"APA awak ni? Awak nak apa lagi?" soal aku bengang bila Farid ni tak faham bahasa dan tarik lengan aku kuat.
"Ina, abang nak minta maaf" pinta Farid sejak dua bulan yang lalu lagi. Aku takkan maafkan dia sampai bila-bila. Kalau betul dia cintakan aku dia takkan kahwin dengan orang lain, kena tangkap basah pulak tu!
"Dengar sini, maaf awak tu dah tak berguna kat saya sekarang ni. Masa awak dengan perempuan tu buat dosa tak sedar, sekarang awak tanggung la sendiri!" Bentak aku geram dan cuba berjalan pergi, kau faham kan maksud aku, aku cuba tapi tak berjaya.
Dia terus cuba untuk buat aku maafkan dia dan dia tak segan langsung untuk kasari aku walaupun depan orang ramai. Dia tak habis lagi ke nak malukan aku. Dia ditangkap basah dua hari sebelum hari nikah kami sekarang ni dia kasari aku macam aku ni hak dia pulak.
"Farid, lepaskan tangan saya! Sakit tahu tak!" Aku cuba rentap tangan aku dari dia tapi tak berhasil. Pegangan kemas dia buatkan lengan aku memerah dan pedih.
Tak ada siapa yang berani nak menolong atau mendekati aku kerana Farid memberitahu dengan jelas yang kami ni pasangan suami isteri. Tang mana pun aku tak tahu la. Kami ni bekas tunang je!
"Lepas la!"
"Abang akan lepaskan kalau Ina maafkan abang dan kahwin dengan abang."
"Dengar sini baik-baik. Semua tu dah tak berguna. Kalau dua bulan lepas, awak tak buat kerja haram tu, kita dah jadi suami isteri sekarang tapi disebabkan perangai awak sendiri semuanya musnah. Sekarang saya dah tak nak ada apa-apa hubungan dengan awak lagi dah!" jerit aku padanya. Dia mengetap gigi menahan geram dan mulutnya terbuka tutup untuk bercakap tadi tak ada apa yang keluar dari mulutnya.
"Bro, apesal kasar-kasar ni? Tak macho la." tiba-tiba ada seorang lelaki yang berani mendekati kami dan cuba untuk leraikan pergaduhan ni. Akhirnya.
"Kau diam la budak! Jangan campur hal rumah tangga orang!" Marah Farid dan genggaman pada lengan aku semakin kuat.
"Budak? Kau la yang budak kat sini, kasar-kasar dengan perempuan tak matang betul." berani betul budak ni, tak takut kena sailang ke apa?
Baru je aku cakap, Farid dah bagi satu penumbuk tepat pada pipi kiri budak lelaki ni dan secara tak langsungnya lengan aku terlepas daripada genggaman Farid. Budak lelaki itu tak membalas dan hanya memegang pipinya yang sudah kemerahan sedikit. Habislah.
"Farid, baik awak pergi dari sini sekarang jugak atau awak nak saya call polis?" Aku keluarkan telefon dari beg dan mula menaip nombor kecemasan.
"Abang akan cari Ina lagi." dengan itu Farid beredar. Akhirnya. Aku pandang dengan wajah kesian kepada lelaki yang cuba nak tolong aku tapi dia pulak yang terluka. Kesian sungguh.
"Dik ok?" Soal aku kepadanya yang masih lagi memegang pipi kiranya. Sayang la, wajah putih flawless dah ada kesan merah, esok mesti lebam ni.
"Ok je, kau ok?" Amboi. Kasar pulak bahasa budak ni kat aku. Aku panggil dia adik kut tadi.
"Ok. Terima kasih dah tolong tadi." walaupun tak ada la tolong sangat pun. Hahaha.
"Ok." lepas tu dia terus berjalan pergi. Aik, macam tu je ke? Habis tu kau nak macam mana lagi Qistina oi!
Pendek je!
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...