Bab 10

13.3K 625 13
                                    

AKU bersiap ala kadar untuk menjemput Qaz dan Fir pulang dari asrama. Aku mengenakan blouse yang dihadiahkan dari kawan-kawan aku zaman belajar dulu, dah lama sangat tak pakai rasa janggal sikit.

"Nak pergi mana?" Soal Firdaus bila keluar dari bilik air dengan selambanya hanya bertuala, untung aku dah biasa kalau tak mahu pengsan sebab malu.

"Jemput Qaz dan Fir." jawab aku dan senyum sikit sebelum mengenakan secalit lip bum pada bibir supaya tidak kering. Aku memang ada masalah bibir kering ni. Mungkin tak cukup minum air.

"Jemput? Asrama?" Soalnya pelik dan aku anggukkan kepala.

"Tak payah jemput." jawabnya tenang.

"Eh, habis tu?"

"Fir selalunya balik dengan bas, tak perlu jemput pun."

"Tak apa, saya dah janji dengan Qaz dan Fir. Lagipun saya nak bawa mereka beli kasut sukan baru." aku senyum kepadanya setelah memasukkan semua barang yang perlu dibawa ke dalam beg tangan.

"Duit ada?"

"Ada." jawab aku ringkas.

"Belikan untuk Qaz je sebab Fir ada duit dia sendiri " pesan Firdaus pelik dan aku berkerut.

"Eh, saya nak belikan untuk Fir jugak, dia pun adik saya jugak." dia sedikit terkejut dengan jawapan aku tapi dia hanya terima dan anggukkan kepala.

"Awak patut lap rambut awak sampai kering dan pakai baju cepat-cepat. Tak elok berlembap, nanti jatuh sakit." pesan aku kepadanya sebelum memberi salam dan keluar dari bilik itu.

°°°°

AKU membawa si kembar ini untuk mendapatkan alat tulis mereka yang baru. Entah apa mereka buat kat tabika sampai perlu belikan alat tulis kerap sangat.

"Qaz dan Fir pilih la kasut, akak belanja." mereka berdua terus tersenyum lebar. Aku perhatikan mereka berdua dari jarak agak jauh dan aku dapat bezakan cara Qaz dan Fir berbelanja, Qaz tidak mencari kasut yang dia suka tapi dia cari kasut yang murah manakala Fir sebaliknya.

Aku mendekati Qaz dan menyentuh bahunya lembut, dia memandang aku dan membalas semyuman aku lama. Ya Allah aku bersyukur engkau berikan aku adik yang memahami seperti Qaz.

"Qaz, cari kasut yang Qaz suka, kuat dan selesa. Jangan fikirkan harga sebab abang bagi duit banyak kat Long." aku kenyitkan mata kepadanya dan dia tergelak sebelum anggukkan kepala.

"Qaz, meh sini. Dua pasang kasut ni kalau beli dua pasang dapat 30 percent discount. Model baru ni dan kuat." Fir sengih dan tunjukkan dua pasang kasut itu.

"Ok kalau kau nak pakai warna pink tu." Qaz segera memberi cadangan dan tersengih.

"Well, pink is sexy, kan kak?" Fir minta pendapat aku dan aku anggukkan kepala mengiakan.

Qaz buat muka jelik dan gelengkan kepala.

"Pink cantik!" Sokong Qifa dengan bersemangat menyebabkan kami bertiga ketawa. Fir dukung Qifa dan mengambil dua pasang kasut itu ke kaunter bayaran. Aku segera menyusul dan membuat bayaran. Kasut sukan memang mahal kan?

Suami Muda(✅)Where stories live. Discover now