~FIRDAUS~
Banyak pulak yang kena uruskan kat bengkel ni, baru je seminggu aku cuti kerja dah berlambak macam ni.
"Aku cuti seminggu kerja dah setinggi KLCC, korang kerja ke buat apa?" Soal aku pada partner aku ni.
"Tak payah nak sengih macam monyet la! Nyampah!" Aku tolak bahunya dan dia ketawa pula.
"Pengantin baru sepatutnya berseri seri! Yang kau macam kari ni kenapa? Pedas semacam?"
"Pedas tak pedas, kenapa semua kerja tak siap ni?" Soal aku balik.
"Hmm, Rizal berhenti kerja."
"What?!"
"Resign."
"Aku fahamlah, kenapa?"
"Dia balik kampung, mak dia sakit."
"Habislah, siapa yang nak buat semua kerja kerani ni? "
"Aku dah buat iklan untuk cari pekerja baru. Sehari dua nanti ada la tu"
"Fine. So, kerja ni semua kau buatlah ya?" Hehehe. Padan muka dia.
"Aku dah tak boleh nak race dan stay kat bengkel ni selalu."
"Apa maksud kau?"
"Maksudnya, aku kena kerja di syarikat papa aku dan blah blah blah"
"Habis tu, macam mana dengan bengkel ni?" Soal Zaril risau.
"Aku tetap kerja sini tapi tak selalu la. Kau faham papa dan mama aku macam mana, bukan senang nak tolak apa yang dia cakap. Kau ambik la sesiapa pun kerja" aku jawab tenang, tak ada masalah kut. Hehe.
°°°°
QISTINA memeriksa duit di dalam akaunnya yang tiba-tiba meningkat, bukan sahaja duitnya malah duit adik-adiknya sama. Ina menjeling Firdaus yang sedang khusyuk bermain game dalam telefonnya, memang tak ada kerja lain lagi dah Firdaus ni.
"Emm...awak." panggil Ina perlahan.
"Hmm?"
"Saya pun tak tahu nak cakap macam mana dan saya tak pasti kalau awak..."
"Berderet la kau ni, cakaplah cepat." tegas Firdaus bosan. Ina telan liur dan mula balik.
"Awak ada bank in duit untuk saya dan adik-adik ke?" Soal Ina langsung.
"Hmm." jawab Firdaus malas.
"Tapi...saya..."
"Aku bagi cash kau tolak so, aku bank in kan je, senang." Tambah Firdaus selamba.
"Tapi saya mampu..."
"Banyak cakap la kau ni, bahagia la sikit dapat duit. Aku bagi ambik je la. Aku tak ada akaun bank adik kau satu lagi tu jadi aku harap kau boleh la sampaikan duit belanja tu pada dia."
"Kenapa awak buat semua ni?" Soal Ina lagi.
"Walaupun aku ni nampak macam budak-budak lagi tapi aku sedar akan tanggungjawab. Keluarga kau dah jadi keluarga aku jugak." terang Firdaus ringkas menyebabkan Ina tersenyum bahagia.
The shortest part I've ever type.
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
AcakSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...