AKU tersenyum melihat pasangan pengantin baru yang sedang berjalan ke pelamin dengan iringan alunan piano yang di mainkan oleh Fir. Tak sangka Fir sangat berbakat.
Farhana dan pasangannya Farhan sangat sepadan dan seakan sinar-sinar bahagia ada di sekeliling mereka.
Walaupun perkahwinan aku dan Dia tak sehebat dan semewah ini aku dah bersyukur berada di dalam keluarga yang sangat baik ini.
"Kak Ina, jom pergi sana. Selesai je renjis-renjis ni, dah mula" Isha menarik tangan aku untuk ke bahagian tepi dewan.
Tiba-tiba je rasa berdebar, menyesal aku tanya apa yang Hana nak masa kahwin nanti, sekarang aku yang terkena balik.
"Ok, dah sampai masanya untuk hadiah istimewa kepada pengantin. Dipersilakan!" Jerit Isha bahagia dan alunan piano dan gitar kedengaran. Ya Allah aku pohon, permudahkan.
"Waktu bergulir lambat
merantai langkah perjalanan kita
berjuta cerita terukir dalam
menjadi sebuah dilema...."°°°°
~FIRDAUS~
Semua orang sedang fokus kepada suara yang sedang menyanyi sekarang ni. Memang bukan Rossa la tapi hmm macam kenal je suara siapa ni.
"Aku terlanjur cinta kepadamu
dan tlah kuberikan seluruh hatiku
tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku
aku pun tak mengerti yang terjadi
apa salah dan kurang ku padamu
kini terlambat sudah untuk dipersalahkankarna sekali cinta, aku tetap cinta
mencoba bertahan di atas puing-puing
cinta yang tlah rapuh
apa yang ku genggam
tak mudah untuk aku lepaskan..."Mata aku meluas dan Zaril menepuk belakang aku kuat sebab dia sendiri terkejut dengan apa yang dia tengok.
"Allah, cantiknya dia" puji satu suara dari meja makan kami menyebabkan aku berpaling dan rasa nak sepak orang je sekarang ni.
"Suara dia pun best, menusuk kalbu" tambah orang lain pula menyebabkan aku rasa panas sangat.
"Bro, tak sangka dia pandai nyanyi" Zaril kelihatan senang sekali. Dah kenapa semua orang nak puji bini aku? Bini aku tu!
°°°°
SEBAIK selesai nyanyian aku semua orang bertepuk tangan dan ada seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja tampil ke depan dan hulurkan aku sekuntum bunga. Erk, nak ambil ke tak nak ni?
"For lovely performances" aku senyum dan mengambilnya dengan ucapkan terima kasih secara ringkas.
Aku tinggalkan tempat itu dan kembali semula ke tempat duduk asal aku. Aku mencari kelibat Firdaus untuk pastikan dia tak marah dengan apa yang terjadi tadi.
Tapi, dah kenapa pulak dia nak marah? Logik la kalau dia marah.
Malam resepsi yang gilang gemilang itu akhirnya habis juga dan aku mendapat pesanan ringkas dari Firdaus supaya tunggu dia di dalam dewan.
Dia nak marah pasal bunga tu ke? Aku tak nak simpan la bunga ni.
Aku telan liur bila wajah garangnya muncul dan dia memandang tajam bunga di tangan aku. Aku rasa dia tenung macam tu sampai panas tangan aku, terbakar ke apa bunga ni?
"Kenapa ambik bunga ni?" Soalnya keras.
"Saya tak sampai hati nak tolak"
"Kau kenal ke dia ni?"
"Tak"
"Kau ajar kat adik-adik kau jangan ambil barang stranger bagi tapi, kau boleh pulak ambil?" Soalnya sedikit sinis dan aku rasa menyesal sangat.
Apa yang dia cakap tu ada betulnya juga tapi aku dah boleh jaga diri sendiri kut.
"Saya minta maaf" pinta aku akhirnya setelah jerih bergaduh dengan diri sendiri.
"Good, lain kali jangan buat lagi" tambahnya senang.
Really? Dia ingat aku budak kecik ke apa? Dia lagi muda daripada aku tahu tak? Geram pulak aku tengok dia ni sekarang. Sabar Ina, Sabar. Nak tak nak kau kena hormat dia sebab dia suami kau. Muda atau tua!
"Kenapa awak suruh tunggu?" Soal aku malas.
"Hmm, nak ambil gambar" aku berkerut.
"Ok, kami dah sedia!" Jeritnya.
Aku ditarik ke pelamin dan dia segera mendudukkan aku. Kemudian dia pose beberapa jenis dan terpaksa aku ikut setiap rentaknya. Dah kenapa dia ni sebenarnya?
"Aku nak ada gambar kahwin sama macam Long jugak, so kau kena pose lawa-lawa" ujarnya bila dia nampak aku bingung. Aku senyum sedikit dan turut sertai dalam photoshoot ni.
Pelbagai jenis pose yang kami gayakan dan hampir sama dengan gaya Hana dan suami dia tadi.
Buang tebiat agaknya suami aku ni tapi, tak kisah la, serba sedikit aku rasa bahagia jugak sebenarnya.
"Thanks bro! Nanti aku ambil gambar tu semua" Firdaus bersalaman dengan photographer itu.
Kami berdua berjalan ke kereta dengan senyap dan tanpa dia sedari tangan dia masih lagi memegang tangan aku erat dan aku suka sangat.
"Mana bunga tadi?" Soalnya tiba-tiba dan tanpa fikir banyak aku berikan kepadanya.
"Kalau nak bunga sangat, ambil yang ni, yang ni buang."
Dia hulurkan aku sekuntum mawar merah yang lain dan mawar itu selamat sampai ke dalam tong sampah. Kejamnya.
°°°°
~FIRDAUS~
Betul la apa yang aku buat kan? Mana boleh dia ambil barang stranger bagi, karang kena culik macam mana?
Susahkan aku je. Setakat rose sekuntum aku mampu bagi la kat dia, mamat tu pun satu hal! Apesal tak malu sangat pergi bagi bunga kat bini orang?
Aku pandang rose yang berada di dalam pasu yang berisi air. Bukan aku la nak buat semua jadah tu, dia punya kerja la.
Cop!
Kalau bunga yang mamat tu bagi agaknya dia akan jaga macam ni jugak ke? Ei! Kenapa aku ni rasa nak jadi Jelly buta ni? Bengang!
Thanks to votes and reading this kind of story...😁
YOU ARE READING
Suami Muda(✅)
RandomSuami lagi muda dari kita. Biasanya, wanita inginkan suami yang lebih tua kerana mereka lebih matang. Lebih bertanggungjawab. Tetapi, apa pilihan buat Qistina? Perkahwinan yang terjadi kerana ditangkap basah. Ini juga merupakan peluang buat ibu bapa...