MACAM mana nak cakap eh? Apa yang kami berdua usahakan untuk batalkan perkahwinan yang telah berlangsung dengan jayanya hari ini tak menjadi.
Kenapa aku terima Iman Firdaus ni? Entah, mungkin sebab aku akan rasa lebih selamat dan Farid dah tak boleh nak kacau aku lagi dah. Harapnyalah.
"Aku akan tidur atas katil ni dan aku tak peduli mana kau nak tidur." itulah dia, suami aku...dah la muda tiga tahun dari aku dan kasar gila dengan aku. Siapalah aku nak mengadu, aku bukannya pilihan dia.
Aku sudah selesai mandi dan menukar pakaian yang lebih selesa, masih lagi bertudung. Aku ingin melihat adik-adik aku yang turut sama tinggal di dalam banglo mewah ini sekarang. Ada baiknya sebab satu masalah aku dah selesai, tak perlu bayar sewa rumah lagi dah.
"Kau nak pergi mana?" Erk, dia tak tidur lagi ke?
"Saya nak tengok adik-adik saya kejap. Awak tidur la dulu." aku segera keluar dari biliknya dan menuju ke bilik adik-adik aku.
"Qaz, kenapa tak tidur lagi?" soal aku pada Qaz. Adik aku.
"Baru je lepas dodoikan Qifa. Long, lepas ni Qaz dan adik-adik tukar sekolah ke?" soal Qaz dan wajahnya sedikit muram.
"Qifa dan Qiff je kut, Qaz dah nak SPM tahun ni jadi Long faham Qaz tak nak tukar tempat belajar. Jadi, long dah isikan borang hostel untuk Qaz." aku mengusap lembut rambutnya dan dia tersenyum bahagia.
Setelah mengucapkan selamat malam aku memerhatikan adik-adik aku lena. Mana aku nak lena malam ni? Atas sofa, dalam bilik Firdaus.
°°°°
AKU turun ke dapur untuk membantu menyediakan sarapan. Dato' dan Datin paksa aku terima Firdaus tapi mereka berdua masih lagi tak dapat terima aku sepenuhnya. Aku ni orang asing lagi dalam keluarga ni.
"Puan, kenapa masuk ke dapur? Kalau datin nampak nanti macam mana?" Soal Kak Nab selaku orang gaji dalam rumah ini.
"Ina nak tolong je kak." jawab aku ringkas dan terus menolongnya walaupun dia dah menghalang banyak kali.
Selesai semuanya, aku membantu Kak Nab menghidang makanan di meja makan dan saat itu juga Dato' dan Datin turun ke meja makan.
"Kenapa kamu yang hidangkan semua ni, Kak Nab mana?" Soal Datin tegas menyebabkan aku telan liur.
"Saya yang nak tolong Kak Nab." jawab aku perlahan tanpa memandang mata datin.
"Morning!" Sapa anak sulung datin dengan ceria.
"Morning Qis, have a good night?" Soal Farhana dengan senyuman mengusik, Farhana ni kawan aku zaman belajar dulu, masa kali pertama jumpa dia dah bersorak riang sebab adik dia kahwin dengan aku.
Pelik! Hahaha. Macam mana aku nak jadi adik ipar dia kalau kami ni sebaya? Hmmm...
"Long, duduk." arah datuk dan kami berdua tergelak kecil. Ugh! Habislah nanti kami ada panggilan nama yang sama.
Sarapan pagi berlangsung dengan suasana senyap, tak ada siapa yang bercakap semasa makan. Aku hanya tunduk dan makan dengan perlahan lahan.
°°°°
"AWAK, saya nak keluar boleh?" Pinta aku pada Firdaus yang tengah seronok bermain game di ruang tamu bersama adik perempuannya. Farisha.
"Kak ngah nak pergi mana?" Soal Isha, well dia seorang adik yang baik dan dia terima aku dengan gembira.
"Nak daftarkan si kembar ni tabika baru, lepas tu nak masukkan Qaz ke asrama." jawab aku dengan senyuman.
"Alah, nak ikut tapi tak mandi lagi ni. Takpe la lain kali eh." Isha tersengih senang.
Kami berjalan ke pintu dan tanpa aku sangka Firdaus ikut sama ke pintu, dia mendukung Qiff dengan senang dan memeluk bahu Qaz. Walaupun baru sahaja sebulan mereka kenal, mereka dah rapat.
"Dah ada duit?" Soal Firdaus bila memandang aku. Aku anggukkan kepala dan bergerak ke kereta. Firdaus membukakan pintu kereta untuk adik-adik aku.
"Kak Ngah! Tunggu Fir!" Ha! Ni satu lagi adik ipar aku yang last. Dia sebaya dengan Qaz dan mereka satu sekolah, Firman or Fir ni dah lama tinggal di asrama sekolah sukan tu, jadi senang la sikit kalau Qaz ada teman nanti.
Pada petangnya, aku minum petang bersama Hana dan Isha sambil bercakap soal fesyen terbaru. Aku tak tahu sangat sebab apa yang aku pakai hanyalah baju kurung ataupun T-shirt lengan panjang biasa dan aku selesa macam tu je. Kemudian datin dan datuk ikut bersama kami.
"Macam mana jarak Ina dan si kembar tu jauh sangat?" Soal datin memecahkan kesunyian. Aku senyum sedikit.
"Abah kahwin dua, lima tahun lepas ibu Ina dan Ira meninggal abah kahwin dengan umi. Dapatlah Qaz dan kembar tu." aku tersenyum mengingat kembali saat semuanya berlaku. Aku gembira.
"Kenapa Ira tak datang pun majlis nikah Ina?" Hmm...macam mana nak cakap ni?
"Kebetulan sangat dia ada hal. Jadi tak sempat nak datang" aku jawab perlahan. Menyembunyikan perkara sebenar.
Just nak say thank you to yang votes!!..Nah ❤️. Hehe✌🏻
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...