~FIRDAUS~
Kenapa sehari dua ni dia asyik sedih je? Aku ada sakitkan hati dia ke? Aku membuka peti sejuk dan melihat satu paket cadbury yang tinggal separuh.
Aku segera memakannya tanpa hiraukan siapa pemilik asalnya.
Selesai makan dan membuang bungkusan ke dalam tong sampah dua langkah kecil kedengaran masuk ke dapur dan membuka pintu peti sebelum mengeluarkan bunyi terkejut.
"Mana coklat Long?!" Soal salah seorang daripada kembar itu dengan nada resah. Apa yang nak resah sangat.
"Abang, ada nampak coklat long tak?" Soal Qifa kepada aku takut.
"Abang dah habiskan" jawab aku selamba.
Mereka berdua segera berlari ke arahku dan memeluk kaki aku erat sambil menggelengkan kepala risau dan dengan nada hampir menangis memaksa aku menggantikan coklat itu dengan segera.
"Kenapa ni?" Soal aku pelik dengan reaksi dua budak ini. Coklat je pun.
"Long sedih kalau coklat dia habis, nanti Long lari masuk dalam batu belah batu bertangkup" mereka berdua terus menangis manakala aku ketawa senang dengan cara mereka. Takkanlah kan?
"Kenapa ni?" Soal Qaz bila melihat kedua kembar ada dalam dukungan aku dan masih lagi menangis.
"Abang makan habis coklat long. Nanti long masuk dalam batu, siapa nak sayang kami lagi?" Soal Qiff dalam esakan dan aku sengih kelucuan.
"Abang habiskan?" Soal Qaz resah. Ish! Takkanlah reaksi Ina se over tu nanti
"Habislah, abang kenapa habiskan coklat Long?" Soal Qaz resah sama.
"Kenapa?" Soal aku keliru, serius je situasi ni.
"Long pernah merajuk sampai tak keluar bilik sebab kami habiskan coklat dia, tambah-tambah lagi kalau dia PMS." Qaz terangkan pada aku dengan nada risau. Erm, biar betul ni?
Aku bukan tak ambil peduli dengan apa yang mereka cakap, aku cuma nak pastikan betul ke reaksi dia sampai macam tu sekali. Dia tu dah dua puluh tujuh kut bukan tujuh tahun nak merajuk pasal coklat.
Aku perhatikan dia yang masuk ke dapur dan buka peti sejuk.
Jelas dia sedang mencari sesuatu dan bila dia dah jenuh menggali dalam peti sejuk tu dia ke tong sampah pula.
Lepas tu wajah dia dah bertukar keruh dan hampir menangis bila dia pandang apa yang ada dalam tong sampah, bungkusan yang aku dah buang la tu.
Dia tutup matanya rapat dan berjalan keluar dari dapur dengan wajah kecewa habis.
Aku ikut dia masuk bilik dan dia sedang berdiri di beranda sambil termenung jauh. Aku mendekatinya dengan muka selamba habis.
"Hoi" sapa aku ringkas dan dia terkejut sedikit sebelum palingkan muka dan kesat air matanya. Dia menangis pasal coklat ke???
"Dah kenapa pulak hujan ni?" Soal aku padanya dan dia gelengkan kepala. Aku pusing badannya mengadap aku dan dia masih lagi berusaha nak lap air mata dia.
"Cakap, apesal ni?" Soal aku serius.
"Coklat" jawabnya sepatah dan aku hampir tergelak. Betul la apa yang adik-adik dia cakap.
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...