Bab 39

2.1K 312 8
                                    

Bella melangkah ke arah ruang dapur dimana mamanya dan juga Luiz berada.

"Hey dah siap belum?" Tanya Bella sebelum matanya terpaku pada lantai berdekatan dengan kaki Luiz.

"Eh kenapa dia tido? Ke dah mati?" Tanya Bella apabila Eva tampak seperti terkaku dan tidak bergerak langsung di atas lantai itu.

"Dia kata ada benda dia nak cakap dekat kau. So aku bagi dia rehat jap. Kau lama sangat mandi. Buat apa je?" Kata Luiz yang sedang membelek telefon bimbitnya.

"Lah biasalah, perempuan memang mandi lama lah," Bella melangkah semakin dekat sebelum dia mencangkung di sebelah Eva.

Bahu wanita itu digoyang perlahan.

"Ma, bangun," panggil Bella sedikit lembut. Keadaan wanita itu tampak parah. Darah merata rata di atas lantai. Ada juga beberapa batang gigi yang Bella pasti itu adalah milik Eva. Pasti Luiz yang kerjakan ibunya itu.

"Be-bella?" Perlahan lahan mata Eva membuka sebelum wajah Bella dipandang.

"Ye kenapa mama cari Bella?" Tanya Bella lembut sahaja. Luiz yang mencuri curi pandang itu juga terasa hairan. Pehal pulak dia ni tiber je baik dengan mak dia. Dah lupa ke siapa yang nak bunuh kau sejam yang lepas?

"Bella! Maafkan mama Bella.... Bella jangan buat mama macam ni," tanpa sempat Bella membalas Eva terlebih dahulu sudah memeluk anak perempuannya itu.

"Mama minta maaf. Mama akui semua ni salah mama. Mama kejam dekat Bella. Mama punca semua ni jadi. Mama punca Bella tak bahagia. Mama mak yang tak berhati perut," sayu Eva menuturkan bicara itu.

Sempat mata Bella memandang sekilas Luiz yang sedang merenung Eva. Agak terkejut juga dia dengan perubahan ibu kandungnya itu.

Apa yang dia dah buat dekat Eva sampaikan si setan ni terus bertukar jadi baik ?

"Bella, maafkan mama please. Jangan tinggalkan mama sorang sorang. Bella jangan tinggalkan mama dekat Luiz," makin erat pelukan Eva yang melingkar di leher Bella.

Bella tersenyum. Kemudian dia membalas pelukan ibunya itu. Erat.

"Shushhh, mama jangan nangis," pujuk Bella perlahan. Pelukan dia juga semakin erat. Terlampau erat sehingga Eva tidak boleh bernafas.

"Jangan risau mama. Mama dah takkan jumpa dengan dia lagi," bisik Bella betul betul di telinga Eva sebelum leher kepala wanita itu dipusingkan kuat sehingga patah.

Hanya mengambil masa beberapa saat sahaja untuk semua itu berlaku. Kini Eva sudah terbaring atas lantai tidak bernyawa.

"Kenapa kau taknak dengar apa yang dia nak kata?" Soal Luiz mendatar.

"Eh?" Bella memandang wajah Luiz dengan riak muka terkejut.

"Hah? Kan aku kata tadi dia ada nak kata something dekat kau," balas Luiz semula.

"Eh lahhhhh i ingatkan benda merepek dia sebut sebut tu. Bukan eh? Hahahaha ah takpelah dah mati dah pun," kata Bella sebelum dia tergelak kecil.

"Bella...." panggil Luiz senada.

"Yes?"

"Dulu kau pernah kata yang kau takkan bunuh mak kau sendiri. Bukan sebab tu ke kau minta tolong aku?"

Krik krik krik krik

"I pernah kata ke?" Tanya Bella sambil membuat muka tak bersalah.

"Damn. Kau tipu aku ke selama ni?" Soal Luiz semula. Mukanya bertukar masam.

"Ehhhhhhhh mana ada i tipu you, tapi sejak sejak i kena jerut dekat leher dengan dia tadi. I pun rasa macam tak layak nak panggil dia mak. That why kut," laju Bella membuat alasan.

BOOK 3 | My Insane Lover [ COMPLETED ] Where stories live. Discover now