HUJUNG minggu ini Firdaus bawa kami semua bercuti di pulau pinang sempena meraikan kecermelangan dua orang adik kami tu.
Sebab tu aku cakap yang dia ni bila baik, baik yang teramat bila tak berapa nak baik, banyak la idea dia nak kenakan aku.
"Terima kasih untuk semua ni" ucap aku padanya setelah dia selesai berenang di pantai, berenang ke wrestling dengan Qaz dan Fir?
Tapi yang penting, sekarang ni dengan basah kuyup datang duduk tepi aku. Mengacau aku yang tengah baca buku.
"Luruskan kaki kau" arahnya selamba dan tanpa bantahan aku hanya menurut. Malas nak fikir apa yang dia nak buat denfan kaki aku ni.
Dia letakkan tuala di atas paha aku dan letakkan alas di atas pasir di sebelah aku. Aku hanya perhatikan apa yang dia sedang buat dengan penuh tanda soal.
Semuanya terjawab bila dia dengan senang hati baring dan letakkan kepala dia atas paha aku.
Amboi, sesedap rasa je dia nak baring atas paha orang. Aku tayang wajah tak puas hati tapi dia buat tak nampak je.
Kami sama-sama diam dan menikmati angin petang itu dengan nyaman dan damai. Tanpa aku sedar aku telah jatuhkan buku ke bawah dan kini tangan aku berada di rambutnya.
Mengelus lembut rambut hitam pekat dia yang terpacak ala Naruto itu.
Aku ketawa perlahan bila terbayang yang rambutnya berwarna perang seperti naruto. Tapi aku tak rasa watak Naruto sesuai untuk dia, Sasuke? Boleh la...
"Ada apa je yang kelakar atas muka aku ni?" Aku terkejut dan segera berhenti ketawa.
"Mana ada, saya cuma terbayang kalau awak rambut perang sama macam Naruto"
Jawab aku dan senyum kepadanya dan hati aku berdetak sedikit laju bila memandang wajahnya yang sedang berkerut sambil mata tertutup sebelah menahan silau. Dia ni comel jugak sebenarnya.
"Kalau aku Naruto, kau Hinata ke?" Soalnya pula dan aku terdiam.
"Saya tak nak jadi Hinata dan saya tak nak awak jadi Naruto"
"Kenapa?" Soalnya lagi.
°°°°
~FIRDAUS~
Kenapa pulak dia tak nak jadi Hinata lepas tu tak kasi aku jadi Naruto pulak. Aku nak kut jadi naruto, dah la ada musang ekor 9.
Hinata pun comel apa, walaupun dia lagi comel sebenarnya. Hahaha.
"Sebab Hinata cinta kedua Naruto. Naruto cintakan Sakura dulu sebelum Hinata" jawabnya perlahan dan aku bungkam seketika.
"Ish kau ni, nak samakan anime dengan real life pulak. Tak yah mengarut la!" Aku tutup kes dengan segera. Mana ada dia cinta kedua aku! Cinta pertama ada la! Ish!
"Haha, betul jugak. Ha! Kenapa rambut awak lembut sangat? Dah la wangi je" dia dah tukar topik dah. Dia rasa aku ada perempuan lain ke apa eh?
"Kau tak cam eh bau ni?" Soal aku balik.
Dia rendahkan kepala untuk menhidu bau rambut aku dan saat yang sama aku dongak kepala aku tinggi menyebabkan bibirnya mendarat di bahagian tengah hidung aku.
Laju dia melarikan kepalanya dan merona merah. Ah!!! Kenapa dia comel sangat.
"Cam tak bau dia?" Soal aku berpura selamba, padahal aku dah rasa nak zapin kat sini.
"ha? Erm, tak cam" jawabnya sedikit gugup.
Aku bangkit dari baring dan bersila di sebelahnya menerhatikan matahari yang hampir tenggelam dan melihat adik-adik kami masih seronok bermain air.
Aku rasa macam nak je kiss pipi dia yang merah tu? Agak-agak dia baling aku masuk laut tak? Aku tak nak tidur luar malam ni, lagipun aku dah plan something great untuk dia!
Boleh la eh? Abah, minta izin nak kiss pipi anak abah sikit. Aku sengih sambil pandang langit sekaligus berdoa yang aku tak akan kena campak.
"Aku guna syampu kau"
Aku cium pipi dia dan terus berlari ke arah pantai dengan lajunya. Hahaha. Mesti dia tengah freeze lagi tu.
"Qaz! Fir! Twins! Jom balik dah nak maghrib ni!!!"
Jerit aku kencang sambil berlari. Lantaklah orang nak cakap aku gila ke apa, aku bahagia sangat ni!!!
°°°°
~FIRDAUS~
Selesai solat isyak berjemaah, aku tunggu adik-adik kami beredar ke bilik masing-masing sebelum mendekati Ina yang sedang melipat sejadah seorang diri.
Nanti tolong ingatkan aku untuk bagi ceramah free kat budak-budak yang malas tu semua, boleh dia blah macam tu je, tinggalkan sejadah untuk orang lain lipat.
"Kau tak salam aku pun" aku bersuara datar dan hulurkan tangan.
Bola mata dia terbuka sedikit luas dan dia dengan teragak agak menyalami tangan aku sopan. Ha! Dia tak kiss tangan aku pun! Sentuh dengan dahi je!
"Eh, salam pun tak pandai ke? Nak aku ajar jugak?" Aku tanya bengang.
"Eh,salah ke? habis tu macam mana?"
"Basic macam tu pun tak tahu ke? Memang sah la salah! Qifa dan Qiff pun pandai"
"Lagi sekali?" Soalnya dan aku dengan penuh rasa kesyukuran hulurkan tangan aku padanya. Tapi still sama jugak!
"Ish! Salah lagi, meh aku tunjuk!"
Aku tarik tangan dia dan cium sekilas sebelum mencium pipi kirinya.
"Macam tu baru betul! Lain kali aku nak macam tu. Tepi sikit, nak lalu ni" aku tolak perlahan badan dia yang kejung lagi.
Sebaik beredar dari ruang tamu dan ke bilik, aku sempat menari ala-ala Hip Hop sebab happy sangat.
Gila jugak aku ni sebenarnya. Ah! Tak kisah la, yang penting aku bahagia.
Okey tak?
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...