cara seksaan yang Luiz terima sepajang usia kanak kanaknya. Dilemaskan, dikelar, diracun makanannya, dikurung berhari hari, dipukul dan bermacam macam lagi seksaan yang lain. Tetapi Luiz tetap dapat bertahan.
'Bagus, orang tua ni dah ada dekat sini. Kau tunggu apa, cekik je dia sampai mampus'
Ada satu suara bisikan halus kedengaran di cuping telinga Luiz. Kepala Luiz mula terasa pening dan berdenyut denyut. Pelukan Faridah dilepas perlahan sebelum dia menekan dibahagian kiri kepalanya.
YOU ARE READING
BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ]
Mystery / Thriller(Stand alone book but also with the mafia series) ROMANCE/ PSYCHOLOGICAL/ THRILLER AUTHOR ASYA BOOK 3 : HIDDEN STORY Luiz Martin seorang lelaki kacukan Eropah, hidupnya seperti tenggelam dalam lautan yang luas. Gelap, suram itu bagaikan sudah sebat...