~FIRDAUS~
Dia tahu tak yang aku bakal jadi boss dia nanti? Tapi lagak dia macam biasa je malah dia tak tahu pun yang dia tu sebenarnya kerja di office papa. Rimas betul kena pakai sut ni semua. Ish!
"Awak nak saya tolong?" Soal dia, Ina la yang aku maksudkan.
Aku tak sure la nak act macam mana depan dia, dia tu isteri aku yang sebaya dengan kakak aku. Rumit! Tapi tak ada pulak aku anggap dia macam kakak ke apa.
"Meh saya ikatkan tie." Ina tersenyum dan segera menolong aku yang dah rasa nak smackdown tie ni, makhluk mana la cipta benda alah ni.
Tak sampai dua minit pun dia dah selesai ikatkan tie aku dan dia boleh tersenyum macam aku ni berterima kasih sangat-sangat pada dia. Memang tak la nak cakap.
"Saya nak siapkan adik-adik saya dulu." pinta Ina dan segera berlalu pergi.
Sarapan di meja makan memang meriah hari ni sebab ada mee goreng dan nasi lemak, siapa la yang sanggup bangun awal pagi masak nasi lemak ni? Tak kisah la ni semua memang favorite aku.
Tak cakap banyak terus duduk dan makan je la, baru je aku nak suap masuk dalam mulut papa dah sound sebab aku tak tunggu orang lain sebelum makan. Spoil la papa ni.
"Ngah nak pergi bengkel dulu sebelum ke office. Makan dulu eh." aku sengih dan teruskan makan.
Pergh! Sedap gila ni, mana pernah Kak Nab buat sesedap ni, ke dia beli? Mana dia beli eh?
"Kak Nab beli kat mana ni?" Soal aku kepada Kak Nab yang baru sahaja keluar dari dapur.
"Puan Ina yang masak. Awal pagi lagi puan bangun." suapan aku terhenti bila dia sebut nama Ina.
"Bungkuskan untuk saya sikit Kak Nab."
"Baik tuan." Kak Nab segera ke dapur dan aku habiskan makanan di dalam pinggan aku dengan segera. Papa dan mama dah bagi pandangan semacam dah tu.
"Amboi, kalau mama masak tak pernah-pernah sampai nak bungkus."
Eh mama ni, nak tersentuh pulak.
"Mana ada ma, nak bagi kat Zaril. Dia tu pun hantu nasi lemak jugak." betul la apa yang aku cakap ni, kami berdua boleh jadi rapat sebab kongsi minat yang sama la. Hahaha.
Huhu...pendek jee...nanti malam sikit saya update lagi👌🏻
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...