Bab 17

12.1K 600 35
                                    

KADANG-kadang Firdaus tu baik tak terucap, kadang-kadang dia tu jahat jugak. Memang jenis bipolar ke apa?

Kalau dua minit baik, dua jam jahat. Contohnya sekarang ni, dia paksa aku buat semua kerja pejabat dia dan dia tengah khusyuk layan game. Rasa nak je baling laptop ni atas kepala dia.

"Awak, tak nak tolong saya ke?" Soal aku lembut dengan harapan dia akan mengalah dan beri muka kepada aku.

"Tak nak! Dah nak masuk level 59 ni" bantahnya tenang dan sangat senang. Memang tak fikir dua kali la orang kata.

"Saya tinggalkan kejap, nak buat kopi" aku bangun dari sofa.

"Make it two, tambah ice, susu lebih" pesannya selamba tanpa alihkan mata dari skrin.

Bertuah punya boss, bukan main lagi order macam-macam kat aku, dah la kerja malas nak buat.

Sabar je la aku dengan hamba Allah seorang ni. Aku bergegas keluar dari bilik dan tanpa disengajakan pintu biliknya tertutup agak kuat sedikit.

°°°°

~FIRDAUS~

Amboi, bukan main berani lagi slam pintu aku, karang terbelah aku tak nak berjawab dengan boss besar.

Aku tinggalkan telefon sebentar dan memandang proposal yang dia sedang buat. Well, macam biasa, kerja dia memang bagus. Aku menambah beberapa perkara bila proposal itu sudah hampir selesai.

Aku siapkan semuanya dengan cepat dan menyemak beberapa perkara sebelum kembali bermain game.

Pintu terbuka dan masuklah isteri aku dengan wajah masam mencuka. Hahaha.

Kesian pulak aku dengan dia ni, aku buli dia ke? Mana ada kan? Aku baik sangat kot! Hahaha.

"Nah, kopi awak" suanya sopan tanpa senyuman. Ni la lebihnya dia berbanding perempuan lain, dia tak mudah nak sentap depan-depan. Hehe.

Aku tunggu respon daripada dia bila dia mula fokus kepada kerjanya. See, salah satu sebab jugak aku suruh dia buat kerja, dia peka dan bertanggungjawab.

"Eh, dah siap?" Soalnya dengan nada terkejut.

Dia pandang aku kemudian tersenyum senang dan meneguk kopinya tenang.

"Terima kasih dah siapkan" ucapnya dan tersengih sikit. Suka la tu.

"Untuk meraikan saat bahagia ni, aku belanja kau....Mamee Monster!!!" Aku hulurkan sepeket kecil mamee monster kepadanya dan dia berkerut.

"Tak elok makan junk food" tolaknya sekali dengan pesanan penaja dan aku buat derk aje. Aku renyuk-renyuk dan makan dengan bahagia.

"Cuba la, sedap gila kot, lagi sedap daripada biskut kering"

Aku terkejut bila respon yang dia bagi adalah dengan tawa perlahan dan masih lagi dalam lingkungan sopan. Pergh! Ada gelak sopan sebenarnya.

"Kerja dah selesai, saya keluar dulu" ujarnya seraya bangun dengan dua cawan kosong di tangan. Ala, bosan la aku lepas ni sorang-sorang dalam ofis ni.

Suami Muda(✅)Where stories live. Discover now