Bab 2

16.4K 678 25
                                    

DAH seminggu kejadian hari itu berlaku dan Farid tak datang ganggu aku lagi dah, buat masa sekarang aku rasa selamat lah tapi esok-esok kalau dia nak muncul aku pun tak pastilah macam mana.

Perlu ke aku belajar seni pertahankan diri? Tapi bukannya aku ada niat nak belasah si Farid tu pun. Ugh!

"Ina!"

Aku tersentak bila kawan baik aku ni dengan tak ada adabnya menyergah aku kat pantry ni. Untung tak terlepas mug coffee ni kalau tak memang dah lecur tangan aku kot.

"Ha, nak marah la tu." Tau pun nak marah lagi nak sakitkan hati aku jugak. Ish budak ni, sabar je la.

"Nak apa sergah aku ni?" soal aku malas, tak ada guna nak panjangkan soal remeh temeh dengan orang tak makan saman ni.

"Erm, semalam masa kau ambil MC, ex tunang kau datang cari kau." maklum Iza dan aku berdiri tegak, untung tak terlucut mug dari tangan aku ni.

"Lepas tu kau cakap apa?" soal aku resah, habislah aku kalau macam ni. Macam mana kalau dia terus ganggu aku dan boss aku tahu, lepas tu dia buang aku kerja. Adik-adik aku nak makan apa?

"Ina, tak ada apa yang jadi ok, boss pun tak ada semalam jadi kau jangan risau. Dia tak buat hal pun, lepas aku cakap kau tak datang sebab demam dia blah macam tu je" terang Iza cepat-cepat, mungkin dia nampak air muka aku berubah kut. Aku pejam mata rapat-rapat dan pegang pada dinding.

Aku membuka pintu kereta dan meletakkan beg aku sebelum masuk, baru sahaja aku nak hidupkan engine pintu kereta aku dibuka dan Farid masuk dan duduk di sebelah penumpang.

"Farid, apa awak buat ni?" soal aku resah.

"Abang nak jumpa Ina. Ina dah baik demam?" soalnya prihatin. Kalau dulu, aku akan tersenyum bahagia bila dia ambil berat hal aku tapi sekarang, aku tak layak lagi.

"Farid tolonglah faham, kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi" rayu aku bersungguh.

"Tapi abang sayangkan Ina. Abang nak kahwin dengan Ina!" Tegasnya membuatkan aku tersentak sedikit.

"Farid..."

"Abang! Abang tak suka Ina panggil abang macam biasa!" Marahnya pula. Dia ni dah gila ke apa?

"Baik awak keluar sekarang atau awak nak saya lapor polis?" Marah aku dah membuak, panggilan abang tak layak lagi dah untuk dia. Dia dah buat hati aku merana dan terluka.

"Ina, dengar dulu apa yang abang nak cakap..."

"Tolonglah pergi...Ina nak ambil Aqiff dan Qifa kat tabika ni. Dah lewat." Aku mengalah dan Farid angguk kepala sambil tersenyum dengan perubahan aku.

"Malam nanti kita jumpa ok"

"Tak boleh, siapa nak jaga adik-adik Ina?"

"Ina, malam ni. Kita jumpa malam ni. Abang akan call Ina, kalau Ina tak datang jumpa abang, abang pergi rumah Ina dan Ina tak akan suka bila abang yang pergi ke sana."

Bila dia ugut aku macam tu aku terpaksa anggukkan kepala setuju.

"Qaz, tengokkan Aqiff dan Qifa kejap, along nak keluar." ujar aku pada adik ketiga aku.

"Long nak pergi mana?" soalnya dan berhenti daripada membuat kerja sekolahnya.

"Kejap je. Kunci pintu." Aku cium dahinya dan beredar dari rumah.

30 miniy menandu akhirnya aku sampai di tempat yang Farid nak kami jumpa. Seram semacam je tempat ni, dah la gelap. Tapi baik aku cepat-cepat jumpa dengan dia lepas tu aku boleh balik dengan segera.

"A...abang." Terasa panggilan itu seakan api yang keluar dari mulut aku, sakit.

"Ina datang pun. Duduklah." pelawanya di satu bangku dan aku segera duduk tetapi jauh darinya.

"Apa yang abang nak cakap, Ina tak boleh lama ni." aku segera memberi alasan dan Farid menarik senyumannya yang manis tadi.

"Abang nak Ina terima abang balik, abang menyesal sangat. Abang tak tahu macam mana boleh tertangkap..."

"Kejap, abang dah lama ke curang belakang Ina?"

"Tak! Abang cintakan Ina sorang je. Semua perempuan tu..."

"Abang, Ina nak balik. Tergamak abang selingkuh belakang Ina, selama ni, Ina setia kat abang. Sanggup abang mainkan hati Ina!" bentak aku bengang. Selama ini dia memang curang belakang aku, tidur dengan perempuan lain! Ya Allah apa yang aku dah buat ni? Aku terlalu buta menilai kebaikan yang keluarga dia berikan kepada keluarga aku.

"Ina! Ina kena terima abang balik. Kalau tak siapa yang nak tanggung yuran belajar adik-adik Ina." paksanya dan mata aku terbuka luas. Jadi, selama ini semua tu tak ikhlas, ada kehendaknya? Betul lah kata orang, di dunia ini mana ada yang percuma. Aku tak sangka aku dah tertipu dengan kebaikan Farid selama ni.

Aku segera beredar untuk ke kereta, aku tak sanggup nak dengar apa-apa lagi dari mulut dia dan aku tak sanggup nak berada dekat dengan orang yang tak guna macam dia!

Baru sahaja aku ingin masuk ke dalam kereta, tiba-tiba belakang leher aku dipukul kuat dan akhirnya hanya gelap yang aku nampak. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu Ya Allah.













Pendek as always✌🏻

Suami Muda(✅)Where stories live. Discover now