ALLAH je tahu betapa risaunya aku sekarang ni. Setiap kali kereta dia melalui selekoh tajam buat perut aku kecut dan sebab takut sangat aku rasa mula dan pening. Habis doa dan istighfar dah aku baca rasanya.
"Saya yakin yang Daus ok. Akak jangan la risau sangat" pesan Zaril dan aku cuba untuk senyum sikit.
"Kalau akak nak tahu, Daus punya drive hari ni tak sama macam dulu lagi dah" kali ini apa yang Zaril cakap menarik minat aku.
"Maksudnya?" Soal aku bingung.
"Selalunya, dia akan race tanpa fikir benda lain kecuali garisan penamat jadi skill dia memang jelas sangat tak fikir benda lain. Tapi hari ni dia drive bukan untuk menang je, tapi dia juga nak selamat. Determination dia kuat sangat dan hari ni dia lebih berhati hati. Saya yakin yang dia buat semua tu sebab seseorang"
Zaril ni cakap macam boleh baca orang je. Aku tengok sama je apa yang Firdaus buat.
"Sebab seseorang? Mama dia?" Soal aku pada Zaril.
"Maybe, maybe you" kali ini aku tergelak sikit. Takkanlah sebab aku.
"Zaril, awak ni agak-agaklah nak buat andaian pun"
"Kak, saya kenal Daus dah 24 tahun. Saya tak pernah kenal Daus yang matang ni, selalunya dia la makhluk yang paling susah saya nak faham apa yang dia nak."
"Awak cakap dia matang? Kalau awak tahu apa yang dia buat pada saya, mesti awak tarik balik kata-kata awak tu" kelakar pulak bila ada orang cakap yang dia matang. Matang ke? Asyik nak kenakan aku je kerjanya.
"Sebab dia suka usik akak, mestilah akak cakap dia tak matang. Tapi, dari sudut lain dia dah matang."
"Mungkin" aku senyum lama.
°°°°
~FIRDAUS~
Alhamdulillah!!! Race tamat jugak dan memang aku tak sangka aku dapat first.
Tak kisah dah reporter datang sini, sekarang ni aku nak jumpa sorang je. Mana dia ni?
"Daus!!!" Zaril ni tak guna betul! Main lompat je atas aku.
"Nice game bro! Congrats!"dia tepuk bahu aku kuat. Malas aku nak layan dia ni. Mana pulak wife aku ni?
"Mana Ina?" Soal aku langsung. Tak ada mood nak meraikan dengan Zaril hahaha.
"Hmph! Kacang lupa kulit betul kau ni! Bro, habis doa dia baca masa kau race. So, aku yakin yang dia memang sayang kau sangat-sangat. Jangan la buat dia risau sangat, kesian aku tengok dia tadi"
"Okay bro, thanks dah tengokkan dia"
"No hal. Here she is"
Aku tersenyum bila Ina berjalan ke arah aku dengan wajah yang macam happy tapi nak menangis pun ada.
Memang confuse la dia nak nangis ke nak rasa bahagia tengok aku sekarang ni.
Aku hulurkan tangan padanya dan dia menyambutnya dengan perlahan dan berjalan tepat ke sisi aku.
Aku nak sangat peluk dia sekarang ni tapi ramai orang sangat. Nanti dia marahkan aku.
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...