APA yang dah jadi dengan Firdaus ni? Pelik sungguh perangai dia sekarang, dah la ceria semacam. Tak boleh nak duk jauh sikit daripada aku. Tangan tu pulak asyik nak merayap je untuk sentuh aku.
"Aku bayar kau untuk kerja, bukan berangan. Kalau kau nak berangan sangat, stay kat rumah, jadi housewife yang baik dan penyayang. Tunggu aku balik rumah je"
Dia cuit hidung aku dan ketawa perlahan. See, tangan dia tu memang nak kena potong agaknya.
"Awak nak pergi klinik tak?" Soal aku risau.
"Kenapa? Kau demam ke? Sakit?" Terus dia pegang muka aku dan periksa suhu sebagainya. Ish! Dia ni.
"Bukan, saya rasa awak yang tak sihat"
"Aku? Aku ok je" jawabnya tenang. Dia tak ok sebenarnya.
"Ha! Aku nak minta izin kau ni"
"Izin?"
"Aku nak race sabtu ni sebab..."
"Tak boleh! Awak...awak tak boleh race. Saya tak nak benda yang sama jadi macam hari tu. Ya, awak tak cedera walaupun kereta tu terbabas. Saya tak nak awak cedera!"
Tak sempat dia habiskan ayat dia aku dah bangkang awal-awal lagi dah. Tak sanggup la aku nak hadap benda yang sama lagi. Rasa takut yang lepas pun belum hilang sepenuhnya lagi.
"Dengar la aku cakap dulu" dia pegang tangan aku erat dan paksa aku untuk tengok muka dia.
"Awak tak serik ke? Awak tak kesiankan mama yang selalu risaukan awak?" Aku cuba untuk buat dia faham.
"Yang ni last ok?"
"Bulan lepas pun awak cakap macam tu jugak"
"Percayalah, kali ni memang last sebab hati aku dah ready nak tinggalkan dunia race ni"
Aku diam bila dia cakap ayat yang meyakinkan macam tu. Boleh percaya ke?
°°°°
~FIRDAUS~
Bila dia diam je aku yakin yang 70 percent aku dah berjaya yakinkan dia. Lagipun memang ni race aku yang terakhir, aku dah ada hati nak tinggalkan dunia bahaya ni dan hidup dengan seorang perempuan sebagai suri hati aku.
"Aku janji ni yang last. Aku perlu race kali ni untuk dapatkan sponsor. Kalau tak, kesian budak-budak baru masuk. Tak dapat peluang nak race sebab tak ada sponsor"
Aku berterus terang niat sebenar aku untuk race.
Selama ni aku race untuk diri sendiri dan untuk kepuasan tapi kali ni memang tujuan aku untuk budak-budak junior.
"Ok. Tapi saya harap sangat awak berhati hati dan awak perlu cakap pada mama" Ugh! Ni yang susah sangat ni.
"Satu lagi, ni rahsia kita je ok? Aku tak nak mama risau"
"Tapi, mama kena tahu"
"No. Mama tak perlu tahu, semua orang tak perlu tahu"
"Tapi saya tahu" ala, polosnya dia ni.
"Sebab aku nak kau ada kat litar nanti dan sokong aku" dia diam dan pandang ke lantai. Nampak sangat dia tengah gaduh dengan diri sendiri.
"Ok"
"Yes! Thank you!!!" Tak semena mena aku peluk dia erat. Lantaklah apa orang nak kata, yang penting Allah tahu apa hubungan kami.
°°°°
~FIRDAUS~
"Awalnya bersiap, nak keluar ke?" Soal papa dan mama yang sedang sarapan di meja.
Aku sengih dan menarik tangan Ina supaya ikut sama ke meja makan.
Nampak yang dia tak cukup tidur malam tadi sebab fikirkan race hari ini. Dia terlalu risau, buatkan aku takut dengan apa sekalipun yang bakal jadi. Aku hanya doa semua berjalan dengan lancar.
"Yup, nak keluar dating" aku kenyit mata pada Ina yang jelas berkerut.
Papa dan mama dah mula dah bagi senyum senget penuh makna.
"Nak bawa Ina pergi mana? Tahu ke Ngah ni nak dating semua, mana pernah ada awek pun sebelum ni" aish, mama ni memang suka betul la buat semangat aku luntur.
Memang la aku tak ada pengalaman tapi pengalaman tu datang lepas kita buat dulu sekali.
"Ma, ngah ni anak papa, jadi secara automatiknya, bakat mengurat papa turun kat ngah"
Aku tepuk dada banga dan papa pun sama-sama naik bangga bila secara tak langsung aku puji dia balik.
"Kalau cakap pasal papa tak payah la Ngah. Dulu papa ni kaku semacam je, lepas kahwin baru la nak cakap dengan mama banyak sikit" ujar mama senang menyebabkan papa bagi reaksi kelakar gila.
Ina pun tergelak sebab tak tahan sangat dengan muka papa sekarang ni.
°°°°
~FIRDAUS~
Aku tengok ke tempat penonton buat kali terakhir sebelum memakai helmet dan masuk ke dalam kereta.
Aku nampak yang Ina risau gila sekarang ni sebab dia peluk aku erat sangat tadi, mana nak dia peluk aku selama ni. Hahaha.
Aku menuju ke garisan permulaan dan bersedia di sana.
Aku masih mencari kelibat Ina dan aku bersyukur sangat aku dapat tengok muka dia dari sini.
'Aku sayang kau'
Mata aku tutup rapat dan berdoa agar semuanya selamat. Aku tak pernah rasa berdebar macam ni selama ni.
Lebih teruk daripada first time race. Aku berserah pada Allah sepenuhnya.
Nanti sambung naa..
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...